Assalamu’alaikum & selamat sejahtera
Hari ni saja nak kongsi cerita tentang baju kurung.
Seringkali kita apabila mencari baju yang dah siap dijahit pasti ada kelebihan & kekurangannya kan. Antara kelebihan membeli baju kurung yang dah siap dijahit ni adalah korang tak perlu persediaan awal & boleh dapat baju dalam masa yang singkat.
Masalah Pada Baju Kurung Ready-Made
Tapi, sepanjang pengalaman saya sendiri, memang ada jugakla kekurangannya apabila memakai baju kurung yang dah siap di pasaran tu. Antaranya adalah saiz yang tidak begitu tepat. Hal ini membuatkan kebanyakan baju kurung siap saya terpaksa saya “edit” balik terutamanya pada span di bahu, kancing (hook) di pinggang kain & labuh kain. Almaklumla, orang macam saya ni renek sedikit tapi dengan sedikit kegempalan… wakaka 😆
Kalau dah terdesak macam tula. Last minute punya shopping memang buatkan kita terpaksa membeli je apa yang dirasakan paling sesuai.

Tempah Baju Kurung Anda Sendiri
Korang ada kain ela yang belum siap dijahit?
Atau korang memang tercari-cari tukang jahit dengan ciri-ciri berikut:
- Boleh menjahit baju kurung pahang & baju kurung pesak
- Kemasan leher jenis mata lalat atau jenis pengeras bergantung pada citarasa anda
- Tempahan menjahit dengan harga yang rendah iaitu hanya RM 30 sepasang termasuk postage
- Boleh menjahit baju kurung dari semua jenis kain terpulang pada citarasa anda
Jika ya,
Anda boleh menghubungi Puan Hani di 013-7321729 (sms/ whatsapp sahaja)


Jimat Untuk Kain Yang Anda Suka & Selesa
Bagi saya adalah sangat untung & jimat jika kain yang kita hantar untuk dijahit ni dari kain yang memang kita sangat suka pakai & selesa. Kain cotton sebagai contoh, kalau yang ready made tu memang rata-rata di pasaran dah cecah sampai ratusan ringgit.
Tempahan baju kurung pahang & baju kurung pesak ini adalah sedang dibuka.
Bagaimana cara nak membuat tempahan baju kurung ni?
- Bagi yang berada di sekitar kawasan Kulai Johor, boleh datang sendiri ke rumah Puan Hani (alamat lengkap akan diberikan melalui sms/whatsapp)
atau
- hantar baju contoh anda beserta maklumat-maklumat tambahan (seperti ukuran yang perlu diubahsuai/ pertambahan cekak getah di pergelangan tangan dan lain-lain) jika ada. Alamat lengkap juga akan diberikan kepada anda bagi tujuan ini.
Hubungi Puan Hani di 013-7321729 secara sms/ whatsapp sahaja untuk sebarang pertanyaan lanjut.
atau boleh juga meninggalkan komen / email untuk dihubungi di ruangan komen entri ini.
Semoga artikel ini memberi manfaat 😀
Murahnya,saiz orang dewasa ke untuk budak?
Hai Abdur.
Saiz orang dewasa.
Budak-budak pun boleh.
Boleh terus send sms ke Puan Hani (013-7321729) untuk pertanyaan lanjut.
Terima kasih
Akak still mengjahit lg? Amik tmphn lg x?
maaf nisaq. saya iklankan post ni. yang tailor ni org lain. sis ni dah x berada di sini utk jahit