gelang pink

Kisah Gelang Pink & Secebis Nota Di Musim COVID | Selamat Pulang Ke Kampung

Alhamdulillah, kami sekeluarga berpeluang pulang ke kampung (sebelah suami) seminggu lebih awal dari tarikh cuti sekolah kerana encik suami ada cuti yang panjang untuk dihabiskan dengan urusan berkebun beliau.

Kami di Skudai, JB. Antara kawasan yang boleh dikatakan yellow to red zone.

Since kami nak pulang ke Terengganu (green zone), dengan rasa bertanggungjawab, kami suami isteri pergi ke klinik swasta untuk buat ujian saringan (swab test) COVID untuk pastikan kami competent untuk pulang ke kampung.

Pengalaman Buat Ujian Swab Test Musim COVID Atas Inisiatif Sendiri

Alhamdulillah, kami suami isteri dah pun buat ujian saringan ni. Kami buat RTK Antigen Test sebab result boleh dipercayai & boleh dapat sesegera dalam hari yang sama. Syukur result kedua-dua kami adalah negatif.

Kami berdua buat ujian saringan ini di Klinik Penawar berdekatan kawasan rumah. Video serta pengalaman saya & suamiĀ  dikongsikan dalam channel kami.

Kami berdua tiada sebarang simptom. Kami sihat & baik-baik sahaja.

Tapi, kenapa kami buat ujian swab test?

Atas sebab untuk keselamatan semua pihak yang bakal kami kunjungi ketika berada di kampung, kami rasa sangat perlu untuk sahkan tahap kesihatan kami terlebih dahulu.

Kami suami isteri sama-sama individu yang keluar masuk rumah hampir setiap hari atas urusan kerja masing-masing. Jadi, kita tak tahu siapa orang yang kita berurusan di luar rumah yang mungkin membawa virus COVID.

Pengalaman Pakai Gelang Pink

gelang pink

Ketika kami dah berada di kampung, suami tiba-tiba mendapat perkhabaran yang salah seorang staf di pejabat beliau positif COVID.

Setelah dihubungi pihak KKM daerah Kemaman, suami dinasihatkan untuk melalui ujian saringan yang sama sekali lagi, dan beliau diarahkan untuk kuarantin 10 hari dari tarikh ujian swab test pertama kami kami buat sebelum ni. Mujur rumah mentua ni ada rumah yang ala-ala boleh duduk sementara untuk diasingkan dari orang lain.

Alhamdulillah ketiga-tiga ujian swab test ke atas suami adalah negatif.

Cumanya, habislah juga beberapa hari kena duduk kuarantin di rumah seorang diri. Terbengkalailah sekejap beberapa urusan yang dirancang sebelum ni. Apa-apa pun kami sekeluarga bersyukur kami dah buat dulu ujian swab test tu & result suami semua negatif.

Pesanan saya:

  • buat ujian saringan (swab test)
  • tingkatkan imuniti sekeluarga
  • sentiasa patuh SOP kat mana-mana saja berada.

Untuk mereka yang nak balik ke kampung tu, terutama yang dari red zone ke green zone, buatlah swab test suami isteri terlebih dahulu. Kita bersedia dari sebarang kemungkinan.

Tingkatkan imuniti seisi keluarga. Cara kami, kami sentiasa pastikan kami sekeluarga makan makanan yang sihat, aktif bersukan & makan suplemen vitamin C setiap hari.

Masa berada di kampung ni pun, nampak ada jugak yang macam dah tak endah untuk buat penjarakkan sosial. Kat kedai dobi layan diri, masih ramai yang selesa duduk di bangku rapat-rapat. Ada yang acuh tak acuh pakai mask. Hm.. kita masih belum menang. Jom patuh SOP semuanya ya. Anak-anak kecik tak perlulah bawak ikut bersesak kat kedai. Tak perlu tak payah keluar.

Semoga perkongsian ni bermanfaat. Take care semua. Kita jaga kita.



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
Youtube Channel: Zaleha Awaluddin
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge