Kita semua mesti beranggapan bahawa semua makanan yang dimasak pasti sudah tidak ada nutrisinya. Atau dengan erti kata lain, makan sayur mentah adalah lebih berkhasiat daripada memakan sayur yang dimasak.
Fakta Tentang Cara Memasak Sayur & Sayur Yang Terbaik Dimakan Mentah
20 jenis sayur dikaji dalam 6 jenis cara memasak untuk 3 jenis antioksidan yang terdapat pada setiap sayur tadi.
Diantara 6 jenis cara memasak:
- Membakar
- Merebus
- Memasak dalam periuk tekanan
- Menggoreng
- Memasak dalam gelombang mikro
- Memasak dalam gril
Cara memasak sayur yang paling memusnahkan nutrisi pada sayur adalah merebus. Ini kerana nutrisi pada kebanyakan sayur akan hilang di dalam air rebusan.
Oleh itu, kurangkan air jika memasak sayur untuk mengurangkan kehilangan nutrisi sayur-sayuran ini.
Manakala cara memasak sayur yang terbaik adalah dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro.
Lada Benggala Terbaik Dimakan Mentah
Di antara 20 jenis sayur, lada benggala adalah yang paling bagus untuk dimakan mentah. 75% daripada antioksida yang terkandung di dalam lada benggala akan termusnah dalam semua 6 jenis cara memasak tadi.
3 Jenis Sayur Yang Tidak Mengalami Sebarang Kehilangan Nutrisi Walaupun Direbus
- Artichoke
- Bawang
- Ubi bit
Bawang putih & Sifat Anti-kanser
Saya tertarik dengan fakta yang terdapat pada bawang putih. Bawang putih jika kita ingin mengekalkan khasiatnya (sifat anti-kanser/ anti bakterial) walaupun ketika dimasak, caranya adalah seperti berikut:
- ketuk (crushed) bawang putih
- biarkan dalam 10 minit
- barulah dimasak dalam apa cara pun
Menurut Dr Gregor, fitonutrien yang kita kehendaki sebagai sifat antikanser/ anti bakterial itu adalah alicin.
Alicin terbentuk ketika tisu bawang putih mengalami perpecahan (kerana diketuk tadi) kerana pada ketika ini alinase (enzim dalam bawang) bertindak menukarkan alliin kepada alicin.
Alicin ini bersifat tahan haba.
Oleh itu, selepas ketuk bawang putih & biarkan dalam 10 minit, kita bebas memasak/ menumis dengan mengekalkan fitonutrien pada bawang putih 🙂
Asparagus
Asparagus pula tiada masalah jika direbus tetapi khasiatnya mudah pula termusnah jika digoreng.
5 Sayuran Yang Bagus Dimasak Untuk Khasiat Sayur Yang Lebih Baik
Ni fakta yang saya paling suka sebab banyak pilihan sayur yang biasa mudah dimasak ada di sini. 😉
(1) Lobak Merah
- Lebih berkhasiat jika dimakan setelah dimasak dalam apa saja cara seperti yang disebut tadi termasuk merebus.
- Lobak merah yang dimasak mengandungi 3 kali ganda antioksidan (beta carotene) berbanding lobak merah yang masih mentah.
(2) Saderi @ Celery
- Lebih berkhasiat jika dimakan setelah dimasak dalam apa saja cara seperti yang disebut tadi termasuk merebus.
- Saderi adalah antara sayur yang jika dimasak sebarang cara pun (termasuk merebus & di dalam periuk tekanan) nutrisinya semakin mudah diserap.
(3) Brokoli
- Lebih berkhasiat jika dimakan setelah dimasak
- Berperanan lebih baik dalam menentang kanser berbanding brokoli yang masih mentah
(4) Tomato
- Lebih berkhasiat jika dimakan setelah dimasak
- Mengandungi 4 kali ganda lebih lycopene berbanding tomato yang masih mentah
- Lycopene (penentang penyakit kardiovaskular) di dalam tomato adalah nutrien larut lemak yang diserap terbaik jika dimasak dalam minyak
(5) Kacang Hijau
- Kacang hijau terbaik dimasak di dalam ketuhar gelombang mikro
Semoga perkongsian khasiat sayur ini & kebergantungannya terhadap cara memasak sayur yang betul dapat membantu kita semua makan lebih sihat 😉
Rujukan:
- Nutrition for life. (Lisa Hark & Dr Darwin Deen, Dorling Kindersley, 2000)
- http://nutritionfacts.org/video/best-cooking-method/
- http://nutritionfacts.org/questions/what-are-the-anti-cancer-effects-of-garlic/
Pingback: 1001 Tentang Garlic Complex: Apa Ada Pada Bawang Putih Ni? - ProVide Network
Aih. Tak sangka celery & tomato lebih elok masak daripada mentah
kan.. saya pun mmg x sangka.. tp dulu2 pernah dgr dari sorang chinese ni. cuma x brapa nk selidik kesahihannya. lps dah study facts ni baru faham & applied 🙂