Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Rafiuddin Afiq..
Allah Selamatkan Kamu…
Alhamdulillah tepat jam 12.30 tengahari 27 Mei 2015, genaplah 6 tahun ibumu ini melahirkan kamu wahai Rafiuddin Afiq.
Sesi Makan Kek Bersama Kawan-Kawan Di Tadika
Biasanya setiap parent di sini akan meraikan ulangtahun kelahiran anak-anak mereka di tadika. Ada yang menyumbang goodie beg berbentuk makanan ringan, malah tidak kurang juga ada yang membuat jamuan kecil-kecilan untuk anak-anak meraikannya bersama kawan-kawan di tadika.
Anak Yang Tinggi Imaginasi
Rafiuddin sangat gemar melukis gambar tiang-tiang lampu jalan yang dilihatnya sepanjang kami dalam perjalanan ke mana-mana.
Maklum sajalah, ibu & ayah nya perantau belaka.
Sepanjang perjalanan dari Johor ke Kedah, lepas tu dari Kedah ke Terengganu pula, pastinya banyak pemandangan di atas jalan yang dapat dicerap oleh anak-anak yang sedang membesar seperti Rafiuddin ini.
Tidak cukup melukis di atas kertas & di whiteboard, pelapik lantai juga habis dilukisnya dengan pelbagai situasi di jalanraya 😆
Mudah Membaca & Menghafal
2 kali perjumpaan dengan guru tadika, kedua-dua guru pada umur Rafiuddin 5 tahun & 6 tahun memberikan maklum balas yang sama.
Rafiuddin sangat mudah mengecam nama rakan-rakannya pada fail & buku sehinggakan ada pada suatu ketika, beliau membantu gurunya mengagihkan fail kerja rakan-rakan di tadika.
Alhamdulillah juga, Rafiuddin sangat mudah menghafal surah-surah pendek & doa-doa harian yang diajar di tadikanya.
Semoga Rafiuddin Afiq terus mudah belajar & menjadi anak ibu yang soleh walau di mana saja beliau berada nanti.
Amin Ya Rabbal Alamin.