Idea untuk ber”staycation” ni datang terutama bila berada dalam group iReach yang ohsem share tentang pengalaman diorang bercuti setempat di kawasan tenpat tinggal masing-masing.
Kebetulan juga, dah lama saya berhajat nak reward suami & anak-anak tidur hotel & mandi di swimming pool, maka tercetuslah idea utk staycation di Hotel Amerin Johor Bahru ni.
Staycation di Hotel Amerin Johor Bahru : Kenapa Saya Pilih Hotel Ni?
Actually masa nak pilih hotel mana utk staycation, xde la saya dh set nak ke Hotel Amerin ni.
Masa google tu, terus masuk dalam agoda.com je. Dalam banyak-banyak carian, Hotel Amerin ni antara yang menepati bajet & keperluan yang saya inginkan.
- anak-anak yang di bawah umur 12 tahun ke bawah boleh stay dalam room yang sama tanpa caj tambahan (guna katil sedia ada)
- ada breakfast utk 2 dewasa (& bayaran tambahan utk sarapan anak dalam nilai yang berbaloi)
- ada bathtub dengan bajet dalam lingkungan RM300 semalam
- ada swimming pool
- ada in room wifi
Masa check out hari tu, baru tau juga yang hotel ni sebenarnya baru beroperasi dalam 3 bulan camtu. Patutlah fasilitinya memang baru belaka.. even tempat parking pun nampak sangat building ni sangat baru.
Pengalaman Staycation di Hotel Amerin Johor Bahru
Lokasi Hotel Amerin
Mesti korang pun nak tau kan kat mana lokasi hotel Amerin Johor Bahru ni?
Hotel Amerin ni terletak kat Perling. Kalau perasan, ada 1 bangunan tinggi berhadapan pasar tulah dia hotelnya.
No 35, Persisiran Perling 1, Taman Perling, 81200 Johor Bahru
07-2330333
Boleh contact nombor di atas untuk pertanyaan lanjut. By the way, tempahan melalui agoda.com memang lebih murah berbanding tempahan melalui hotel receptionist.
Dari rumah kami, lebih kurang 20minit je, sebab tu namanya staycation.. hihi.. dekat.

Penginapan Kami: Gold Suite
Ni bilik yang kami tempah tempohari. Alhamdulillah berbaloi dengan harga.

Muat je 1 katil king ni untuk kami 4 beranak (baby masih dalam perut time ni, 36 weeks)
Anak-anak paling happy..
Layanan pun tip top sangat.
Mula-mula masuk nampak ada mesin basuh ni.
Test lah nk basuh baju mandi anak-anak ni. Sekali tak leh operated. Terus call receptionist.
Akak cleaner yang datang tu tolong operate kan. Haha.. rupanya suis kat belakang tak ON. Akak ni siap bahasakan diri saya ni ‘Mem’ lagi. Kekok weh.. kiter ni org biasa-biasa aje.
Then bath tub pula macam slow nak clearkan air yang ditakung. Again, mintak bantuan akak cleaner td. Beliau panggilkan technician. Laju je technician tu repair kan.
Swimming Pool
Best betul swimming pool nya. Ada kat area ni memang windy days betul sebab kolam ni terletak di aras 15. Level paling atas. Memang open sky betullah.
Time angin kuat datang, kusyen kat sofa tu pun boleh berterbangan.
Untuk kanak-kanak, sila bawa pelampung sendiri tau. Sebab kedalaman kolam ni 1.2 meter memang umum untuk dewasa.
Ada spa & gim juga kat sebelah pool ni. Tandas pun bersih sangat.
Sky Cafe
Yang bestnya, cafe hotel ni terletak di puncak awan.. haha.. memang ada ruang open air gitu.
Kat tingkat 13 cafe ni.
Menu sarapan pagi tu not bad. Ada tradisional Melayu & western juga.
- nasi lemak
- mi kari
- mihun goreng
- rendang
- steamed chicken ham & sosej
- aneka salad buah
- bubur nasi
- aneka muffin
Hotel ni rated 4 bintang.
For us, sangat OK & best untuk merehatkan diri sesekali. Yang penting anak-anak pun happy sangat.
So sangat recommended untuk korang yang nak reward diri @ family bercuti / staycation kat hotel ni 🙂
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
menariknya tempat ni. mcam kena ajak husband pg sni je. hehehe