Cuti sekolah ni apa kata luangkan lebih masa bersama anak-anak. Sesekali kami pilih untuk belanja anak-anak menonton wayang filem yang mereka gemar nak tengok.
Seperti biasalah, kartun akan jadi pilihan anak-anak kami yang berusia 4-8 tahun tu. Selepas tunjuk poster beberapa pilihan filem kartun yang “Now Showing”, abang Din memilih untuk tengok Ferdinand.
Review Filem Ferdinand
Untuk filem animasi begini, saya bagi 4.5 bintang dari 5. Filem ni banyak watak comel yang menggelikan hati juga.
Antaranya watak beberapa ekor lembu yang kononnya mewakili bangsa kulit hitam & bangsa kulit putih selain bangsa Spanish.
Watak-watak lain:
- si kambing betina yang bertindak seperti anjing kepada lembu-lembu
- si arnab yang comel
- 3 ekor landak kecil (hedgehog) yang licik mencuri & bijak
Sinopsis Filem Ferdinand
Ferdinand adalah seekor anak lembu laga (Bull) yang tinggal bersama ayah & beberapa ekor lembu laga lain di suatu tempat terpencil bernama Casa del toro di Sepanyol.
Berbanding untuk berlawan dan berasa hebat serta gagah, Ferdinand lebih berminat kepada bunga & kedamaian.
Suatu hari, ayah Ferdinand telah berjaya dipilih sebagai lembu gagah untuk membuat persembahan lembu laga berlawan dengan matador di bandar.
Namun, selepas perlawanan itu, ayahnya tidak pulang kembali.
Ferdinand semakin tertekan dengan keadaan yang sunyi tanpa ayahnya dan persekitaran membuli oleh lembu-lembu lain, lalu bertindak melarikan diri dari Casa del toro.
Ferdinand akhirnya ditemui oleh Nina, seorang anak petani kebun bunga. Mereka menjadi sahabat yang paling akrab sehinggalah Ferdinand membesar menjadi lembu Bull yang besar & gagah.
Setelah beberapa insiden, akhirnya Ferdinand dihantar kembali ke Casa del toro & akhirnya telah merungkai misteri kepada kehilangan ayahnya.
Dalam suatu insiden dicabar oleh lembu lain di dalam Casa del toro, Ferdinand akhirnya telah terpilih untuk berlawan dengan matador yang angkuh.
Namun atas sifat Ferdinand yang luar biasa ketika berdepan dengan matador, ia telah memenangi hati semua penonton yang menyaksikan perlawanan itu yang menyebabkan ia tidak dibunuh sepertimana tradisi perlawanan lembu seperti sebelum ini.
Pengajaran Dari Filem Ferdinand
Abang Din & Auni sangat seronok sepanjang menonton Ferdinand ni. Diorang sampai ketawa & agak terjerit sedikit untuk beberapa babak.
Memang menarik sangat untuk jadi tontonan seisi keluarga. Antara pengajaran yang kita boleh tunjukkan & ceritakan kepada anak-anak:
- membuli & keangkuhan hanya akan merosakkan diri sendiri
- sifat tidak pentingkan diri sendiri
- bersatu padu dalam bertindak
- berbuat baik kepada yang lain
- tidak berdendam
Trailer Filem Ferdinand
Selamat menonton 🙂
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
Macam best je cerita ni.
nak bawak anaklah tonton kartun..sebab jalan cerita macam best & banyak pengajaran.
RADHIA HAAFIZA CHE RAZALI recently posted…Rindu Nak Bercuti Di Pulau Pangkor Lagi