funfest 15

Warna Warni Sekitar FunFest 15 Di Kolej 9 & Kolej 10, UTM Skudai

Dapat flyers dalam buku komunikasi tadika Rafiuddin haritu.

Ok, niat hati memang nak je bawak anak-anak ke funfest 15 ni, since masa jerebu haritu, lama jugak la perintah berkurungnya… (anak-anak ni walau persekolahan cuti, keluar gak rumah, sebab ikut ibunya meng” COD” vitamin).

Hehe.. maksudnya, anak-anak ni kebebasannya untuk keluar rumah tu terhad la jugak sepanjang musim jerebu sebelum ni.

funfest 15

Pada asalnya, nak daftarkan Rafiuddin sorang je mewarna ni.

Sekali dapat tahu ni open category, maknya pula xleh tolong warna sekali, apa lagi, terus terfikir di luar kotak. “Ting!”

Selamatlah kami anak-beranak (saya & Rafiuddin) mendaftar untuk pertandingan mewarna tersebut!

Ayah diorang ni kerja hari Jumaat (majoriti private company tak ikut cuti gomen di Johor), so memang ngam lah sangat 3 beranak kami ni berkonvoi untuk mewarna.

( Auni, 2 tahun + tak didaftarkan tapi dah request siap-siap kat penganjur untuk bekalkan sekeping kertas konon-konon untuk dia warna gak)

:mrgreen:

Sehari sebelum hari kejadian…

Bersungguh-sungguhla saya ni ke kedai alatulis berhampiran. Maklumlah.. dah berpuluh tahun jugak tak mewarna dengan serius.

Rainbow Art Stationery, antara kedai alatulis & grafik yang sedia famous kat sekitar Taman Universiti – UTM Skudai ni.

Kelabu mata weh… melihat pelbagai pilihan peralatan mewarna.

Yang pasti saya lebih gemarkan pastils.. oil pastils.

Kali terakhir bergelumang dengan oil pastils ni kira-kira hampir 20 tahun yang lalu. Saya di sekolah rendah…. :mrgreen:

Selamat memborong 36 batang oil pastils jenama Buncho + sekotak pensel warna untuk Auni (supaya dia x berebut kaler abangnya)

Malam tu tidur awal, ajak anak-anak pejam mata awal sket, siap bagitau lagi, “esok kita nak pergi mewarna… yeay.. jom tidur!”

Semangat kan?  😆

Hari yang dinantikan…

funfest 15
arked ni nampak ada banyak perubahan.. untungla mahasiswa/wi kali ni

funfest 15

Tepat jam 9 pagi. Dah siap check in nama kami 2 beranak, tunggu dalam 15 minit kemudian, bermulalah episod untuk melakarkan kreativiti atas kertas bergambar penuh ni.

Last minute baru dapat tau, open category jadi split kepada 2 kategori ( kanak-kanak & dewasa).

Memang ni baru betul & adil nak judge sebab tahap kreativiti 2 peringkat umur ni biasanya berbeza lah melainkan kanak-kanak tu memang dari kecik lagi gifted @ gi tuisyen khas untuk mewarna ni.  😉

Dengan mendapat lukisan yang sama, kelihatan Rafiuddin agak pantas mewarna berbanding ibunya ni.

Ibunya ni terlalu sangat curious nak bagi hasil yang terbaik (ehem…ehem) sampai tak ingat & tak sempat nak snap hasil akhir mewarna si anak.

Rafiuddin antara yang paling awal hantar hasil mewarnanya tau! Syabas bette!  :mrgreen:

ibu mewarna lambat sangat.. sampai Auni tertidur..

Sibuk je nak snap hasil mewarna sendiri  ni :mrgreen:

Anyway, result nya dikatakan akan diumumkan pada hari sabtu ni (esokla tu).

Semoga ada harapan lah mana-mana lukisan untuk mendapat hadiah. Tapi jika tak menang, mungkin bukan rezeki kami kali ini & kelihatan ramai juga yang berbakat besar mewarna tadi.

Anyway, Alhamdulillah anak-anak pun nampak happy dapat makan aiskrim + fries + jalan-jalan sepanjang di funfest 15 pagi tadi

😀

nampak Rafiuddin minat sungguh nak basikal besar roda 2 tu..hihi

 

Selamat berhujung minggu semua. TQ sudi singgah baca. Komenlah jika sudi juga  :mrgreen:

Yang menulis:

SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge