rancangan 321 mula

Rancangan 321 Mula RTM Papar Slot Silat Cekak Pusaka Hanafi di UTM Skudai Johor

Pada 29 September 2015, pihak RTM telah berbesar hati membuat sesi rakaman untuk Rancangan 321 Mula yang mengetengahkan Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi di bumi Johor.

Seperti yang telah diketahui umum, Silat Cekak Pusaka Hanafi telah dengan rasmi mendapat pengiktirafan dunia dalam kategori Largest Silat Lesson oleh Guinness World Record melalui persembahan silat (MySilat) oleh 12,393 pesilat dari seluruh dunia pada 29 Ogos 2015 bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

kami juga adalah antara 12,393 yang telah melakar sejarah itu

 

Bertitik tolak dari program MySilat tersebut, pihak RTM berminat untuk mengetengahkan dengan lebih lanjut tentang silat bertaraf dunia ini.

Sesi Rakaman Rancangan 321 Mula RTM di Kolej Tuanku Canselor UTM Skudai

Rancangan 321 Mula ini disiarkan oleh stesen TV RTM di TV1 setiap hari Rabu sekitar jam 11.30 malam. Rancangan ini dipengacarakan oleh saudara Azlan Mubin.

Bagi mereka yang ingin menonton slot Silat Cekak Pusaka Hanafi ini, pastikan anda stay-tuned dengan kami untuk update terkini bagi slot ini.

Dijadualkan rancangan ini akan disiarkan kira-kira sebulan dari sekarang.

Sesi rakaman ini telah bermula sekitar jam 4 petang & mengambil masa sekitar 3 jam untuk merakamkan pelbagai scene di setiap sudut.

Pesilat yang mewakili Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi ini terdiri dari pelajar-pelajar PSSCUTM Skudai serta beberapa wakil barisan tenaga pengajar Silat Cekak Pusaka Hanafi dari seluruh negeri Johor.

Antara yang diketengahkan dalam sesi rakaman ini adalah:

  • demonstrasi sistem matapelajaran silat cekak pusaka hanafi
  • demonstrasi cara silat cekak pusaka hanafi menghadapi serangan musuh
  • senjata utama silat cekak pusaka hanafi

serangan di bahagian hadapan (penyawa): ambil guna buah kilas hadapan

 

senjata utama silat cekak pusaka hanafi: parang lading

 

Keistimewaan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi

Bagi anda yang baru pertama kali mendengar tentang Silat Cekak Pusaka Hanafi ini, silat ini sangat unik & berbeza dari seni silat Melayu yang lain.

Selain mempunyai rekod Malaysia (2005, 2010, 2015) & telah mencatat rekod dunia (2015), antara ciri-ciri keistimewaan lain pada Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi ini adalah:

  • Berdiri lurus (tidak perlu berkuda-kuda) ketika berdepan dengan musuh / menanti serangan

  • Hampir 99% tindakan menanti serangan, 1% saja tindakan menyerang
  • Tidak mengelak ke kiri atau ke kanan, tidak berundur malah semakin mara ke hadapan setiap kali diserang
  • Tidak menggunakan banyak pergerakan kaki, malah kaki tidak diangkat melebihi paras pinggang. Ini sangat bersesuaian dengan adab Melayu yang terkenal dengan sopan & santun apatah lagi jika pengamalnya adalah golongan wanita
  • Sangat sesuai digunakan apabila berdepan dengan musuh di ruang yang sempit seperti di atas titi/ di dalam bas mahupun di kawasan lorong sempit
  • Mempunyai silibus yang ringkas & mudah dipelajari
  • Tempoh masa untuk tamat silibus silat ini adalah 6 bulan sahaja bagi kelas awam manakala hanya 3 semester jika belajar di IPT
  • Tidak memerlukan penuntut berbelanja untuk membeli pakaian uniform selagi belum tamat silibus. Mereka boleh turun latihan dengan memakai pakaian sukan tanpa kasut
  • Yuran belajar lebih murah daripada perbelanjaan menghantar anak ke tadika! Berapa lah sangat yang kita laburkan sebagai ikhtiar menjaga diri & maruah yang tak ternilai tu kan?  😉
  • Silat ini bertaraf akademik yang mana menganugerahkan sijil khas bagi semua penuntutnya yang telah tamat silibus & lulus dalam ujian khas
laku sungguh sijil ni taw.. antara sijil yang memenangi hati para interviewer masa interview nak kerja lps ijazah dulu

 Syarat Layak Belajar Silat Cekak Pusaka Hanafi

  • Islam
  • Berumur 13 tahun ke atas (warga emas & golongan OKU juga dialu-alukan)

Jika anda berminat untuk mempelajari senibeladiri yang berkualiti tinggi & bertaraf dunia ini, sila layari laman web rasmi pusakahanafi.my untuk mengetahui lokasi & nombor perhubungan setiap cawangan negeri.

boleh juga hubungi nombor tertera pada banner ini

 

Gambar-gambar lain sepanjang rakaman berlangsung

anak-anak tak melepaskan peluang untuk berada di belakang krew teknikal

 

Klik baca lanjutan Rakaman 321 Mula pihak RTM & sedutan video aksi untuk Silat Cekak Pusaka Hanafi

Dialu-alukan sebarang komen/ persoalan berkenaan silat ini.

Semoga artikel ini memberi manfaat. Terima kasih sudi singgah & baca  🙂

1 thought on “Rancangan 321 Mula RTM Papar Slot Silat Cekak Pusaka Hanafi di UTM Skudai Johor”

  1. Pingback: 321 Mula RTM Persembahkan Silat Cekak Pusaka Hanafi Pemegang Rekod Dunia - ProVide Network

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge