umrah & haji

Tambah Tenaga & Kuatkan Kaki Untuk Menunaikan Umrah

Saya masih teringat kelas haji & umrah yang kami hadiri pada tahun lepas, ustaz ada berpesan, untuk jaga kesihatan diri & cuba perbaiki stamina, antara persediaan kita beribadat di tanah suci.

Sebagai ikhtiar, bagus untuk kita mula aktif bersenam, jogging seperti contoh, buat konsisten setiap minggu. Paling kurang, dapat buat larian 3km, 2 atau 3 kali seminggu dah memadai.

Rasa tak bertenaga? Jom saya kongsikan cara mudah untuk tambah tenaga & membantu juga untuk kuatkan kaki.

Tips Tambah Tenaga & Kuatkan Kaki Yang Mudah Untuk Diamalkan

Tiada lah rahsia sangat. Apa yang saya nak kongsi ni, adalah juga dari pengalaman saya sendiri & juga dari perkongsian rakan-rakan yang dikenali.

(1) Co-Enzyme Q10

Co-enzyme Q10 adalah sejenis nutrien yang menjadi antara makanan asas kepada sel-sel dalam tubuh kita. Secara semulajadinya, badan kita sendiri memang ada menghasilkan nutrien ini terutamanya di bahagian jantung.

Jantung kita adalah organ yang paling kuat bekerja. Setiap masa kerjanya tidak henti-henti mengepam darah. Ia terhenti hanya sekiranya, dah sampai ajal kita.

Penghasilan co-enzyme Q10 ni mudah merosot, sejajar dengan penambahan usia & juga atas faktor kebergantungan pada ubatan tertentu contohnya statin (ubat kolesterol).

Disebabkan itu, pengambilan co-enzyme Q10 secara suplemen adalah sangat membantu. Antara suplemen yang kaya dengan co-enzyme Q10 & dihasilkan dari bahan yang semulajadi adalah CoQ Trol Plus

(2) Kalsium

Kita sedia tahu, kalsium adalah makanan untuk tulang kita. Sebab tu kita sangat disarankan untuk minum susu sekurang-kurangnya 2 gelas sehari.

Bukan susu pekat manis ya, hihihi.

Susu yang baik adalah susu segar dari ladang tempatan. Namun begitu, atas faktor tertentu, ramai orang makin kurang minum susu atau langsung tak boleh minum.

Sekali lagi, suplemen sangat membantu.

Suplemen yang bagus semestinya mengandungi bukan kalsium semata-mata. Kerana, tubuh kita tidak effisien untuk menyerap kalsium 100%. Vitamin D & magnesium adalah antara mineral & nutrien yang penting ada dalam suplemen kalsium kita untuk memberikan serapan yang paling optimum.

Antara suplemen yang bagus untuk kuatkan kaki adalah Ostematrix

tambah tenaga & kuatkan kaki

Dua nutrien ni antara asas kepada vitamin yang membantu mereka yang nak buat umrah & haji kerana fungsi kedua-duanya menyokong untuk tambah tenaga & kuatkan kaki.

Semoga membantu.

Jika perlu info lebih lanjut atau nak beli kedua-dua jenis suplemen tadi, boleh terus call kami di 019-7646021 atau klik untuk wasap saya.

 



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge