PKPB | Apa Boleh Dibuat Untuk Mendidik Emosi Yang Terganggu

Baru saja diumumkan tentang perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) untuk semua negeri di Semenanjung kecuali yang berada di Perlis, Kelantan & Pahang.

Bagi saya, PKPB ini suatu keputusan yang amat tepat dilaksanakan ketika ini memandang angka kes setiap hari yang semakin menaik.

Namun begitu, terdapat juga suara-suara kesal yang agak kecewa kerana PKPB ini seolah-olah menekan perasaan & emosi mereka. Saya turut bersimpati dengan perspektif & apa yang mereka rasakan. Diharap penulisan ini membantu mereka yang mungkin memerlukan.

Apa Yang Boleh Dibuat Supaya Emosi Tidak Terganggu Sepanjang PKPB

PKPB

 

Arahan supaya PKPB ini sangat berlaku tepat sebelum angka bertambah di luar jangkaan kita.

Sejak JB menjadi zon merah 2 minggu yang lalu, saya perasan, masih ada parents yang membawa anak-anak keluar bercuti di kawasan peranginan dan ada juga yang membawa anak-anak keluar ke tempat-tempat awam.

Sekolah tutup bermakna, anak-anak adalah perlu untuk kekal berada di dalam rumah. Namun apabila parents membawa keluar anak-anak pergi berjalan ke sana sini, bermakna mereka sendiri mendedahkan anak-anak kepada risiko jangkitan. Mungkin mereka bertindak sedemikian untuk melapangkan otak & mendapat ketenangan dari segala musibah yang berlaku.

10 Aktiviti Dalam Rumah Yang Mendidik Emosi Sepanjang PKPB

Jom buat sama-sama.

  • Bersenam
  • Membanyakkan aktiviti membaca
  • Menonton rancangan kegemaran seisi keluarga
  • Memasak
  • Melukis/ mewarna
  • Bermain indoor games bersama keluarga
  • Solat berjemaah seisi keluarga
  • Bercucuk tanam
  • Merekod video & upload ke media social
  • Hadir ke kelas online

Nah.. Banyak kan aktiviti yang kita boleh buat?

Kalau tak sibuk juga tak taulah.. Hihi. Macam kami sendiri tiada siaran TV secara langsung. ASTRO jugak tidak dilanggan. Hanya ada UNIFI maka, ada sesekali suami akan membenarkan anak-anak untuk menonton rancangan kegemaran mereka di Youtube.

Rajin-rajinlah explore segala yang kita boleh buat.

Nak tanam pokok di rumah flat yang tiada tanah tu pun dah boleh. banyak dah idea kreatif sekrang termasuklah tanaman dalam pot-pot kecil. Nak bersenam pun boleh sangat dalam rumah.

Hendak sejuta daya! Ayuh sama-sama kita duduk di rumah & kita bantu negara kita putuskan rangkaian COVID 19 ini.


Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
Youtube Channel: Zaleha Awaluddin
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge