warga tua

Nukilan Seorang Ibu/Ayah Buat Anak: Secebis Ingatan Buat Kita

Assalamu’alaikum & salam sejahtera.

Sedih jap bila baca nukilan ni. Saya share sini, semoga maksudnya sampai kepada semua bila-bila saja, di mana saja kita berada dalam capaian internet ni.

Mungkin kita masih anak-anak muda itu. Mungkin juga kitalah jua yang mempunyai mak-ayah yang sedang tua. @ mungkin juga saat post ini dibaca, kitalah orang tua-tua itu.

=====================================================

♡Anakku…

Bila aku tua…
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan… Aku berharap kamu tidak menjerit marahkan aku…. Kerana tenaga orang yang tua semakin tidak kuat dan kerana sakit…. Mata semakin kabur… Kamu harus mengerti dan sabar dengan aku…

♡Anakku…

Bila aku tua…
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan…. Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku, “mak pekak ke?, mak bisu ke? “atau kata “tak dengar ker??”… Aku minta maaf anakku… Aku semakin MENJADI TUA…

♡Anakku…

Bila aku tua….
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang… Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayan aku… kerana semua itu adalah sebahagian dari proses MENJADI TUA…. Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua….

Kejadian manusia menjadi nyanyuk @ tidak tahu seperti asalnya dia ketika kanak-kanak ini ada dinyatakan dalam Al-Quran. Seperti dalam surah Al-Hajj, ayat 5 ini:

 

♡Anakku…

Bila aku tua….
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor…. Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah di depan aku…. Dan tidak menjerit suruh aku mandi… Badan aku lemah… Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.. Mandikan aku sepertimana aku mandikan kamu semasa kecil…

♡Anakku…

Bila aku tua….sekiranya aku sakit…temanlah aku, aku ingin anak berada bersamaku…

♡Anakku….

Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba… Aku berharap kamu akan memegang tangan aku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.. Jangan cemas… jangan menangis… hadapi dengan redha…

Semoga apabila tiba saatnya aku dapat bertemu Tuhan … aku dapat berbisik kepadaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai aku….

Terima kasih banyak kerana mencintai aku ….

Terima kasih banyak kerana telah menjaga aku….

Aku mencintai kamu dengan banyak cinta….

==================================================

Menjadi ikhtibar pd kita kalau masih ada ibubapa & postlah posting di atas ini kpd group whatsapp/ telegram keluarga atau group whatsapp/ telegram peribadi keluarga sendiri sebab kita x nak, kita atau anak2 kita sentiasa berdosa dgn ibubapa kita atau ibubapa mereka…

RENUNG2 KAN LAH

Sesungguhnya mati itu pasti.

& Semoga kita saling boleh mengamalkannya sementara kita masih punya kesempatan hidup di dunia ini.

Rujukan:

  1. http://www.surah.my/22#5
  2. https://sepdhani.wordpress.com/2014/05/19/bagaimana-al-quran-berbicara-tentang-proses-peciptaan-manusia-ilmu-kandungan/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge