Sekitar Program Srikandi Pro

Assalamu’alaikum & salam sejahtera semua pengunjung setia ProVide Network.

Semoga kita semua sentiasa senyum, ceria & sihat selalu ๐Ÿ˜€

Hari ni nak update aktiviti saya selain full time blogger & work at home mom yang menjalankan bisnes Shaklee, sebenarnya saya & suami juga masih aktif dalam aktiviti persatuan & persilatan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi.

Baru-baru ni, saya & beberapa sahabat srikandi Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi cawangan Johor bertolak ke Kuala Lumpur untuk bersama-sama dengan sahabat srikandi seluruh Malaysia bagi program Ramah Mesra & Majlis Pelancaran Srikandi Profesional.

Alhamdulillah dengan berkat izin & redha suami, saya dapat pergi untuk bersama-sama 4 lagi sahabat srikandi dalam sebuah MPV & beberapa lagi sahabat yang turut konvoi dari UTM & Batu Pahat untuk mewakili para srikandi dari Johor.

Depan dari kanan: Kak Ogy (Azila Ahmad), Kak Azah. Belakang dari kanan: Kak Zai (Zaharah Salleh), Kak Ati (Wan Nur Hayati Cholan), saya (Zaleha

Yang paling terharu adalah kesudian Encik Pilot & Encik Co-Pilot yang sudi bawak kami semua.

Pilot: Abg Shukor (suami kak Ogy) Co-Pilot: Abg Zahrin (masih available…)

Basically tujuan program ini diadakan adalah untuk mengumpul semua srikandi yang menjadi tulang belakang kepada aktiviti Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz hanafi dari segi persilatan mahupun aktiviti lain yang dianjurkan oleh pihak persatuan.

Ketika sesi pendaftaran, kami diberikan dengan tag nama dengan warna tertentu.

Kemudiannya, kami ditempatkan di satu meja yang mana semuanya dipakaikan dengan tag nama warna yang sama. Saya adalah antara penerima tag nama warna biruย  ๐Ÿ˜Ž

amboi-amboi… ada apa2 ke tu? (Kak Dewi & Kak Zai)
Antara sahabat-sahabat dari Batu Pahat

Dalam majlis ini juga, pengenalan kepada Srikandi Profesional diadakan untuk mewar-warkan aktiviti yang telah dirancang & strategi pelaksanaan yang bakal direalisasikan.

Pengerusi Srikandi Pro – Puan Hajjah Mazita Salleh

Saya & beberapa sahabat yang lain turut terkesan di hati apabila pihak urusetia menayangkan video tribute kepada Allahyarhamah Rashleen yang merupakan antara permata srikandi peringkat pusat. Allahyarhamah telah pergi menghadap Ilahi pada 8 November yang lalu kerana leukimia. Al Fatihah…

ketika ini, saya hanya membayangkan sahabat-sahabat yang telah pergi. Subhanallah, betapa Allah Lebih Sayangkan mereka semua

Siapa pernah menyangka, walau Allahyarhamah sedang menderita melawan penyakitnya, semangat perjuangan yang ada dalam dirinya tidak pernah luntur hingga ke saat akhir dalam hidupnya.

Ok.. tak boleh lama-lama bersedih. Bagi yang masih hidup, perjuangan mesti diteruskan…

Sesi yang seterusnya, Kak Yam @ Puan Hajjah Mariam memberi penerangan yang lebih terperinci tentang apa peranan yang boleh diambil oleh setiap ahli Srikandi Pro bagi merealisasikan MySilat 2015 nanti.

 

Di hujung majlis ini, kami sebenarnya juga telah membuat kejutan kepada Pengerusi Srikandi Pro yakni Puan Hajjah Mazita Salleh, isteri kepada guru yang kami kasihi, YM Syeikh Dr. Haji Md Radzi B. Haji Hanafi Al-Qadahi.

Mereka yang kami kasihi… sentiasa nampak muda, tersenyum & sederhana dalam segala aspek

Nak tahu apa kejutannya?

Kami telah sama-sama bersepakat untuk meraikan hariย  ulangtahun perkahwinan mereka berdua yang ke 24 tahun pada 8 November yang lalu.

Dah macam menyambut pengantin baru tau.. Lengkap dengan gubahan bunga (ala-ala bawak sirih junjung gitu..), hantaran-hantaran yang disediakan oleh sahabat-sahabat srikandi.

Kehadiran Guru Utama, tidak lengkap tanpa ucapan & amanat dari beliau.

apabila Guru memberi amanat… khusyuk je masing-masing

Alhamdulillah dari ucapan & amanat ini, kami semua sedar betapa beruntungnya kami ahli wanita diterima mempelajari senibela diri ini.

Kenapa saya kata begitu?

Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi adalah sangat mudah untuk diamalkan oleh umat Islam tak kira tua atau muda. Cuma ia sedikit bahaya, sebab tu seawal usia baligh (setakat ni umur 13 tahun) yang boleh mengenal baik atau buruk saja yang diterima untuk belajar. Saya akan kupaskan lagi lanjut kenapa saya masih setia belajar & berada dalam silat ini.

Betapa pada zaman Almarhum Ustaz Hanafi dulu lagi, terdapat sejarah hitam di mana 2 pelajar wanita silat ini menjadi ahli bukan kerana ikhlas untuk menuntut ilmu, sebaliknya berperanan membuat fitnah.

Naudzubillahi min dzalik.

Semoga kami ahli-ahli wanita teguh dalam perjuangan ini seperti mana para srikandi sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang tidak gentar berjuang menegakkan syiar Islam.

Selesai majlis, kami semua bergambar beramai-ramai seperti biasa..

Memang sesi bergambar adalah kegemaran semua tak kira golongan usia tau.. :mrgreen:

sesi bersama sahabat-sahabat semeja & meja sebelah
bersama adik-adik dari UTM & Kak Ita
Adik-adik UTM, Kak Ita & Abg Mad
para alumni UTM (1987 – 2002)
antara sahabat-sahabat dari Selatan (Melaka & Johor)
antara sahabat-sahabat srikandi yang lain

& gambar yang paling menarik hati… saya suka gambar ni…

hehehe… memang mix betul.. sampai x kenal mana satu anak dara mana satu mak dara tau ๐Ÿ™‚

Semoga entri ini santai untuk bacaan anda.. :mrgreen:

Sebarang komen adalah amat dialu-alukan. Terima kasih atas kunjungan anda ๐Ÿ™‚

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.