Tahun 2021 adalah tahun kita semua masih berdepan dengan wabak COVID 19 yang belum berkesudahan. Kes yang makin meningkat mengheret kita semua terpaksa akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) siri kedua.
Berbanding PKP tahun lalu, tahun ini pergerakan dilonggarkan untuk aktiviti ekonomi dalam kawalan.
Persekolahan juga dibuka sesi bersemuka hanya untuk pelajar tingkatan 5. Anak-anak yang lain bersekolah secara atas talian dari rumah masing-masing. Dari situ wujudlah PdPR 2021.
PdPR 2021 – Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah Sepanjang Musim PKP

HOnestly said, dari sudut pandangan ibu bapa pelajar, saya melihat PdPR 2021 kita semua lebih bersedia.
Walaupun buku teks belum diterima & ada buku aktiviti yang belum dapat dibeli, semua pembelajaran boleh diteruskan seperti biasa secara atas talian. Alhamdulillah untuk kemudahan yang ada dalam rumah kami. Internet tanpa had dan line yang agak laju berbanding ketika musim PKP tahun lepas sebab kami berada di kampung.
Syabas dan tahniah saya ucapkan buat para guru yang banyak membuat persediaan untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran dari rumah.
Anak-anak juga dilihat agak enjoy dapat duduk depan laptop dan berinteraksi bersama kawan-kawan.
Bagi anak-anak yang kurang berkemampuan atau yang tinggal jauh dari kemudahan internet, saya amat bersimpati. Mungkin sudah tiba masanya untuk pihak berwajib turun padang melihat kekurangan ini. Pada ketika ini sepatutnya tidak timbul isu ada pelajar yang jauh ketinggalan kerana kampung mereka tinggal tiada kemudahan internet.
Ayuh YB semua, buka mata, lihat sekelilingmu!
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com Youtube Channel: Zaleha Awaluddin FB: Produk Vitamin Semulajadi