prosedur derma darah

Prosedur Derma Darah Untuk Wanita | Johor Blood Warriors

Hai semua! Mesti ramai lega  rasa bersyukur sangat PKPB dah ditamatkan di hampir kebanyakan negeri kat Malaysia ni. To me, yang stay kat JB ni, rasa bersyukur jugak. At least nak pegi jogging kat kawasan taman rekreasi jadi tak strict sangat open pada beberapa orang saja.

Anyhow, sama-samalah kita tetap patuh pada SOP walau kat mana saja kita berada. As usual, jika tak perlu, marilah kita stay at home saja bersama anak-anak.

Oh ya, minggu sebelum PKPB di Johor last time, saya baru buat comeback derma darah ni. Mungkin ada yang nak tahu apa prosedur derma darah khusus untuk wanita macam saya. Jom check this out.

Prosedur Derma Darah Untuk Wanita

Sebelum tu, tahniah pada u olls yang berminat  teringin lama sangat dah nak jadi penderma darah. Saya pun dah lama sangat nak buat comeback ni. Last saya derma darah seingatnya masa lepas bersalin anak nombor 1 rasanya. Entahlah ke masa sebelum kawin? Hm… Lama sangat tak derma darah (almost 10 tahun +) atas faktor-faktor yang tak dapat diceritakan.

Alhamdulillah, setelah dapat keizinan suami, dan kebetulan datang mood yang sangat baik, saya pun terus keluar, memandu sendiri sorang-sorang datang ke Pusat Pendermaan Darah Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

10 Kriteria  & Ciri-ciri Layak Menderma Darah Untuk Wanita

prosedur derma darah

(1) Sihat & tidak mengambil sebarang ubat (terutama antibiotik)

Kita nak beri darah pada orang lain. At least kita kena pastikan darah kita tak mengandungi sebarang ubat-ubatan yang boleh menjejaskan kesihatan penerima darah kita nanti.

(2) Berat badan melebihi 45kg

Teringat zaman student kat IPT dulu, berat saya memang rendah dari 45kg ni. Sedih & kecewa sebab tak layak datang menderma masa tu. Ini cara saya naikkan berat badan seperti pengalaman terdahulu.

(3) Berumur 17-70 tahun

(4) Tidak mengamalkan gaya hidup yang berisiko tinggi terhadap kesihatan

Maksud di sini adalah, bukan seseorang yang berkongsi pasangan/ bertukar-tukar pasangan seks. Kita akan ditemuduga oleh pegawai perubatan dalam bilik khas untuk pengakuan tentang hal sulit sebegini.

(5) Tidur melebihi 5 jam

Kalau tak cukup tidur, kita biasanya kekurangan oksigen. Organ dalaman kita banyak yang letih & macam tak bersedia.

(6) Tidak mengandung

(7) Tidak menyusukan bayi

(8) Tidak sedang datang haid

At least untuk elak kita kehilangan banyak darah pada masa yang serentak.

(9) Kali terakhir datang menderma sekurang-kurangnya 3 bulan yang lalu

Mungkin ada yang tak ingat. Kita boleh datang derma darah balik lagi at least lepas 3 bulan kita menderma darah.

(10) Ada mengambil sedikit makanan sebelum datang menderma darah

Saya teringat ada banyak kejadian, ramai yang derma darah ada yang pengsan. Bila diselidik, rupanya datang derma darah dalam keadaan perut kosong. Jangan begitu tau.

Memang niat kita murni sangat nak derma darah, selamatkan nyawa orang, namun, sebelum orang lain, kita wajib sayang diri kita dulu. Jamah sedikit makanan. Recommended amik sumber protein macam soya, kekacang, ikan, ayam sebelum datang derma darah. Boleh try ESP untuk minuman on the go.

” Awak Ada Rasa Pening Atau Nak Muntah Tak”

Nurse ada tanya saya.

Beliau tanya sebab saya dah lama sangat tak menderma darah & dia tanya bila last saya derma dulu banyak mana darah saya derma? Ofkos la saya tak ingat dah.. hahha.

prosedur derma darah
Syukur, Hb sangat baik. Saya tak ambil sangat vitamin yang khusus untuk naikkan Hb, tapi saya keep konsisten suplemen seperti vitamin C, minyak ikan & protein

Alhamdulillah, sepanjang derma darah hari tu, all went smoothly. Allah Izinkan saya drive pegi balik sendiri tanpa rasa pening atau nak pengsan.

Actually saya juga berikhtiar, selain makan makanan berkhasiat, saya cukupkan nutrisi sepanjang hari dengan pengambilan vitamin Shaklee serta sentiasa pastikan badan aktif bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Hari saya datang menderma tu, pagi tu saya buat larian 6km. Alhamdulillah badan masih mampu untuk kuat.

Saya doakan ramai lagi yang berminat nak terus konsisten menderma darah, untuk masyarakat kerana Allah.

Semoga artikel ini bermanfaat  🙂



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
Youtube Channel: Zaleha Awaluddin
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge