Seriously perut buncit memang bukan saja nampak tak cantik malah masalah lemak banyak sangat & lebih tertumpu di sekitar perut adalah lebih membahayakan berbanding pengumpulan lemak di bahagian punggung dan peha.
Faktor Utama Penyebab Perut Buncit
Secara statistiknya, lelaki lebih cenderung mempunyai masalah perut buncit ini berbanding wanita kerana faktor lemak pada badan lelaki mudah tersimpan di bahagian perut.
- Kurang bersenam
- Pemakanan yang tinggi kalori & lemak
- Kurang serat
Kesan Buruk Perut Buncit
Selain memang nampak tak cantik & kurang kacak, perut yang buncit cenderung berkait dengan masalah kesihatan yang serius seperti:
- penyakit jantung
- aterosklerosis (salur darah tersumbat)
- Osteoporosis (masalah tulang rapuh)
- Demensia (hilang ingatan, keliru & gangguan mental)
- Alzheimer (penyakit nyanyuk)
- Diabetes (kencing manis)
6 Cara Mengurangkan Lemak di Perut Yang Buncit Dengan Berkesan
Secara keseluruhannya, kena ubah gaya pemakanan & praktis gaya hidup yang lebih sihat.
Cuba amalkan tips ini.
(1) Tinggikan serat dalam makanan harian
- Ganti beras putih kepada beras perang yang lebih tinggi serat.
- Banyakkan makan sayur & buah-buahan.
(2) Elak Makanan Yang Mengandungi Trans Fat
- Lemak trans adalah minyak separa hidrogenasi antara yang boleh meningkatkan lagi pengumpulan lemak di sekitar bahagian perut.
- Makanan yang ada lemak trans seperti majerin, pastri, biskut, keropok & makanan yang bergoreng.
(3) Elak makanan segera (fast food)
Makanan segera tinggi kandungan lemak & tinggi kalori. Jika diambil secara kerap ia menyumbang kepada kalori yang berlebihan & penambahan berat badan.
(4) Kurangkan Pengambilan Kalori Dengan Memilih Makanan Yang Lebih Sihat
Mulakan dengan memilih makanan yang lebih sihat. Gunakan calorie-tracker apps pada smartphone untuk membuat kiraan kalori yang anda perlukan bergantung pada berat badan anda.
Pilih makanan yang dimasak rebus, bakar, stim berbanding yang bergoreng.
(5) Banyakkan Buat Senaman Perut
Antara senaman yang paling popular berkesan untuk kurangkan saiz pinggang & ukurlilit perut adalah:
- crunches
- sit up
(6) Vitamin Untuk Bantu Detox
Apabila kita nak reset balik badan kita dengan makanan yang berkhasiat, nak buang segala sisa toksin yang terdahulu, eloklah berpuasa atau buat detox dengan menjaga pemakanan kita.
Vitamin membantu tubuh kita lebih bernutrisi & membantu mencernakan serat dengan lebih baik.
Baca lebih lanjut tentang Vitamin Untuk Detox
Semoga perkongsian & info ini bermanfaat 🙂
Rujukan:
- The British Medical Assoiation | Complete Family Health Guide, Dr Tony Smith, Dorling Kindersley
- iSihat Julai 2017, Bilangan 117
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit