Satu daripada 1000 wanita dilaporkan mempunyai masalah ovarian cyst ni ketika hamil. Oleh sebab itu, jika anda antara wanita yang istimewa ini, jangan panik.
Teruskan membaca, kerana ada penyelesaiannya untuk masalah Cyst ini walaupun kita sedang hamil.
Risiko Cyst Ketika Hamil
Walaupun Cyst yang didapati tidak menyebabkan kanser, Cyst yang membesar boleh menyebabkan gangguan di dalam rahim terutama jika ia pecah.
Keadaan ini seterusnya boleh menyebabkan keguguran & kelahiran bayi pra matang.
Rawatan Untuk Cyst : Apa Yang Patut Saya Buat?
Ultrasound
Sekiranya didapati mempunyai tanda-tanda cyst semasa hamil, segeralah berjumpa dengan doktor anda untuk membuat imbasan Ultrasound.
Ujian ini dapat menentukan samada kehadiran cyst ini benar-benar terjadi ataupun berlaku kandungan luar rahim (yang membahayakan).
Cyst yang disahkan wujud akan ditentukan lagi samada:
- bersifat benign (tidak berbahaya)
- bersifat malignant (berpotensi membentuk sel cancer) – 1 dalam 25,000 kehamilan adalah berisiko
- jika tidak berbahaya, saiz & pemantauan seterusnya akan dbuat
Pembedahan
Sekiranya didapati saiz Cyst membesar dengan agresif & dikhuatiri memberi risiko terhadap kandungan, pembedahan untuk membuang Cyst akan dilakukan
Rawatan Untuk Cyst Secara Semulajadi
Kebiasaannya jika Cyst masih pada tahap yang boleh dikawal & tidak membahayakan, rawatan secara semulajadi adalah yang terbaik.
Kehadiran Cyst juga dikatanya berpunca dari persekitaran hormon yang tidak seimbang, maka jalan mudah untuk mengatasi masalah ini adalah melalui pemakanan & persekitaran.
(1) Elakkan Sisa Kimia Bertoksik
Periksa semua perkakasan harian. Alat kosmetik, syampu, sabun yang digunakan setiap hari. Cuba elak dari menggunakan bahan yang mempunyai tinggi bahan kimia yang berbahaya.
Sebagai contoh, detergen mencuci pakaian.
Kebanyakkan detergen komersial di pasaran tidak menyatakan dengan jelas bahan yang terkandung. Pilih pencuci yang dari sifat organik.
(2) Ambil Makanan Yang Menyokong Keseimbangan Hormon
Kehadiran estrogen juga dapat meningkatkan risiko terhadap perkembangan cyst. Antara makanan yang membantu seimbangkan hormon ini adalah:
- Soya : tofu, tempe, sup miso, kacang soya, lentil, bunga kobis
- Indole-3-carbinol (I3C) : Membantu menyingkirkan hormon yang berlebihan dalam badan. Kobis, brokoli, bunga kobis
- Magnesium : Kacang badam, kacang gajus, pisang, buah prune & brokoli antara yang membantu mengurangkan kekejangan yang berlaku akibat Cyst
- Dandelion : Membantu hati menyingkirkan hormon yang berlebihan
- Asid Lemak Omega 3 : Sangat membantu seimbangkan hormon. Makanan yang kaya dengan Omega 3 adalah ikan salmon, ikan bilis, ikan sardin.
- Organik : Dapatkan bahan mentah makanan dari sumber organik. Antara yang terbaik untuk elak sebarang sisa hormon suntikan dalam makanan.
(3) Gaya Hidup Sihat
- Berat Badan
Kekalkan berat badan pada tahap yang normal. Cuba kurangkan berat badan dengan banyakkan senaman, riadah & amalan pemakanan yang lebih sihat. Kawal portion makan mengikut portion yang betul seperti kaedah suku-suku separuh ni.
- Air Kosong
Cukupkan keperluan minum air kosong dalam sehari. Setiap berat 25kg berat badan, kita perlu minum sekurang-kurang 1 liter air kosong sehari.
Pastikan juga minum air yang bertapis.
- Toksik Dari Plastik
Elak memanaskan makanan secara terus menggunakan bahan plastik yang bukan BPA Free. Mengelakkan membungkus/ menapau makanan & minuman dari bahan plastik juga adalah yang terbaik.
- Stress
Hampir kebanyakkan penyakit tersebar meluas apabila seseorang itu tidak dapat mengawal tekanan dalam hidupnya. Senyum & bergaullah dengan masyarakat serta sibukkan diri dengan aktiviti berfaedah antara yang boleh mengurangkan stress dalam hidup. 🙂
Rujukan:
- British
- http://www.womens-health-advice.com/ovarian-cysts/pregnancy.html
- http://www.womens-health-advice.com/ovarian-cysts/natural-treatment.html
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
Terima kasih atas info…
Saya syer..
sama2.. silakan 🙂
terima kasih atas info tersebut. sangat bermanfaat untuk kaum wanita