pemandangan yang menarik

Pemandangan Yang Menarik Sepanjang Perjalanan Pulang Ke Kampung Halaman

Tahun 2015 adalah giliran kami sekeluarga pulang berhari raya di rumah sebelah suami di Terengganu terlebih dahulu.

Alhamdulillah..

Setakat ni masih maintain wajib balik kedua-dua kampung (saya di Kedah & suami di Terengganu). Cumanya kami gilir-gilir lah pulang yang mana dulu.

Apa Yang Menarik di Terengganu

Seperti di lain-lain tempat hampir di seluruh Malaysia, Hari Raya Aidilfitri tidak sah jika tiada:

  • rendang
  • ketupat (pulut & beras)
  • biskut raya
  • kerepek raya

Antara menu lain yang biasanya ada di rumah-rumah yang kami kunjungi di Terengganu ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri:

  • nasi dagang
  • laksa Terengganu
  • sate ayam
  • tapai
  • nasi minyak

Selain banyak terdapat makanan yang best, banyak juga tempat peranginan yang menarik di sekitar sini.

Antara pantai yang cantik untuk dikunjungi yang berhampiran rumah ibu mertua saya di Kemaman adalah Pantai Chendor yang terletak di Kuantan, Pahang

pemandangan yang menarik

 

 

Antara Pemandangan Yang Menarik Sepanjang Perjalanan

Seperti anak-anak perantau yang lain, tiapkali ingin pulang ke Kedah dari Terengganu, kami akan merentasi Kelantan.

Antara tips untuk tidak mengharungi kesesakan lalulintas di sekitar Tanah Merah, Kelantan adalah, kita mesti pastikan kenderaan kita telah melepasi jambatan di Tanah Merah ini sebelum jam 10 pagi.

Untuk itu, jika anda datang dari Kuala Terengganu, wajib untuk keluar rumah sebelum jam 7 pagi.

Oleh sebab kami pada asalnya bercadang nak menghadiri majlis kenduri kahwin seorang sahabat kami di Tanah Merah, perjalanan kami berada dalam keadaan sederhana lancar.

Tak sangka juga kami tiba di Tanah Merah terlalu awal (kerana laluan agak lancar di sekitar Jambatan).

Memandangkan kenduri kahwin bermula hanya selepas jam 12 tengah hari, maka kami akhirnya mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan menuju ke Kedah.

Surau di Hentian Bukit Titiwangsa

Kami pilih untuk berehat di sini. Suhunya yang agak dingin kerana berada di atas bukit membuatkan ramai pengunjung memilih untuk berhenti rehat di kawasan ini.

Kemudahan di sini semakin baik.

Surau juga seperti hampir 90 % siap. Buat sementara waktu, muslimat yang ingin menggunakan ruang solat wanita, perlu merentasi tingkap di dalam ruaang solat muslimin.

pemandangan yang menarik
Pemandangan Yang Menarik & Indah Di Banjaran Titiwangsa

Boleh dikatakan sangat rugi jika tak menghayati pemandangan yang inda di sepanjang jalan sekitar merentasi Banjaran Titiwangsa ini.

Kalau anda gerak pada waktu malam, mungkin perlu lebih berhati-hati kerana kawasan ini antara laluan haiwan liar yang melintas. (naudzubillah, setakat ni memang belum lagi terjumpa gajah @ tapir yang melintas..  😐 )

pemandangan yang menarik

pemandangan yang menarik

 

 

Pemandangan Yang Menarik Menuju Ke Kedah, Kampung Halamanku

Perjalanan kami dari Tanah Merah, Kelantan menuju ke Kedah (Kuala Ketil) mengambil masa sekitar 5 jam perjalanan (termasuk berhenti rehat selama 20 minit di Hentian Bukit Titiwangsa).

Dari Kuala Ketil, Sungai Petani menuju ke Yan Besar, Kedah pula mengambil masa sekitar setengah – 1 jam perjalanan bergantung pada aliran trafik.

Kampung ibu saya terletak di Yan Besar, Kedah.

Sejuk je mata yang memandang. Gunung yang kelihatan itu adalah Gunung Jerai.

pemandangan yang menarik

 

Pantai yang terdekat adalah Pantai Murni, Yan Besar, Kedah.

pemandangan yang menarik

pemandangan yang menarik

 

 

Bagi anda yang sering mencari-cari panorama & pemandangan yang indah di sekitar Terengganu & Kedah, bolehlah berkunjung di tempat-tempat yang saya kongsikan tadi.

Semoga bermanfaat  😀

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge