Salam Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 2 Tahun Buat Puteriku Auni Batrisyia

Allah Selamatkan Kamu..

Allah Selamatkan Kamu..

Allah Selamatkan Auni Batrisyia..

Allah Selamatkan Kamu…

Alhamdulillah hari ini genaplah sudah usia Auni yang ke 2 tahun secara rasminya.

Melihatkan perkembangan fizikal & mental Auni Batrisyia kami sebagai ibu bapa terasa sedikit kagum akan kebesaran Allah.

Petah Menyebut Seawal Usia 1 tahun Setengah

Ketika usianya 1 tahun setengah lagi, banyak juga kosa kata (vocabulary) yang telah dia kuasai. Antara perkataan yang sememangnya mudah meniti dibibirnya adalah:

  • Ayah
  • Abang
  • Auni (aani)
  • Ibu (bu)
  • Nak
  • Susu
  • Bird
  • Dog
  • Cat
  • Horse
  • Panas (nanas)
  • Mandi (andi)
  • Dukung (kung)
  • Shoes
  • Bear
  • Bantal (atai)
  • Jom

Malah hampir semua sebutan huruf-huruf dalam buku iqra’ (Aa-Ba-Ta-Sa-Ja…) dapat ditiru dengan baik beserta dengan lenggok mimik muka sekali.  :mrgreen:

Rajin Meniru Perbuatan Orang Di Sekelilingnya

\

 

Auni juga sering mengajuk kami bersolat.

Dia belum lagi pandai atau suka memakai tudung kepala, tapi menggunakan tuala mandinya sebagai tudung kepala.

Auni juga suka membuat benda yang sama seperti yang dilakukan oleh abangnya Rafiuddin Afiq, 5 tahun.

Jika abangnya gemar bermain dengan kereta mainan, dia juga akan turut sama ingin bermain mainan yang sama. Rasanya ia adalah lumrah buat semua kanak-kanak kan untuk meniru apa saja perkara yang menarik di pandangannya.

Jika abangnya ingin makan di meja, dia juga taknak lepaskan peluang berada di meja yang sama untuk makan (walaupun sebenarnya bukanlah dia nak sangat makan  😆  )

Tidak Suka Ditinggalkan

Ini paling kesian.

Terutama sejak ibu dah jarang keluar rumah setiap pagi hari bekerja (sebab ibunya kan dah sepenuh masa bekerja dari rumah)

Setiap kali ayahnya nak keluar pergi bekerja, pasti di mulutnya menyebut, “Nak ikut…”

Hmmm.. jadinya kami dah membiasakan rutin seperti ini:

  • ayah panaskan enjin kereta
  • Auni & abg Uddin masuk kereta
  • ayah keluakan kereta & ibu tutup pintu pagar sambil angkat Auni keluar balik dari kereta

Ada kalanya dia akan menangis. Ada kalanya sangat OK untuk dipujuk dengan melihat haiwan-haiwan yang sentiasa setia ada di sekeliling rumah kami  😀

Suka Kunyah Vitamin

Oh yang ni paling edisi terhad.

Kapsul minyak ikan Omega Guard tu dikunyah Auni macam gula-gula je.

Kalau dapat Vitalea For Children lagi lah.. dari separuh tablet asyik nak  menagih lagi mintak diberi lagi separuh. :mrgreen:

Senang cerita, Auni ni bukan hanya PA ibunya berniaga vitamin, tapi juga model utama untuk kanak-kanak yang memang membesar bersama-sama vitamin & suplemen dari Shaklee.

Ucapan Istimewa Dari Ibu Untuk Auni

Pada hari yang istimewa ini, ibu doakan Auni Batrisyia:

  • Sentiasa berada dalam kesihatan yang terbaik
  • Sentiasa mendapat rahmat Allah
  • Sentiasa ceria & berbahagia
  • Sentiasa dipermudahkan segala urusan
  • Menjadi anak ibu & ayah yang solehah
  • Mudah berdikari & ramah dalam bersahabat
  • Berjaya di dunia & di akhirat

Amin Ya Rabbal Alamin…

1 thought on “Salam Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 2 Tahun Buat Puteriku Auni Batrisyia”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge