Sepetang Bersama Master Norita & Master Naquib

Apabila dimaklumkan oleh omak saya Farha Maskuriy akan peluang untuk bertemu dengan seseorang yang sangat dikagumi & mampu memberikan inspirasi, saya terus tak berlengah-lengah untuk mendaftarkan diri.

master norita

12 September yang lepas saya membawa anak-anak ke Hotel KSL Johor Bahru untuk bersama-sama dengan Master Norita & Master Naquib dalam program Shaklee Effect 3R. Seperti biasa, memandangkan suami bekerja pada hari Jumaat, saya kenalah drive sendiri, maka nak tak nak saya memang terpaksa berpandukan aplikasi Waze saja sebab saya adalah orang paling tak mudah mengecam jalan.

master norita
Master Norita, Auni & saya

Benarkah saya hanya suka berjumpa orang-orang yang dah berjaya macam ni?

Sebenarnya untuk berjaya, kita perlu berada dalam lingkungan orang-orang yang positif dalam liku-liku untuk bertemu kejayaan. Tak semestinya untuk bersama dengan orang-orang yang dah berjaya sahaja. Bagi saya, selagi mereka itu adalah seseorang yang mampu menyuntik semangat kepada yang lain walaupun mereka sendiri masih mendaki gunung kejayaan, saya sangat suka untuk berada dalam lingkungan mereka.

master norita

Saya sukakan perkongsian dari kedua-dua pasangan suami isteri ini.

Alhamdulillah walau terasa sedikit letih sebab sendirian melayani 2 karenah anak-anak yang tidak berapa sihat kerana batuk & selesema dalam keadaan sejuk pendingin hawa hotel, saya gembira kerana banyak input telah dapat dicedok & inshaa Allah akan sentiasa diamalkan.

Bagaimana nak berjaya dalam bisnes Shaklee?

(1) Guna

Menurut perkongsian dari Master Norita, kunci kejayaan seseorang pengedar Shaklee terletak kepada pengetahuan yang luas & kemahiran dalam konsultasi pengedar Shaklee tersebut.

Pengetahuan yang luas tidak bermakna hanya dari pembacaan testimoni orang lain semata-mata, malah ia patut datang dari testimoni atau pengalaman pengedar tersebut menggunakan produk yang ingin dijualnya. Dengan ini, sebagai pengedar Shaklee, dia lebih faham produk tersebut luar & dalam.

(2) Baca

Membaca pelbagai buku ilmiah yang berkisarkan topik kesihatan juga adalah elemen yang wajib untuk berjaya dalam bisnes Shaklee. Ini kerana, lebih banyak info tentang kesihatan yang kita tahu, lebih banyak perkara berkaitan dengan penyakit & kesihatan customer yang dapat kita fahamkan. Maka, secara langsung nya, kita dapat memberikan konsultasi yang terbaik serta memberikan jalan penyelesaian yang tepat untuk membantu meningkatkan kesihatan customer.

(3) USB

master norita

Hari ini, semua smart phone mesti menggunakan USB bukan? Semua laptop pun ada USB kan? Sebagaimana pentingnya USB dalam kehidupan harian kita, begitu juga USB adalah antara kunci kejayaan dalam bisnes Shaklee.

U – use

Menurut Master Norita, jika ada 28 produk Shaklee, sebaiknya gunakanlah semua 28 produk vitamin tersebut & lihatlah kesannya ke atas diri kita sendiri terlebih dahulu. Dengan ini, kita lebih ikhlas dalam menyebarkan kebaikannya.

S – share

Terdapat pelbagai medium yang boleh kita gunakan untuk berkongsi kebaikan tentang sesuatu produk Shaklee. Medium yang mudah adalah Facebook tetapi medium yang sangat powerful sudah tentu adalah blog kerana kita dapat fokus kepada customer yang benar-benar memerlukan suplemen.  Master Norita sendiri terkenal dengan blog anakkuwira.com yang mana telah menghasilkan ramai pengedar Shaklee berjaya di bawahnya termasuklah Master Cery/ Sharizah.

Sharing juga tidak terhad kepada suatu-suatu masa sahaja. Jika kita biasanya berkongsi secara edaran flyers, jangan berhenti untuk melakukannya. Buat selalu dengan konsisten disamping patuh pada Master Checklist masing-masing.

B – built

Bermulalah dengan membina kembali jaringan kumpulan masing-masing. Bantu downline anda dengan sama-sama berkongsi apa kebaikan produk Shaklee yang boleh dimanfaatkan oleh ramai orang di luar sana. Beri semangat & sokongan yang mereka (downline) perlukan untuk kembali yakin mereka boleh berjaya dalam bisnes ini.

master norita
Bersama-sama semua peserta wanita Shaklee Effect 3R Southern Region

Semoga artikel ini bermanfaat. Anda dijemput untuk meninggalkan jejak di ruangan komen.

Bagi urusan terus seperti untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin membuat rundingan harga produk Shaklee mengikut bajet anda ataupun jika anda ingin menjadi sebahagian dari rangkaian kami, boleh hubungi saya Zaleha seperti maklumat berikut:

019-7646021 (sms/whatsapp/telegram)

produkvitaminsemulajadi@gmail.com

Izinkan saya membantu anda kerana saya adalah pengedar Shaklee Skudai yang bertauliah! 🙂

Saya juga boleh COD ke Taman Universiti, Skudai, Senai, Kulai & Johor Bahru

Penghantaran secara poslaju/courier seluruh Malaysia, Singapura & Brunei

harga produk shaklee

ubat kuat lelaki

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge