Kenapa Kita Kena Makan Kolagen Yang Bagus Bukan Sekadar Untuk Cantik

Kenapa Kita Kena Makan Kolagen Yang Bagus Bukan Sekadar Untuk Cantik?

Hari ni saya ke kelas iReach StartUp di branch Shaklee KL Sunway Visio.

Selain slot Business Opportunity itu sendiri, slot yang memang saya sentiasa suka & selalu tertarik untuk focus lebih adalah tentang produk.

Tadi dikongsikan tentang Kolagen.
Ye, kolagen.

Sumber Kolagen Yang Bagus & Terbaik

Pernah tak kita terfikir, kenapa ada banyak jenis kolagen & banyak jenis sumber pula tu? Tahu tak, bukan semua jenis kolagen di pasaran tu sama kualitinya?

At least ada 3 jenis kategori paling besarlah sumber kolagen nih.

(1) Kolagen Sisik Ikan
(2) KOlagen Kaki Ayam/ Lembu
(3) Kolagen Tumbuhan

(1) Kolagen Sisik Ikan

• Sumber paling rendah sisa pencemaran sebab ikan biasanya hidup jauh di dasar laut. Untuk kolagen premium dari sisik ikan merah, ia hidup jauh 5000 meter di dasar laut
• Lebih tulen
• Berat molekul rendah secara semulajadi
• Mudah untuk diuraikan & diserap ke usus dengan lebih baik

(2) Kolagen Kaki @ kulit Ayam/ Lembu

• Sangat berisiko tinggi untuk terdedah pada penyakit “lembu gila” dan penyakit berjangkit yang lain
• Tidak mudah diserap oleh usus
• Badan manusia kurang berkeupayaan untuk menguraikan kolagen dari haiwan

 

(3) Kolagen Tumbuhan

• Kebanyakkannya diubahsuai secara genetic
• Sukar untuk diserap oleh badan
• Paling kurang digemari kerana rasanya

Jadi, Nampak tak, nak kena pilih kolagen yang mana?

Paling selamat & paling berkesan tentulah sumber kolagen dari sisik ikan tu.

Ok, selesai dah bab pilih kolagen jenis apa nih.

Sekarang kita tengok pula kenapalah kolagen ni jauh lebih penting dari gunanya untuk kecantikan semata-mata.

Kolagen Ada & Lagi Perlu Di Mana?

5 tempat utama penghasilan & penggunaan kolagen dalam badan kita adalah di:
• Sekitar tendon
• Uterus (Rahim wanita)
• Otot jantung
• Tulang
• Kulit

Kelihatan macam kulit ni adalah destinasi terakhir bagi kolagen untuk menempel dalam tubuh.

Sebab tu lah juga, katakan kita dah ikhtiar ambil kolagen konon niat asal untuk focus anjalkan kulit, tapi selepas penggunaan 4 kotak Kolagen premium Shaklee masih tiada prerubahan, bermakna badan kita ada keperluan lain selain pada masalah luaran.

So, rajin-rajinlah konsiten tau.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge