Konvokesyen UTHM Cik Rafidah

Memang busy sket lately.

Balik dari Terengganu selepas Raya Haji busy nak kemas rumah sebab adik, mak & ayah dari utara nak datang menginap sepanjang urusan konvo adik di UTHM Batu Pahat.

Memandangkan suamiku ada urusan pembetulan penghantaran jurnal penyelidikannya pada hari Ahad 12 Oktober tu, makanya saya lah yang akan bertugas memandu mereka ke konvokesyen UTHM.

Malam 11 hb tu memang masih sibuk uruskan hal-hal persatuan. Kebetulan saya adalah organizer untuk satu program piknik secara santai pada 22 hb 10 nanti, maka banyak juga urusan yang sambil-sambil diselesaikan.

Seperti biasa, apabila terpaksa tidur lewat tapi nak kena bangun awal pagi esoknya, saya mesti ambik OsteMatrix ni, alarm semulajadi saya. Hehe.. kenapa pulak si OsteMatrix ni boleh jadi jam loceng pulak kan???

Tentang OsteMatrix

  • Kalsium, Magnesium, Vitamin D, Zink, Kuprum, Manganes & Boron
  • Membantu menguatkan tulang
  • Membantu memperbaiki kekejangan & kebas-kebas
  • Membantu meringakan stress
  • Membantu memudahkan sistem penyahtinjaan

Hehe.. OsteMatrix ni bukan saja memberi 5 manfaat seperti di atas, malah ia membantu memberikan kita tidur yang berkualiti. Sebab tulah ia boleh bertindak sebagai jam loceng. Selepas ambik 4 biji OsteMatrix, set je dalam hati nak bangun jam berapa esok paginya. Inshaa Allah mudah je nak terjaga pada jam tersebut.

Macam saya malam tu dah set kena bangun paling lambat pun kul5 pagi. Memang kul5 pagi la saya terjaga.. hahaha.. Alhamdulillah sempat mandi & siap masuk semua barang dalam kereta + solat Subuh dulu sebelum bergerak, kul5.45 kami bergerak keluar rumah.

12 October 2014.. maafkan typo pada gambar

Sampai UTHM lebih kurang jam 7 pagi. Alhamdulillah parking pun banyak lagi & sempat juga memandikan Auni Batrisyia di tandas berhampiran perpustakaan UTHM.

konvokesyen pd 12hb10 sebenarnya..huhu typo

Sepanjang menunggu sesi pengijazahan, saya & anak-anak menunggu di ruang legar berhampiran perpustakaan tersebut. Lawa sungguh dekorasi di situ. Kipas-kipas angin yang ada di situ memang melekakan anak-anak saya.

konvokesyen pd 12hb10 sebenarnya..huhu typo
konvokesyen pd 12hb10 sebenarnya..huhu typo

Alhamdulillah kami juga tidak membiarkan gajet menjadi mainan utama anak-anak. Makanya anak-anak kami boleh je bermain dengan persekitaran. Si Rafiuddin ni gemar melihat lampu-lampu jalan. Hasilnya, dia gemar bermain dengan straw sebagai lampu-lampunya.

Takde getah, rumput pun boleh diguna untuk mengikat… :mrgreen:

Sambil-sambil menunggu, saya terfikir untuk mencari jambangan bunga untuk adik saya ni. Macam biasa kami adik beradik bersepakat berkongsi untuk hadiahkan adik bongsu kami ni jambangan bunga yang cantik sempena meraikan kejayaannya.

Saya memang agak cerewet. Tiada satu pun jambangan bunga yang telah siap di situ yang menarik hati saya. 20 minit saya melilau mencari yang terbaik. Akhirnya saya mengambil keputusan nak membeli yang customed-made saja.

konvokesyen pd 12hb10 sebenarnya..huhu typo

Saya suka bunga lily.

Lily bagi saya bunga yang ekslusif & agak wangi jika dibandingkan dengan bunga-bunga yang lain. Tak banyak jambangan yang ada bunga lily. So, memang saya pun request kepada penjual bunga ni saya nak gabungan beberapa kuntum bunga termasuk setangkai lily dengan 3 kuntum bunga.

konvokesyen pd 12hb10 sebenarnya..huhu typo

Tadaaaa…. akhirnya siap juga jambangan yang special khusus buat adik kami yang tersayang ni.. 😀

konvokesyen pd 12hb10 sebenarnya..huhu typo

Hehe.. ketika saya membeli bunga ni, saya sebenarnya sambil memBoba si Auni. Agaknya berkat mengendong anak, banyak juga diskaun yang saya dapat masa membeli bunga ni.

Semasa menunggu, dapat juga lihat di skrin TV yang disediakan berhampiran perpustakaan tadi. Lenguh jugak menanti nama adik saya diumumkan. Ikut turutan. Huhuhu.. So moral of the story, korang kalau nak bagi nama anak-anak kalau boleh janganlah letak abjad depan nama yang belakang-belakang sangat. Oh azab jugak nak menunggu lama tu.

konvokesyen pd 12hb10 sebenarnya..huhu typo

Rafidah ni orang yang ke 634 tau.. 😥

Mesti lagi kesian pada mak ayah saya & adik-beradik saya, yang menunggu ketika konvokesyen saya kira-kira 8 tahun yang dulu 😳  😥

Majlis konvokesyen UTHM bagi sesi sidang kedua ni ditangguhkan kira-kira pada jam 12.20 tengahari. Masa tu si Auni yang tengah tidur lena pun dah terjaga mengamuk tak selesa.

Selesai majlis, kami menuju ke pesta konvo untuk makan tengah hari & nak mencari tudung saya buat dipakai untuk majlis konvokesyen suami saya pula awal 1 November nanti di UTM.

Selepas selesai memulangkan jubah, kami terus bergerak pulang ke Skudai. Sempat juga memborong barang-barangan di Ayer Itam dulu.

Kami selamat tiba di rumah sekitar jam 6.30 petang. Alhamdulillah walau penat saya segar je memandu sepanjang perjalanan.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.