Biasa tak dengar istilah “dos saranan yang dibenarkan setiap hari”? Mesti tak pernah kan? Hihihi… Ni saya yang translate ikut kamus saya sendiri ni..
Tapi, bagi mereka yang biasa ambik suplemen/ vitamin, mesti pernah nampak tentang RDA atau RDI ni kan? Ia merujuk kepada:
- RDA: Recommended Daily Allowance
- RDI: Recommended Daily Intake
Tapi jarang juga yang tahu tentang ODA Vitamin ni, termasuklah saya sendiri yang sebelum inilah..hihi š
Haaa.. apekah pula ODA Vitamin tu ya? š”
ODA Vitamin: Optimal Daily Allowance – Dos Saranan Yang Paling Optimum Setiap Hari
Yes! This one yang memang kita patut fahamkan sekarang.. Tapi kenapa?
Sebelum tu, jom tengok jadual ni
Dari jadual di atas, saya ambik beberapa contoh vitamin/ mineral yang paling biasa kita ambil setiap hari
Vitamin/ Mineral | RDA | ODA |
Vitamin C | 60 mg | 1000 – 2000 mg |
Vitamin E | 151 IU | 400 IU |
Asid Folik (B9) | 200 µg | 400 – 800 µg |
Kalsium | 800 mg | 500 – 1200 mg |
Zat Besi | 10 mg | Not suplemented, unless needed |
(1) RDA adalah dos umum
Menurut 1 laman yang ditulis oleh seorang doktor, Dr. Juan NunezĀ perkataan RDA itu sendiri adalah merujuk kepada jumlah sarananĀ nutrisi yang disukat untukĀ sesuatu jenis vitamin atau mineral itu berdasarkan kadar rata keperluan seorang dewasa (ditentu-ukur oleh badan yang bertanggungjawab di Amerika Syarikat).
RDA yang juga disebut Recommended Dietary Allowances (RDAs) diwujudkan sekitar tahun 1941 di US ini adalah sebagai ukuran pengambilan vitamin & mineral untuk seseorang yang sihat.
(2) Adakah kita 100% tergolong dalam golongan kadar rata seseorang dewasa itu?
Kadar rata seorang dewasa ini menganggapkan kita adalah:
- seseorang yang berumur bawah 60 tahun
- yang sihat tubuh badan
- mempunyai sistem pencernaan yang sempurna (buang air besar takde masalah, at least 2 kali sehari camtu)
- bukan seseorang yang mempunyai lebih berat badan (BMI sempurna/normal: 18.5 – 25); BMI = [Tinggi (m) x Tinggi (m) ]/ Berat (kg)
- tidak mempunyai masalah tekanan/stress dalam hidup
- tiada masalah kesihatan sehingga perlu mengambil ubat-ubatan
- tidak pernah mengambil sebarang ubat-ubatan hatta hanya sebiji paracethamol macam Panadol tu
- makan makanan yang seimbang setiap hari
- ambil 5 sajian buah-buahan & sayur-sayuran setiap hari
Hihi… anda tahu anda yang mana bukan?
& sebagai tambahan, dengan menganggapkan kita memperolehi 100% nutrisi yang kita perlukan dari makanan yang kita makan setiap hari (kena faham badan kita tak boleh buat sendiri semua nutrisiĀ ni).
Tak logik kan?
Dengan makanan sekarang yang dah ada penambahperasa (dalam sos pun ada, walau tak guna serbuk MSG), belum lagi cerita makanan proses & makanan segera tuĀ Ā š
(3) RDA hanya mengelakkan simptom tapi kurang membantu memperbaiki
Menurut Dr Nunez lagi, penggunaan RDA adalah seolah-olah kita berada pada 50 tahun yang ke belakang!
Hihi.. ni dia ulas ketika tulisannya pada 26 Mei 2011 yang lalu la… sekarang dah 2016 kan?Ā š
Hari ini, ramai yang mencari vitamin/ suplemen bukan semata-mata sebab nak elak sesuatu simptom/ penyakit. Sebagai contoh, kita ambik fakta tentang keperluan vitamin C pada hari ini.
Sepanjang yang kita tahu (bagi yang pernah belajar kat sekolah subjek Sains), kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit skurvi.
Hari ini, orang bukan sekadar nak elak penyakit skurvi tu, tapi ramai yang cari vitamin C (terutama ketika promo ni) untuk:
- tingkatkan kesihatan kulit terutama wajah la… nak cantik…nak kulit tegang (vitamin C bantu penghasilan kolagen secara semulajadi)… nak cerah..nak bebas jerawat… kan… š
- tingkatkan kesihatan imuniti dari selesema/ jangkitan virus & lain-lain
- perbaiki masalah sukar tidur (insomnia)
- perbaiki masalah stress
- ikhtiar berhenti merokok
Itu baru contoh untuk vitamin C kan? So, nampakkan betapa pentingnya ODA Vitamin tu untuk kegunaan rujukan harian kita?
Untuk ketahui lebih lanjut, banyak mana nak ambik supaya mencapai ODA level setiap hari, pastikan anda tanya secara terus kepada pembekal vitamin anda yang bertauliah & berilmu ya.
Sebabnya, setiap antara kita, keperluan optimum mungkin tidak akan sama bergantung pada tahap kesihatan masing-masing, tabiatĀ pemakanan & faktor persekitaran yang lainĀ š
Kalau ada fakta yang kurang tepat, silalah memberi sebarang ulasan di komen ya. Kami sangat hargai & mengalu-alukan sebarang penambahbaikkan untuk info-info di sini. Terima kasihĀ š
Rujukan:
- http://www.fibromyalgiacfsstore.com/multivitamin-trifold-B.pdf
- http://nunezhealth.com/2011/05/rda-vs-oda/
- Nutrition For Life, Lisa Hark & Dr Darwin Deen, Dorling Kindersley, 2005 (p:35)
- Prescription for Nutritional Healing, Phyllis A. Balch, CNC, Penguin Group, 2010 (p: 9-17)
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
Banyak manfaat yang terdapat dalam post ni
Info yang menarik