rahsia murah rezeki

Rahsia Murah Rezeki Orang Yang Sibuk

Petang-petang macam ni kak Zal nak share kisah orang yang sibuk, mudah beroleh rezeki yang tidak disangka-sangka.

Ramai orang claim dia sibuk. Tapi, sejauh mana kita ini benar-benar sibuk?

Orang yang sibuk membawang pun kata dia sibuk. Orang yang bekerja cari duit 24 jam pun sibuk juga. Orang yang banyak tidur pun kata dia sibuk. So, siapa sebenarnya yang betul-betul sibuk?

Rahsia Murah Rezeki Orang Yang Sibuk

rahsia murah rezeki

Orang yang sibuk adalah orang yang benar-benar manfaatkan masa nya ke arah perkara yang bermanfaat. Bukan sekadar tuntutan ke atas dirinya semata-mata, malah juga kepada masyarakat sekeliling.

Saya sendiri pernah berada dalam situasi yang amat sibuk.

Letih uruskan beberapa tugasan & perkara. Ada urusan berbayar, ada urusan memang niat kepada Nya. Ada ketika hampir terabai bisnes yang sedang diuruskan tanpa sengaja. Sebab dah letih sangat, tertidur sebab memang dah shut down, kena tidur.

Tiba-tiba datanglah beberapa customer yang closed nak beli barang. Sebegitu mudah.

Bak kata salah seorang mentor saya,

Orang yang paling produktif adalah orang yang busy. Bila kita fokus buat kerja sampai “tak sempat”, Allah Bantu ikut arah yang tak disangka..

Begitu jugak banyak lagi kisah miracle yang pernah berlaku di sekeliling saya.

Kawan-kawan, sahabat, yang pernah tiba-tiba dapat rezeki yang teramat mudah, mereka antaranya di kalangan orang yang sibuk & fokus terhadap urusan kerja, ada kalanya kerja yang tidak berbayar, semuanya dilakukan ikhlas, lillahi Taala.

Semoga rahsia murah rezeki ini dapat kita sama-sama rasai lagi.

Nikmatnya, memang tak terkata. Dan semoga kita sempat berbuat amal kebajikan yang banyak, selagi hayat kita masih ada.

 



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge