Antara hikmah PKP (Perintah Kawal Pergerakan) adalah, ramai antara kita tampil serba boleh dalam pelbagai perkara. Ramai yang jadi chef kepada keluarga masing-masing termasuklah saya yang selalunya amat terhad masa untuk memasak buat keluarga.
Saya sendiri tiba-tiba dah pandai buat roti canai. Dah pandai buat kek marble yang enak sampai anak-anak request suruh buat lagi. Hari ni, saya nak kongsi cara & resepi bihun sup utara yang senang saja nak buat & yang pastinya sedap untuk dimakan.
Resepi Bihun Sup Utara Yang Mudah & Sedap
Saya memang sebelum ni tak berapa pandai tau masak sup tulang.
Jadi saya sangat teruja nak kongsi resepi bihun sup utara yang best & senang nak buat ni kerana inilah kali pertama saya buat & terus jadi. Pertama skali cara masak sup tulang ni adalah dari guidance & tunjuk ajar ibu mertua saya.
BIHUN SUP UTARA VERSI PKP
Bahan Sup:
1 kg tulang
5 ulas Bawang merah dihiris
5-7 ulas Bawang putih dihiris
1 inci Halia dihiris kasar
1 sudu kecil ketumbar biji
1 sudu kecil lada hitam biji
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 ketul asam keping
Garam secukup rasa
Air untuk merebus secukupnya
Cara Membuat Sup Tulang:
1. Rebus semua bahan sup.
2. Biarkan mendidih selama 2-3 minit, perlahankan api, tutup periuk, rebus selama sejam.
3. Setelah sejam tutup api. Biarkan selama sejam.
4. Selepas sejam, buka api rebus balik dengan api yg perlahan selama sejam.
5. Tambah air & perasakan garam (jika masih perlu). Siap untuk dihidangkan.
====
Bahan Sambal:
5-7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu besar cili boh
1 ketul asam keping
Sedikit nisan (gula kabung)
Garam secukup rasa
Air (jika perlu)
Minyak untuk menumis
Cara Buat Sambal
1. Tumbuk semua bawang sampai separa lumat
2. Tumis bawang sampai garing.
3. Masukkan cili boh
4. Tumis cili sehingga masak garing. Tambah asam keping.
5. Masukkan nisan. Kacau rata.
Siap!
Kenapa bihun sup ni ada nama PKP?
Sebabnya ada bahan garnish yang sepatutnya lengkap seperti hirisan daun sup/ daun bawang, hirisan lobak masin. Namun sebab musim PKP kan? Banyak bahan tak berapa ada, maka inilah hasilnya.
Saya ganti hirisan fish cake yang digoreng untuk ada rasa masin (ganti lobak masin) pada hidangan ini. Memang sedap, isi daging pada tulang pun lembut. Hahaha. Cubalah!
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com Youtube Channel: Zaleha Awaluddin FB: Produk Vitamin Semulajadi