Saya pada suatu ketika yang dulu, tak ambik port sangat pasal penyakit gout ni sampailah saya dapat tahu dari mak, yang ayah saya sendiri tengah ada sakit gout ni.
Nampak la kat dinding kat dapur tu, diorang tampal panduan pemakanan untuk ayah supaya penyakit gout dia tak melarat.
Teruk sangat ke penyakit gout ni? Apa simptomnya?
Ok, jom saya share serba sedikit tentang penyakit gout ni supaya kita lebih faham macam mana nak elak atau nak kawal penyakit gout ni supaya kita lebih peka untuk jaga kesihatan diri kita sebelum terlambat.
Apa Itu Penyakit Gout?
Sejenis penyakit arthritis yang melibatkan pengumpulan endapan kristal dari asid urik di antara sendi-sendi tubuh yang antaranya mengakibatkan permukaan bawah ibu jari atau lutut menjadi bengkak.
Apakah Simptom Penyakit Gout?
- Bengkak & rasa pijar pada permukaan sendi yang terlibat
- Berasa sakit pada bahagian sendi-sendi seperti lutut
- Demam
Ni antara yang ayah saya pernah alami. Ada ketikanya sampai sukar nak berjalan lancar sebab sakit gout dia tu lebih tertumpu pada sekitar sendi lutut.
Selain simptom yang dialami di atas, Doktor dapat mengesahkan lagi masalah ini setelah pesakit gout menjalani ujian darah.
Had normal kandungan asid urik adalah seperti berikut:
- 2.4 – 6.0 mg/dL bagi wanita
- 3.4 – 7.0 mg/dL bagi lelaki
Mereka yang didapati mempunyai paras asid urik dalam darah yang melebihi 7.5 mg/dL kebiasaannya disahkan mengalami risiko penyakit gout ini.
Apakah Punca Yang Menyebabkan Berlakunya Risiko Penyakit Gout?
- Tinggi kandungan asid urik dalam darah
- Penghasilan lebih asid urik dalam tubuh
- Lebihan asid urik dalam badan tidak dapat dibuang dengan baik
6 Cara Mengawal Penyakit Gout
(1) Kawal Penyakit Gout Dengan Ubat-Ubatan
Kebiasaannya doktor akan beri ubat-ubatan bagi mengurangkan kesakitan & keradangan yang dialami. Antara ubat-ubatan itu adalah:
- NSAID (non-steroidal anti-inflammatory drug)
- Antigout drug colchine
- Oral corticosteroid
Antara ubatan lain yang biasa diberi untuk mengawal kadar asid urik dalam darah:
- Allopurinol (utk kurangkan penghasilan asid urik)
- Probenecid (utk tgkatkan penyingkiran asid urik)

Jika masalah berlarutan, suntikan corticosteroid akan diberi terus pada sendi yang terlibat.
(2) Kawal Penyakit Gout Dengan Minum Banyak Air Kosong
Air kosong membantu dalam pengangkutan zat dalam tubuh & merupakan medium utama untuk menyingkirkan lebihan sisa yang badan kita tak perlukan.
Pengambilan air kosong sehari yang optimum adalah bergantung pada berat badan seseorang.
Secara puratanya, setiap 25 kg berat badan, kita perlu minum air kosong sahaja sebanyak 1 liter sehari.
Bab minum air ni yang boleh dikatakan payah jugaklah bagi ayah nak buat dengan disiplin. Hari-hari kena ingatkan ayah bab ni.
(3) Kawal Penyakit Gout Melalui Elak Makanan Tinggi Purin
Pesakit gout disarankan untuk elak makan makanan yang tinggi kandungan purin. Antara makanan tinggi purin (yang wajib dielakkan) & sederhana purin (hadkan pengambilan) oleh pesakit gout adalah:
- Hati & organ dalaman haiwan yang lain (setiap 100 gm mengandungi 444 – 773 mg purin)
- Ikan sardin ( setiap 100 gm mengandungi 480 mg purin)
- Ikan tuna (@tongkol/aya/kayu), mackerel (@ tenggiri), ikan bilis, (setiap 100 gm dari jenis ini mengandungi 110 – 345 mg purin)
- Daging kambing (setiap 100 gm boleh meningkatkan 182 mg purin dalam darah)
- Daging ayam (100 gm mengandungi 175 mg purin)
- Daging itik (100 gm mengandungi 138 mg purin)
- Daging lembu (100 gm mengandungi 110 mg purin)
- Udang (100 gm mengandungi 147 mg purin)
- Mussels @ kupang kerang & yang seumpama (setiap 100 gm mengandungi 100 mg purin)
- Scallops @ tiram & yang sumpama dengannya (100 gm mengandungi 136 mg purin)
- Kismis (100 gm mengandungi 107 mg purin)
- Kuaci bunga matahari (1 hidangan mengandungi 143 mg purin)
- Sayur-sayuran seperti cendawan, asaparagus, bayam & bunga kobis (hadkan 2 hidangan saja setiap hari)
Bila tengok senarai, kesian sangat… macam xde dah makanan rutin yang dapat dinikmati oleh pesakit gout macam ayah. 😥
(4) Kawal Penyakit Gout Dengan Buah-buahan & Tumbuh-tumbuhan
Terdapat natural remedies yang terbukti membantu pesakit gout mengawal kadar asid urik dalam darah. Antaranya adalah melalui pengambilan buah-buahan & tumbuh-tumbuhan seperti:
- Lemon (jus lemon)
- Ceri
- Pisang
- Epal
- Nenas
- Cuka epal
- Halia
- Limau gedang (grapefruit)
- Timun
(5) Kawal Penyakit Gout Dengan Bersenam
Selain menjaga faktor pemakanan yang baik, bersenamlah secara sederhana & konsisten setiap hari.
Kalau ayah kat kampung, banyak juga aktiviti berkebun yang dapat ayah lakukan setiap hari.
(6) Kawal Penyakit Gout Melalui Suplemen Semulajadi
Ini yang kami ikhtiarkan untuk beri kepada ayah.
Antara fungsi suplemen ini adalah:
Advanced Joint Health Tablet
- Membantu memberi keselesaan pada sendi
- Sumber glucosamine dari tumbuh-tumbuhan sahaja (jagung) yang membantu dalam membekalkan bahan pelincir untuk sendi
- Mengandungi ekstrak Boswellia yang menghalang ketidakselesaan sendi
- Sumber mineral lain spt zink, kuprum & mangan yang diperlukan utk membina tisu penghubung.
Omega Guard
- Membantu mengurangkan kesakitan & keradangan yang dialami secara semulajadi.
- Sumber asid lemak (DHA & EPA) dari minyak ikan tulen (bukan minyak hati ikan)
Performance Drink
- Membantu mengekalkan cecair di dalam badan dengan lebih lama
- Mengandungi elktrolit penting (K+, Cl+, Na+, Mg2+, Ca2+) yang membantu dalam sistem saraf & pengekalan bendalir dalam badan
- Sangat disarankan untuk pesakit gout yang bermasalah sukar minum banyak air kosong dengan kerap.
Testimoni Set Gout Shaklee
Ni adalah feedback & testimoni dari ayah kami sendiri.
Sebelum konsisten dengan pengambilan minyak ikan Omega Guard, ayah ada juga berkongsi mengambil Advanced Joint Health yang mak sedia ambik untuk masalah sakit lututnya.
Masa raya Aidilfitri baru-baru ni (Julai 2015) , kami bekalkan ayah dengan Omega Guard ni pula.
Alhamdulillah, dengan pengambilan yang konsisten selama lebih kurang 2 bulan, lutut ayah dah tak berapa sakit lagi. Siap boleh berjalan jauh lagi ikut rombongan kampung naik bas dari Kedah ke Singapura (pertengahan September 2015).
Yang terkini ayah semakin kerap berjalan jauh. Hujung 2017 ayah mengikuti rombongan kampung ke Mesir. Ogos 2018 ayah juga bersama-sama mak & kami sekeluarga mengikuti Trip ke Sabah
Harus difahami, suplemen bukanlah ubat. Pengambilan suplemen mestilah konsisten untuk mendapatkan kesan yang optimum.
Berbeza dengan ubat, kebanyakkan suplemen terutamanya suplemen yang dihasilkan dari sumber semulajadi tidak mendatangkan kesan sampingan negatif terhadap pesakit jika diambil dengan kadar yang tertentu.
Oleh sebab itu, jika anda mendapatkan suplemen seperti Shaklee contohnya, pastikan anda beli dari pengedar Shaklee yang bertauliah & berilmu yang dapat memberi panduan & pemantauan yang rapi sepanjang pengambilan suplemen untuk masalah kesihatan tertentu seperti penyakit gout ni.
Semoga bermanfaat & terima kasih sudi baca 😀
Nak beli vitamin Shaklee untuk penyakit gout (Performance Orange & Omega Guard tadi)? Boleh juga terus klik di sini untuk beli terus dari HQ Shaklee menggunakan kad debit/ kad kredit tanpa caj tambahan
Rujukan:
-
- Nutrition For Life (Lisa Hark & Dr Darwin Deen, Dorling Kindersley, 2005)
- British Medical Association: Complete Family Health Guide (Dr Tony Smith, Dorling Kindersley, 2000)
- http://www.healthbeckon.com/purine-rich-foods-to-avoid/
Perlukan vitamin Shaklee & Konsultasi?
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
Izinkan kami membantu anda kerana kami adalah pengedar Shaklee Skudai yang bertauliah
COD diterima di seluruh Skudai, Johor Bahru, Senai & Kulai
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit
setuju sangat dengan cadangan kat atas ni.. minum byk air, pantau diet pemakanan dan pengambilan suplemen yang sesuai mmg byk membantu pesakit gout.
Ya sis Anis. Kawal pemakanan tu sgt perlu utk pesakit gout. Kita yg sihat pun disarankan sangat-sangat untuk makan secara bersederhana.
Pingback: Cara Merawat Gout Secara Konvensional & Alternatif - ProVide Network
Pingback: Suplemen Untuk Gout Yang Bagus Untuk Menamatkan Derita Pesakit Gout - ProVide Network