menu berbuka puasa hotel

Menu Berbuka Puasa Hotel Grand Paragon JB – Iftar Box Review

Alhamdulillah tak lama lagi menjelang Ramadhan. Semoga kita semua, umat Islam  dapat peluang untuk berpuasa di bulan yang penuh keberkatan ni. Seperti biasa, tiap kali Ramadhan, pihak hotel juga ada membuat tawaran menarik untuk mereka yang nak ubah selera, tukar menu berbuka puasa kepada menu istimewa yang disediakan oleh pihak hotel.

menu berbuka puasa hotel

Saya berkesempatan untuk buat review iftar box menu berbuka puasa hotel Grand Paragon JB minggu lalu. Jom tengok apa yang menarik!

Review Iftar Box Menu Berbuka Puasa Hotel Grand Paragon JB

Memandangkan kita masih lagi dalam musim PKP, buka puasa di hotel dah takde sangat lagi menu buffet macam tahun-tahun sebelum musim Covid melanda.

Atas faktor hygiene, pihak hotel menyediakan menu berbuka puasa secara bawa pulang. Semua orang berpeluang menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan oleh chef hotel ini di rumah/ pejabat masing-masing.

Video penuh untuk menu, boleh terus tonton Youtube ini.

 

 

@zalehaawaluddinTahun 2021 ni, Hotel Grand Paragon JB ada menyediakan ##menuberbukapuasa style ##takeaway ##ramadan ##foodie ##johorbahru ##duriangoreng pun ada!♬ original sound – user7422495531805 – Tik Toker

 

Menu Berbuka Puasa Hotel Grand Paragon JB – Set Gembira Iftar Box

Pihak hotel Grand Paragon JB ada menyediakan 2 jenis iftar box untuk setiap jenis & menu berbuka puasa. Family Iftar box adalah ideal untuk 4 orang dewasa makan, manakala untuk Individual Iftar Box, saiz untuk 1-2 orang makan.

menu berbuka puasa hotel

Besar jugak saiz hidangannya tau!

Antara Menu Untuk Set Gembira Iftar Box:

  • Set Bryani Kambing Golek With Udang Masak Merah (RM40 individu / RM148 untuk 4 pax)
  • Set Bryani Roasted Beef Brisket With Udang Masak Merah (RM32 individu / RM118 untuk 4 pax)
  • Set Bryani Lebanese Ayam Golek With Udang Masak Merah (RM26 individu / RM88 untuk 4 pax)

Dalam setiap set menu iftar box ni dilengkapi dengan:

  • Nasi bryani
  • Sos (black pepper/ honey mint sauce – hanya untuk bryani kambing)
  • Acar mentah
  • Udang masak merah
  • Bubur lambuk
  • Buah tamar & air sirap selasih dalam botol

Menu Berbuka Puasa Hotel Grand Paragon JB – Set Selera Kampung Iftar Box

Untuk yang nak merasai menu selera kampung yang evergreen, yang buatkan kita semua teringat kampung halaman, bolehlah cuba set menu yang ini.

Antara menu Set Selera Kampung Iftar Box:

  • Set Nasi Kerabu with Udang Goreng Berempah
  • Set Nasi Kandar with Udang Goreng Berempah
  • Set Nasi Ambeng with Udang Goreng Berempah

Menu selera kampung lebih terperinci mengikut menu. Nak tau apa yang ada dalam setiap set ni?

Set Nasi Kerabu with Udang Goreng Berempah

  • Menu lauk utama pilihan: Ayam golek / Kari ikan tenggiri
  • Sambal cili cuka/ budu
  • Nasi kerabu, telur masin & keropok ikan
  • Ulam-ulaman (kacang panjang, taugeh, daun kesum, timun, bunga kantan, kobis)
  • Solok lada
  • Udang goreng berempah
  • Buah tamar & air sirap selasih

Set Nasi Kandar with Udang Goreng Berempah

  • Menu lauk utama pilihan: Ayam golek / Kari ikan tenggiri
  • Kari ayam, kari ikan, kari kicap gravy
  • Nasi putih, telur masin & papadum
  • Kobis goreng kunyit
  • Sotong sumbat kari kering
  • Udang goreng berempah
  • Buah tamar & air sirap selasih

Set Nasi Ambeng with Udang Goreng Berempah

  • Menu lauk utama: ayam masak kicap & rendang daging
  • Sambal belacan
  • Nasi putih & mi goreng
  • Sayur goreng Jawa
  • Begedil kentang, serunding kelapa, telur masin & ikan masin bulu ayam
  • Udang goreng berempah
  • Buah tamar & air sirap selasih

Side Dish Menu Berbuka Puasa Hotel Grand Paragon JB

Walaupun namanya side dish, tapi, menu ni antara yang sangat teringat sampai hari ni.

(1) Durian Goreng

Luarnya sangat garing & rangup. Isinya sangat lembut. Sedap dimakan panas-panas. Puas hati sangat. Jom try!

  • 5 ketul RM13
  • 10 ketul RM24

(2) Home made Ondeh-Ondeh Gula Melaka Cake

menu berbuka puasa hotel

Kek pandan gula melaka style Hotel Grand Paragon ni sangat berbeza dengan mana-mana kek pandan gula melaka yang di pasaran. Luar krim nya itu tak manis. Lemak-lemak masin. Dalam kek baru ada rasa lemak & manis. RM58 (whole cake, 6 inci)

Sangat seimbang!

Lembap plak tuh. Sedap dimakan ketika sejuk-sejuk ia dihidangkan. Anak-anak kami pun suka.

Untuk lebih detail dan pertanyaan lanjut, boleh terus hubungi nombor berikut:

Sugi Liew:  016-7695225 

Corporate Office: 07-2781111 / 07-2783880

Hotel Line: 07-2685222 / 07-2783990

FB: Hotel Grand Paragon Johor Bahru

 

 


Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
Youtube Channel: Zaleha Awaluddin
FB: Produk Vitamin Semulajadi

1 thought on “Menu Berbuka Puasa Hotel Grand Paragon JB – Iftar Box Review”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge