Hai semua!
Berapa ramai dah betul-betul ada buat aktiviti rutin bersenam setiap minggu dengan keluarga masing-masing? Yeay.. tahniah tau untuk awak yang dah pun kembali aktif beriadah! Sila tepuk bahu masing-masing.
Alhamdulillah, kami laki bini pun dah kembali galakkan anak-anak sama-sama aktif beriadah setiap petang di hujung minggu.
Rutin Riadah Kami Laki Bini Anak Beranak
Alhamdulillah kami dah start sejak 2 minggu yang lalu lagi.
Samada petang Jumaat selepas encik suami balik kerja atau esok pagi Sabtu, kami akan pastikan ada masa untuk kami bawak anak-anak keluar beriadah di kawasan taman permainan berhampiran.
Kami pilih ruang yang agak lapang, untuk pastikan tidak bersesak bersama keluarga yang lain. Kami bawak peralatan sendiri seperti bola & kelengkapan untuk bermain badminton.
Cara Kami Praktis Gaya Hidup Sihat
(1) Kawal Gajet Anak-anak
Kami sendiri dah kurangkan kemudahan gajet seperti televisyen, smartphone buat anak-anak.
Tiada siaran televisyen di rumah, tiada telefon khas untuk anak-anak buat main atau menonton Youtube seperti sebelumnya. Kami latih anak-anak untuk cuba menjadi kreatif dengan bermain permainan sedia ada seperti blok-blok Lego & lain-lain.
Ada juga sesekali kami benarkan guna smartphone kami sendiri.
Namun, anak-anak sekarang, ini zaman mereka. Mereka memang dilahirkan ketika ibunya sendiri sibuk menghadap smartphone atas urusan kerja & bisnes. Jadi, tidaklah suatu yang menghairankan apabila anak-anak ini merengek mahu tengok Youtube & mau bermain game seperti Mario World atau apa-apa saja permainan interaktif masa kini.
(2) Banyakkan Aktiviti Riadah
Jadi, untuk elak kebosanan pada anak-anak, kami bawak anak-anak buat aktiviti di luar.
Even kalau masa PKP last time, kita boleh bersama anak-anak buat senaman dalam rumah. Bukak Youtube, sama-sama briskwalk/ tabata/ zumba yang ringkas.
(3) Makan Makanan Yang Sihat
Kami latih anak-anak untuk tahu bezakan makanan yang elok dimakan & yang tidak boleh makan selalu atau cuba elak langsung. Kami latih untuk anak-anak elakkan SOSEJ/ makanan proses yang tidak perlu.
(4) Ambil Suplemen
Ya. Suplemen sangat penting. Seawal usia anak-anak boleh makan & kunyah makanan sendiri. Kami galakkan anak-anak ambil suplemen ketika sihat supaya badan lebih alert & sentiasa peka pada serangan jangkitan dari persekitaran.
Ada apa-apa pertanyaan?
Berminat nak ambil vitamin Shaklee? Boleh hubungi saya di 019-7646021 atau klik je wasap saya direct.
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com Youtube Channel: Zaleha Awaluddin FB: Produk Vitamin Semulajadi