tips penyusuan susu ibu

Kisah Ibu Yang Berjaya Menyusukan Anaknya Dengan Susu Ibu | Tips Penyusuan Susu Ibu

Saya terfikir  nak tulis pasal ni sebab saya sendiri dulu pernah melalui detik-detik dan fasa kekurangan susu ibu, masa tu anak nombor dua.

Anak sulong saya Alhamdulillah, 2 tahun penuh saya berjaya susukan beliau 100% dengan susu ibu, secara direct feeding. Yelah, anak sulong, masa tu saya dah start berenti kerja & duduk rumah 24 jam sebagai suri rumah sahaja.

Bila hamilkan anak nombor dua, saya sedang bekerja makan gaji semula. Jadi, saya tahu bagaimana sukarnya nak pastikan susu perahan tu ada sepanjang dah kerja balik. Diharap coretan & tips penyusuan susu ibu ini membantu.

tips penyusuan susu ibu

5 Tips Penyusuan Susu Ibu Yang Mungkin Belum Ibu-Ibu Tahu

Saya bahasakan diri saya kakak lah ya. Mungkin yang baca ni adik-adik yang baru saja nak experience jadi ibu. Akak dulu masa dah kerja balik, anak akak yang nombor 2 tu duduk di taska, seawal usia dia 2 bulan tepat. So, dia lah yang banyak membuatkan akak belajar untuk buat susu perahan.

(1) Buat Susu Perahan Seawal Mungkin

Seawal tu masa bila?

Dari pengalaman akak & kawan-kawan serta saudara mara yang memang bekerja & menyusukan anaknya dengan susu ibu, kita kena buat susu perahan seawal masa berpantang lagi. Masa minggu pertama lagi.

Antara sebabnya adalah, bayi kita masa lahirnya, memang saiz perut kecik sangat.

(2) Buat Sesi Penyusuan Yang Berjadual

Ya, kena teratur.

Contohnya, kita biasa perah/ bagi anak kita direct jam 2 pagi, tiba-tiba kita stop sesi penyusuan jam 2 pagi, memang ting tong lah jadinya nanti. Haru biru.

Badan kita ni pun ada kitaran dia. Hormon kita juga bekerja teratur dengan rutin kita yang biasa. Bila jadual sesi penyusuan tak teratur, mulalah penghasilan susu ibu akan semakin merosot.

(3) Makan Makanan Yang Berkhasiat

Ibu yang menyusu wajib pastikan badan dia sendiri cukup zat.

Makanlah makanan yang berkhasiat, ada sayur, ada protein & vitamin serta mineral yang cukup. Bukan sekadar untuk diri sendiri pulih kembali, malah untuk anak-anak yang kita susukan juga.

Cukup minum air putih juga tau.

(4) Jaga Emosi

Dalam tempoh berpantang penting untuk jaga emosi kita.

Selain elak meroyan, kita jugak tak bolehlah nak sedih-sedih sangat. Mood kena happy je. Tak boleh stress melampau. Memang susu badan akan merosot sket bila diri sendiri asyik tak stabil.

(5) Doa

Ya last but not least.

Pohonlah doa kepada Tuhan yang Menciptakan susu ibu buat semua wanita. Tuhan Yang Maha Memberi rezeki.

Kita tak boleh tau, senang-senang je claim kita takde susu ibu. Kita siapa untuk menidakkan hak anak-anak kita? Sebelum kita usaha sungguh-sungguh jangan sesekali kita putus asa, ok ibu-ibu semua?

Oklah sampai sini saja coretan & tips penyusuan susu ibu yang akan dapat kongsikan.

Kalau ibu-ibu perlukan suplemen yang berkualiti tinggi untuk membekalkan zat nutrisi buat tubuh ibu-ibu & juga membantu ibu-ibu bertenaga, kurang stress & sentiasa happy buat susu badan walaupun kena bangun tengah malam, bolehlah contact akak ya.

pengedar Shaklee Skudai



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
Youtube Channel: Zaleha Awaluddin
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge