“Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
Kasih Ayah Sepanjang Masa”
Ni ayah saya. Beliau sekarang dah berumur 71 tahun pada September tahun 2018 ni, Alhamdulillah.
Ayah dulu mantan polis hutan (Battalion 4 PPH).
Semenjak pencen, ayah memang tak pernah boleh duduk diam. Ada je aktiviti berkebun & bercucuk tanam yang ayah lakukan.
Satu hari tu sekitar awal tahun 2015, ayah diserang sakit lutut kerana gout yang dialaminya. Maklumlah, bila banyak seafood je yg menjadi makanan kegemaran, tak dapat tidak, boleh memudaratkan diri. Lagi pula bila dah berumur, banyak makanan sedap-sedap yg harus elak dimakan
Ayah memang ada mengambil ubat-ubat hospital tapi tak semuanya membantu jadi lebih baik & ada ubat yang mendatangkan kesan sampingan padanya
Kerana kasihkan ayah, saya bertekad usahakan vitamin semulajadi, suplemen untuk gout buat ayah
Suplemen Untuk Gout: Vitamin Semulajadi Shaklee
Hasil dari pembacaan yang rapi buku medical (British Medical Association: Complete Family Health Guide), buku nutrisi umum (Nutrition for Life) & natural remedies (Prescription for Nutritional Healing) serta perbincangan dalam group support, saya ikhtiarkan omega guard ni untuk ayah.
Dalam buku-buku tersebut banyak memberi cadangan, bahawa asid lemak Omega 3 dalam minyak ikan sangat membantu mengurangkan masalah keradangan secara semulajadi pada pesakit gout (a type of athritis)
Sebenarnya ada banyak lagi suplemen untuk gout bergantung pada tahap kronik & juga bajet.
Selain Omega Guard, suplemen lain yang membantu untuk tingkatkan kesihatan pesakit gout adalah:
- Vivix (highly recommended)

- Advanced Joint Health Tablet (buat masa ni tiada dalam pasaran Shaklee Malaysia)
Testimoni Suplemen Untuk Gout: Ayah Serasi Dengan Omega Guard
Alhamdulillah dari pengambilan botol pertama lagi, sakit lutut ayah bertambah baik.
Ayah dah kembali boleh berkebun; membawa kereta manualnya; & mengikuti trip-trip pelancongan ke destinasi yg jauh termasuk ke Cameron Highland & Singapura juga.
Ni gambar ayah sekitar 2015 – Mac 2016
Yang terkini, sekitar Aidil Adha 2016 (September 2016)


Testimoni gout Shakle ayah saya yang terkini Disember 2017
Apalah sangat harga sebotol vitamin yang berkualiti jika dibandingkan dengan pengorbanan seorang ayah?
Beliau adalah ayah yang sanggup bertarung nyawa, bekerja dengan jujur & penuh amanah, menjaga keamanan negara demi sesuap nasi untuk kami sekeluarga.
Hasil penat lelah ayah bekerja dengan jujur dan amanah, kami 6 adik beradik semua berjaya sambung belajar ke menara gading. Alhamdulillah.
Sudah tentu tiada nilai yang dapat menggantikan pengorbanan ayah.
P/s: kalau korang pun masih ada mak ayah, berilah yang terbaik untuk kesihatan mereka selagi mereka masih berkesempatan merasa hadiah dari kita, anak-anaknya
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit
Pengorbanan ayah tiada dapat dibalas….berikan hanya yang terbaik selagi ayah ada.
Nila anggraini recently posted…Pentingnya Penjagaan Kulit Dari Dalam Dan Luar Agar Sentiasa Cantik
Ya.. sementara Allah Bagi peluang, jom berbakti pada kedua org tua kita.
ibu Uddin & Auni recently posted…Bisnes Shaklee: Bisnes Online Yang Mudah Tanpa Modal Besar
Pingback: Vitamin Untuk Gout Yang Membantu Tubuh Lebih Selesa Bergerak Tanpa Sakit - ProVide Network
Pingback: Testimoni Gout Shaklee - Review Kesihatan Ayah Ambil Shaklee Sejak 2015