[Sila klik banner di atas untuk sertai]
Assalamu’alaikum.. salam aidilfitri untuk semua yang singgah & membaca 😀
Mood menulis semakin mencabar sejak berada di kampung halaman ni. Maklumlah.. rasa bercuti tu seronok sangat sampai laptop pun kemas je tersimpan dalam beg.
Mujurlah juga ada segmen blogwalking ni. Boleh juga menghidupkan blog di kala ralit bersantai di kampung ni.
Pengalaman Raya 2015 Yang Best Tak Dapat Dilupakan
Ada beberapa juga perkara yang menarik berlaku sepanjang menyambut syawal 2015 ni. Antaranya ialah:
(1) Tragedi Kereta Suami Dicium Sehari Sebelum Raya
Baru-baru ni saya ada menulis tentang cara mengatasi rasa mengantuk sepanjang musim perayaan kerana baru saja menyaksikan sebuah kemalangan jalan raya semasa pulang ke rumah mentua di akhir-akhir Ramadhan .
Tak sangka pula, dalam kita duk berhati-hati tu nak juga jadik accident pada keluarga sendiri.
Petang sebelum berakhirnya 29 Ramadhan, ada 1 kereta sedang berundur dalam kelajuan yang sederhana betul-betul di hadapan kami. Tanpa sempat kami membunyikan hon / berundur ke belakang, kereta tersebut telah pun mencium bumper hadapan kereta kami.. 😥
Alhamdulillah fungsi lampu hadapan tidak terjejas.
Walaupun hanya kemalangan kecil, tapi ia memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Ingat ya korang.
Jaga jarak antara kenderaan tidak kira samada dalam keadaan laju ataupun perlahan.
(2) Anakku si Auni Batrisyia Mula Suka Dipakaikan Telekung Solat
Peristiwa ini baru sangat berlaku.
Kami menunaikan solat di 2 masjid di sekitar daerah Alor Setar, Kedah ni kerana berjalan-jalan melawat Muzium Padi & Menara Alor Setar.
Kebiasaannya Auni (berumur 2 tahun ketika 10 April 2015) hanya ingin memakai kain tuala di atas kepalanya tiap kali ingin turut solat bersama-sama saya di rumah.
Tapi Alhamdulillah kali ini dia dengan rela hatinya mintak dipakaikan kain telekung di kepalanya untuk sama-sama bersolat dengan kami di masjid ni.
Doakan juga anakku ini kekal menjadi anak yang solehah buat kami suami isteri ya 🙂
Itu jela 2 pengalaman yang paling tak dapat dilupakan sepanjang Syawal pada tahun ini. 😉
Korang bagaimana? jemput juga tinggalkan link blog korang ya. Ada kesempatan saya singgah nanti  😀
dulu pernah jadi, bus reverse terkena kereta kami bawak. fuhhh. bus kot. sekali dia hempap tu penyek kite. hahahhh. pecah lampu kete kawan. tu sebab tak jaga jarak punya pasal.
btw terima kasih sbb join segmen ni 🙂
jalan2 dri segmen yg sama..
http://muslimahsejati96.blogspot.com/2015/07/segmen-blogwalking-lepas-raya.html
Assalam , saya singgah sini , selamat hari raya 🙂
http://emmadianastory.blogspot.com/2015/07/segmen-blogwalking-lepas-raya.html
salam singgah cn good luck
Dari segmen yang sama… ã‚·
http://zarachingu.blogspot.com/2015/07/segmen-blogwalking-lepas-raya.html?m=0
Dari segmen sama (=
http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/07/segmen-blogwalking-lepas-raya.html
Datang nak beraya , ada orang tak ? hehee
btw dari segmen yana sama. All the best !!
http://theathra.blogspot.com/2015/07/segmen-blogwalking-lepas-raya.html
ada..ada.. jemputlah masuk.
blogwalking~
jemput join simple giveaway ni 🙂
http://nanakimie.blogspot.com/2015/07/saya-nak-menang-giveaway-raya.html
comelnye auni….selamat bersegmen
jom singgah beraya kat blog saya
Singgah dari segmen yg sama …
goodluckk 🙂
Salam.. Singgah & follow sini dari segmen yang sama.
http://sayeshukepink.blogspot.com/2015/08/segmen-blogwalking-lepas-raya.html
haii..dari segmen yg sama
http://lyalee.blogspot.com/2015/08/segmen-blogwalking-lepas-raya.html
kita di segmen yg sama..
http://juraidahrahman.blogspot.com/2015/08/segmen-blogwalking-lepas-raya.html
Hi … Jalan-jalan dari segmen yang sama … Jangan lupa singgah jalan-jalan kat SiNi dan Join contest kat SiNi … Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki …