Tadika Islam Yang Bagus-Konvokesyen Tadika Ihsan UTM

Alhamdulillah tamat sudah konvokesyen Tadika Ihsan UTM sesi 2014 pada 7 Nov yang lepas.

Seronok & terhibur apabila berpeluang menyaksikan persembahan anak-anak tadika seawal umur 4 tahun. Tadika Ihsan UTM adalah antara tadika islam yang bagus untuk anak-anak mula nak belajar mengenal Allah.

Rafiuddin yang baru seminggu keluar hospital pun berpeluang buat persembahan dengan rakan-rakan sebayanya. Tajuk persembahan mereka adalah “Wudhu'” yang mempersembahkan cara-cara untuk bersuci sebelum mengerjakan solat.

Okla tu dapat gak buat persembahan. Cikgu dia letak kat belakang sekali yang hujung sana tu kot-kot dia dalam kecemasan last minute x leh performed.

4 hari sebelum hari konvo, cikgu nya ada wasap saya tanya status kesihatan Rafiuddin.Boleh ke join kawan-kawan buat persembahan. & jika boleh Rafiuddin perlu hadir ke tadika walaupun hanya pada sesi pagi.

Sebab sebelum ni diorang memang dah biasa berlatih dari mula tiap-tiap pagi waktu kelas.

Apabila saya dengar persembahannya hanyalah santai dengan tajuk wudhu’, saya terus je memberi keizinan.

Bukan apa, si Rafiuddin ni kategori kalau ada peluang banyak duk rumah, memang tengok You Tube jela kerja major dia. Kalau tak nak dia busy melangut depan tablet, saya bagi dia kerja. Samada melukis/ mewarna /menulis.

Pernah dulu masa hari sukan, tiba-tiba je xnak pakai baju sukan. Tak nak join masuk sukaneka. Kesian cikgu & team dia yang dah atur sape amik part ape. Haish.. masa tu memang moody betul kami suami isteri. Bila ibu dia dapat hadiah hamper jawab kuiz masa sukaneka tu, barulah si Rafiuddin ni nak tersengih-sengih spotting balik.

Ni gambar sekitar di sebalik tabir..

 

anak-anak berusia 5 tahun
Rafiuddin & rakan-rakan sebaya.. 5 tahun

Ketika masa makan, pandai Rafiuddin mencari tempat yang berdekatan dengan ibunya. Siap bawak kawan lagi join makan sama-sama. Berselera sungguh tengok bila dia makan dengan kawan. Alhamdulillah syukur dengan perubahan ini.

Majlis konvokesyen Tadika Ihsan berakhir dengan upacara penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang outstanding & terbaik serta penyampaian sijil buat anak-anak yang telah tamat menghabiskan silibus peringkat umur 6 tahun.

Akhir kata, pada pendapat peribadi saya, Tadika Ihsan ni antara tadika islam yang terbaik dalam melatih anak-anak untuk mengenal agama Islam & akhlak-akhlak terpuji.

Seawal kelas jam 8 pagi, anak-anak ini akan dilatih untuk menunaikan solat fardhu secara berjemaah mengikut iringan rakaman audio sambil guru-guru memantau pergerakan solat anak-anak. Alhamdulillah Rafiuddin pada masa-masa tertentu memang rajin nak bersolat tanpa dipaksa-paksa.

Antara event lain adalah aktiviti menunggang kuda & memberi kuda-kuda makan. Aktiviti ini sangat mudah untuk dianjurkan berikutan lokasi tadika yang agak berdekatan dengan Pusat Ekuin UTM.

inilah kali pertama Rafiuddin berani berhadapan dengan haiwan.
seronok tengok Rafiuddin bertambah berani

Bagi anda yang berada di sekitar Skudai/ Johor Bahru yang teringin nak merasa aktiviti berkuda ni, boleh hubungi talian Pejabat Pusat Ekuin UTM seperti maklumat berikut:

07-5536343 / 07-5535761

Masa Pejabat:

Ahad-Rabu (8am – 5pm)

Khamis (8am – 3.30pm)

www.utm.my/equine

Kadar bayaran yang dikenakan bagi aktiviti berkuda adalah seperti dalam jadual gambar di bawah

Ok sampai sini saja perkongsian untuk hari ini. Bagi ibu bapa yang masih tercari-cari untuk menempatkan anak-anak mereka ke tadika islam yang best dan terbaik boleh rancang untuk hantar anak-anak di Tadika Ihsan UTM pada sesi 2016 nanti sebab sesi 2015 kelas telah penuh.

Tadika Ihsan menyediakan kelas separuh hari (8am – 12.30 pm) & juga kelas penuh 1 hari (8am – 5.30 pm) termasuk penjagaan anak-anak harian.

Talian Tadika Ihsan UTM: 07-5535687

Talian Pusat Islam UTM: 07-5537501/ 05/ 08

Semoga perkongsian ini menarik & memberi manfaat :mrgreen:

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.