khasiat buah tin

Rahsia, Kelebihan & Khasiat Buah Tin – Part 2

Saya ada ceritakan serba sedikit tentang rahsia & kelebihan buah tin di entri ini.

Jom kita semak pula tentang 10 khasiat buah tin sehinggakan ia adalah antara buah-buahan berkhasiat yang sering disebut-sebut.

10 khasiat Buah Tin

(1) Membantu Melawaskan Masalah Sembelit

  • Buah tin merupakan buah yang lembut, mudah dihadam serta mengandungi serat yang tinggi

(2) Membantu Membina Tulang Yang Kuat

  • Buah tin yang dikeringkan kaya dengan kalsium,  magnesium, fosforus dan vitamin K
  • Kalsium, magnesium, fosforus & vitamin K adalah antara komponen yang berperanan dalam membantu pertumbuhan jisim tulang yang kuat
  • Sebagaimana buah aprikot, prunes & OsteMatrix, buah tin juga adalah sumber kalsium yang tinggi dari bahan bukan tenusu. Sesuai untuk mereka yang tidak boleh minum susu.

(3) Membantu Dalam Mengurangkan Berat Badan

  • Ini adalah peranan serat yang tinggi pada buah Tin.
  • Sebagaimana sumber serat yang tinggi pada Alfalfa Complex, pengambilan buah Tin juga dapat membantu memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

(4) Membantu Dalam Memerangi Sel Kanser

  • Antioksidan yang turut ada di dalam buah tin mampu mengawal karsinogen penyebab kepada penyakit kanser terutamanya kanser usus & kanser prostat

(5) Membantu Dalam Meningkatkan Sistem Pertahanan Tubuh

  • Khasiat dari pelbagai jenis  vitamin & mineral yang ada pada buah tin sangat membantu dalam meningkatkan sisten imun tubuh.

(6) Membantu Mengawal Paras Gula Dalam Darah

  • Kandungan Potassium & Magnesium dalam buah tin membantu dalam pengawalan gula dalam darah.
  • Namun, buah tin yang dikeringkan tidak sesuai diambil pesakit diabetes dalam jumlah yang banyak kerana kandungan karbohidrat yang ditinggi di dalamnya.

(7) Membantu Memelihara Kesihatan Jantung Melalui Fitosterol

  • Buah tin yang mentah mengandungi sedikit fitosterol secara semulajadi sebagaimana yang terkandung di dalam salad, timun, tomato, minyak sayuran & kuaci bunga matahari.
  • Fitosterol dapat menghalang penyerapan kolesterol dari makanan daripada diserap terus ke dalam saluran darah melalui usus.
  • Dengan peranan ini, kolesterol jahat (LDL) dapat direndahkan.

Kajian tentang keberkesanan fitosterol dalam merendahkan kolesterol jahat (LDL) ada saya kongsikan di sini.

(8) Membantu Mengawal Tekanan Dalam Darah

  • Buah tin juga kaya dengan Potassium
  • Potassium adalah antara mineral yang membantu dalam mengurangkan masalah hypertensi (tekanan darah tinggi)

(9) Membantu Memelihara Kesihatan Kulit

  • Buah tin yang dihancurkan dapat membantu mengurangkan keradangan & masalah jerawat pada kulit

(10) Membantu Pesakit Anemia

  • Pesakit anemia mempunyai masalah kurang hemoglobin atau mempunyai hemoglobin yang rosak di dalam sel darah merah. Keadaan ini amat membahayakan kerana hemoglobin dalam sel darah merah ini berperanan penting dalam pengangkutan oksigen ke seluruh tubuh.
  • Buah tin kaya dengan zat besi
  • Zat besi adalah perlu dalam pembentukan hemoglobin sel darah merah
  • Ibu hamil yang mengalami kurang hemoglobin (Hb rendah) sangat digalakkan untuk mengambil buah tin sebagai ikhtiar mengurangkan risiko terhadap anemia.

 

Rujukan:

  1. Kenali 15 Superfoods Dalam Al Quran (Normadiah Daud, Perintis Books Sdn Bhd, 2014)
  2. Figures You’d Want One: The Fig (Winnie Ong, HealthToday, 2015)
  3. The British Medical Association: Complete Family Health Guide (Dr Tony Smith, Dorkling Kindersley, 2000)
  4. http://fitbodybuzz.com/fresh-dried-figs-health-benefits/

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

2 thoughts on “Rahsia, Kelebihan & Khasiat Buah Tin – Part 2”

Leave a Comment

Your email address will not be published.