pakej ramadhan di hotel

Review Pakej Ramadhan di Hotel Sekitar KL & Putrajaya 2019

Alhamdulillah tahun ni, kami sekeluarga Allah Izinkan untuk travel sepanjang Ramadhan. Kebetulan suami kena outstation kat area KL & Selangor, maka kami anak-beranak pun ngikutlah sekali encik suami ke sana.

Setiap weekend, 2 minggu berturut-turut lah jugak outstation nya. Minggu yang pertama, memang direct kami sekeluarga pergi bersama-sama. Minggu seterusnya, suami naik ke KL dulu, saya & anak-anak naik bas kemudian sebab anak yang sulong tengah exam lagi.

pakej ramadhan di hotel

Review Pakej Ramadhan di Hotel Sekitar Kuala Lumpur & Putrajaya

(1) Pakej Ramadhan di Hotel Tamu, KL

Minggu pertama, kami booking hotel di sekitar Kuala Lumpur. Kami pilih untuk stay di Hotel Tamu, Kuala Lumpur.

Kebetulan suami pernah datang ke hotel ni beberapa minggu sebelumnya untuk 1 program. So far, lokasi Hotel Tamu sangat strategik dengan suasana bulan Ramadhan ni.

(semua gambar dalam video di atas)

Masjid sangatlah by walking distance, manakala bazar Ramadhan pula hanya terletak betul-betul di sebelah hotel ni. Kalau taknak makan pakej berbuka di hotel pun, tak apa. Banyak sangat makanan enak ada dijual sepanjang bazar di Kg Baru ni.

(2) Pakej Ramadhan di Hotel The Everly Putrajaya

Minggu seterusnya pula, suami kena naik lagi ke Selangor lawat & review kerja supplier. Kami booking 3 hari 2 malam penginapan di Hotel The Everly Putrajaya atas beberapa sebab.

(i) Lokasi

Suami mintak saya survey area Putrajaya kerana lokasi ni lebih dekat dengan lokasi supplier yang beliau nak pantau. Lokasi ni juga lagi dekat dengan rumah kakak saya sendiri, sebab lepas checkout next day tu kami sambung stay di rumah kakakku di Seri Kembangan.

(ii) Peruntukan

Since 1 malam, encik suami boleh claim up to RM400 per night, maka Hotel The Everly ni jadi pilihan.

Malam yang pertama, kami pilih untuk stay di bilik jenis Executive Suite. Pakej adalah termasuk sahur untuk 2 orang. Total untuk 1 malam adalah RM350 nett.

(semua gambar dalam video di atas)

Malam yang kedua, kami pindah ke bilik standard untuk grab pakej Ramadhan berbaloi. RM369 inclusive untuk berbuka puasa & sahur untuk 2 orang. Ok sangat. Yang menariknya, anak-anak di bawah umur 6 tahun, semuanya FOC untuk join makanan berbuka di sini. Untuk anak yang berumur 7-12 tahun, bayaran adalah 50% iaitu RM44 per pax.

Most hotel yang saya survey takde buat pakej Ramadhan yang lengkap untuk menginap, berbuka puasa & sahur sekali.

Ok tu jelah  review dari saya. Semoga bermanfaat & membantu dalam carian anda 🙂



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge