musim COVID

Surau Bukan Tempat Lepak Terutama Di Musim COVID | Jom Kita Jaga Kita

Berapa ramai yang selalu guna surau kat tempat awam? Angkat tangan!

Saya pun!

Saya tak selalu sangat. Tapi adalah beberapa ketika merasa pengalaman yang tak berapa best ketika nak menggunakan surau di tempat awam seperti di stesen minyak & juga di shopping mall.

Surau Bukan Tempat Lepak / Duduk-duduk/ Baring Di Musim COVID – Jom Kita Jaga Kita

musim COVID

Sadis kan tajuk ni?

Hakikatnya memang masih ada orang yang suka jadikan surau sebagai port duduk-duduk (melepak sambil tengok smartphone & sewaktu dengannya). On what reason, please, to me, hormatilah surau & arahan SOP yang tertulis pada pintu surau tersebut.

“Limited to Six (6) Person Only”

“Limited to Four (4) Person Only”

Kata encik suami, diorang tu mungkin tak reti baca arahan kat pintu  :mrgreen:  😆

Mula-mula saya tak masuk pun surau yang state untuk 4 orang tu. Hanya melihat di ruang letak kasut di luar & kira je bilangan kasut. Ada yang berlebih-lebih 🙄

MUjurlah di Paradigm Mall JB ni ada surau di setiap aras bangunan. Bolehlah naik pergi level lain kalau nampak ramai sangat.

Waktu Solat Yang Pendek

Masa kami pergi tu, dah pun lewat Maghrib. Ada dalam 15-20 minit lagi masa sebelum masuk waktu Isya’.

Naik level yang ada 6 pax tu, saya tak puas hati tengok ada pekerja main terjah je masuk surau padahal kasut ada lebih dari 6 pasang dah kat luar. Dalam hati masa tu mungkin staf ni dah terdesak kena solat sekarang jugak.

Rupa-rupanya, masa saya jenguk tu, ada pulak beberapa orang wanita yang sedang duduk-duduk sambil tengok smartphone. Mula-mula saya hanya pandang saja mereka. Diam. Geram tapi Sabar. Terus ambil wudhu dulu.

” Awak dah solat?”

Dah. Jawab mereka.

“Maaf ya sis. Kat luar pintu tulis ada limited person untuk berada dalam surau ni. Kesian pula orang yang nak solat tak dapat masuk sebab tengok bilangan kasut agak banyak kat luar ni..” – saya usaha jugak menegur secara lembut. Dengan niat, memang untuk tegur secara baik.

Alhamdulillah, mereka bersurai jugak.

Yalah, dulu lain. Mungkin tak mengapa  nak bersesak pun. Sekarang lain. New normal sekarang adalah, ayuh jom patuh SOP. Ada sebab kenapa setiap ruang tu hanya ada beberapa orang saja boleh dimuatkan dalam satu-satu masa.

Dewan yang asal untuk 70 orang guna pun, hanya boleh untuk memuatkan 35 orang dalam satu program sepanjang musim COVID ni. Faham kan sebab apa? Kalau tak faham, bolehlah tanya balik. Kita explain sampai jelas.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Jom sama-sama kita putuskan rantaian ini. Berdebar tau tengok angka makin mencanak kat area JB/ KL/ SElangor. Huhu… Take care semua

Baca Kisah Kami Swab Test & Pengalaman Gelang Pink



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
Youtube Channel: Zaleha Awaluddin
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge