Seperti entri saya yang lalu, kami sekeluarga tinggal di kawasan perumahan yang terdedah dengan risiko ancaman demam denggi. Rumah kami adalah yang paling berdekatan dengan longkang takungan beberapa unit rumah teres di kawasan itu.
Disebabkan kurang sensitif terhadap isu kesihatan, ramai yang mengambil enteng hal ini termasuk melepaskan sampah pepejal terus ke longkang besar tersebut. Akibatnya ia antara punca nyamuk mudah membiak. Jika tidak ada produk anti-nyamuk yang berkesan, risiko terhadap ancaman gigitan nyamuk bertambah parah.
Hal ini juga merupakan antara punca mengapa saya & ramai lagi penduduk sekitarnya yang sukar elak kena gigitan nyamuk terutama ketika berada di luar rumah untuk menyidai pakaian, membasuh kereta dan lain-lain perkara lagi.
Seperti kisah saya yang diserang demam denggi, keadaan ini membuatkan kami sekeluarga perlu mengambil inisiatif sendiri yang lebih intensif demi kesihatan anak-anak terutamanya bagi mengelakkan ancaman denggi mahupun demam malaria yang berpunca dari gigitan nyamuk.
Cara Mengusir Nyamuk Secara Tradisi

Masih teringat lagi ketika saya & adik beradik masih di zaman kanak-kanak, setiap kali pulang ke kampung, kami pasti akan tidur di dalam kelambu. Tapi itu masa zaman arwah Tok saya masih ada. Sekarang kat kampung macam dah jarang sangat nampak sedara mara yang pakai.
Anak saya Rafiuddin Afiq ketika masih bayi lagi sewaktu berada dalam wad kerana jaundis lagi sudah pandai menolak kelambu bayi yang dibekalkan hospital.
Auni Batrisyia pula hanya selesa berada dalam kelambu jika cuaca tengah sejuk.
Saya & suami pula? Hehehe.. kami rimas nak menggunakannya. Menggunakan kelambu ada kalanya agak melecehkan.
Kalaulah cara mengusir nyamuk menggunakan kelambu adalah penyelesaian yang terbaik, masakan ada pepatah begini:
“Marahkan nyamuk, kelambu dibakar”
Produk Anti-Nyamuk Yang Berkesan
Sebelum ini., kami sekeluarga pernah mencuba pelbagai produk anti-nyamuk. Antaranya:
- Jenis penyembur aerosol
- Jenis berasap
- Jenis wap (cecair) menggunakan elektrik
- Jenis wap (kepingan) menggunakan elektrik
- Jenis pelekat
Saya tidak menafikan ada jenama-jenama tertentu dari jenis produk anti-nyamuk dalam senarai di atas yang memang berkesan menghalau nyamuk dalam tempoh masa tertentu. Cuma ada beberapa kekurangan yang membuatkan kami sekeluarga tidak selesa untuk menggunakannya secara konsisten dalam tempoh yang lama.
Ini ringkasan yang dibuat berdasarkan pengalaman kami sendiri mengapa produk anti nyamuk berikut tidak selesa untuk kami guna dengan konsisten bagi jangka masa yang panjang.
Jenis Produk Anti Nyamuk | Kenapa Kami Kurang Selesa Untuk Pakai | Contoh |
Penyembur jenis aerosol |
|
|
Jenis berasap |
|
![]() |
Cecair meruap guna elektrik |
|
|
Kepingan meruap guna elektrik |
|
![]() |
Jenis Pelekat |
|
![]() |
Saya bersyukur kerana terpilih untuk mencuba produk anti-nyamuk yang berkesan seperti Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni.
Ketika mendapat bungkusan Bugslock ni, saya tak sangka ia adalah gelang yang sangat lembut pada kulit.
Bagi saya ia adalah antara inovasi yang sangat sesuai digunakan pada zaman ini.
Bugslock – Cara Mengusir Nyamuk Yang Moden, Efektif & Kondusif
Kami sekeluarga telah sama-sama menggunakan Bugslock gelang penghalau nyamuk ni. 5 perkara yang best pada Bugslock:
- Tekstur yang lembut pada permukaan kulit
- Boleh dilaraskan ikut kesesuaian si pemakai
- Seutas gelang boleh digunakan berhari-hari lamanya secara kumulatif untuk 240 jam dengan penyimpanan yang betul
- Bahan yang semulajadi dengan haruman serai wangi yang segar
- Tahan lasak untuk kegunaan dalam & luar rumah
Seperti pengalaman & usaha kami yang sebelum ini untuk elak kena gigitan nyamuk ketika bermalam di rumah saudara mara di kampung, penggunaan sticker meninggalkan kesan gam pada pakaian.
Aktiviti kami lebih fokus tanpa gangguan nyamuk dengan Bugslock
Baru-baru ni, Rafiuddin saya pakaikan gelang ni ketika dia bersama kawan-kawan bermain di padang. Rafiuddin & saya adalah antara yang paling digemari nyamuk.
Sepanjang hari itu, tidak pula dia mengadu gatal-gatal lagi seperti kebiasaannya. Alhamdulillah aktiviti meneroka & bermain anak-anak lebih fokus tanpa gangguan nyamuk.
Biasanya setiap kali riadah hujung minggu kami, kami akan tiba di rumah pada waktu senja. Alhamdulillah tiada nyamuk yang menghampiri ketika masih berada di luar rumah untuk mengangkat pakaian di ampaian.
Saya adalah blogger sepenuh masa. Masa saya bekerja adalah biasanya sekitar jam 2 pagi ke atas. Sebelum ni saya kerap juga hilang fokus tatkala nyamuk datang menyerang. Tapi beberapa malam baru-baru ni, saya ditemani Bugslock..
Saya letak je Bugslock ni pada bladeless fan kami ni..
Selain menghalau nyamuk, haruman serai wangi pada gelang ini memenuhi segenap ruang bilik serta membantu saya untuk kekal fokus & segar sepanjang awal pagi


Semoga perkongsian saya memberi manfaat kepada sesiapa saja..
P/S: Saya sebenarnya tak sabar nak bagi 2 utas gelang penghalau nyamuk ni untuk kegunaan mak & ayah di kampung yang gemar berkebun.
Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Malaysia Bugslock – Syarikat X Cube Enterprise. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.
Bugslock memang hebat :)..
Wah terbaiklah review bugs lock giveaway mialiana.com. Good Luck !!!
penerangan yang jelas..bestnya ade bau yang menyenangkan.. 🙂
Fuza pun dari segmen yang sama
http://fuzamusa.blogspot.com/2014/11/review-bugslock-gelang-penghalau-nyamuk.html
nice . belum buat review lagi ni
awesome review… shad datang dari segmen sama,
http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2014/12/bugslock-gelang-penghalau-nyamuk.html
Salam… Terima kasih sudi berikan komitmen untuk review Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk
Senarai peserta ada di http://www.mialiana.com/2014/11/giveaway-bugslock-review-bugslock.html
– Mia Liana –
tahniah ya…
http://www.mialiana.com/2014/12/pengumuman-pemenang-giveaway-bugslock.html