Untuk mereka yang dah datang bandaraya Johor Bahru & meminati sejarah serta suka mengambil inspirasi dari orang-orang hebat, wajiblah berkunjung ke Muzium Tokoh Johor ni.
Muzium yang terletak di Bukit Senyum ni antara tempat menarik sekitar JB yang kita wajib singgah.
Masuk adalah PERCUMA tau!
Masa Operasi Muzium Tokoh Johor
Muzium Tokoh Johor dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat.
- Hari Sabtu – Rabu | 9:30 pagi -4:30 petang
- Hari Khamis | 9:30 pagi – 3:00 petang
Tempat Menarik Sekitar JB – Apa Yang Menarik Dalam Muzium Tokoh Johor
Honestly said, saya tertarik sebab dalam muzium ni, kita dapat mengenali beberapa nama yang biasa kita jumpa kat jalan-jalan dalam sekitar bandaraya JB ni.
Nama-nama diorang diabadikan di atas jalan raya sempena ketokohan mereka.
Tiada Yang Dulu Tiada lah Yang Sekarang
Dari sejarah juga kita dapat mengenali diri kita. Cerita perjuangan datuk nenek moyang kita. Cerita kesusahan mereka untuk menzahirkan apa yang kita lihat pada hari ini.
Sebab tu sesekali kena rajin juga bawak anak-anak datang muzim untuk berikan diorang inspirasi supaya terus rajin belajar.
Orang-orang hebat ini mereka juga dahulunya pasti pernah alami kesusahan. Mereka tak berputus asa dalam bidang masing-masing sehingga akhirnya berjaya.
Taib Andak
Pernah dengar nama ni kan? Ya, Felda Taib Andak adalah nama Felda di daerah Kulai.
Datang Muzium Tokoh Johor ni, barulah tahu siapa latar belakang insan yang bernama Taib Andak ni.
Dari pembacaan biografi beliau di situ, menggambarkan beliau adalah:
- seseorang yang pemurah
- seseorang yang segak
- ketua & pemimpin yang berwibawa
- seorang yang merendah diri
- suka meraikan tetamu dengan majlis keraian di rumahnya
- bertindak seperti pelayan ketika melayan tetamu
- mendidik keluarganya termasuk anak-anak untuk tidak mengambil kesempatan terhadap jawatannya
- sangat menentang rasuah & tidak menerima sebarang sogokan mahupun hadiah sepanjang menjadi pemimpin
Lepas settle jenguk baca semua biografi, turun bawah tempat receptionist tadi, bolehla beli souviners menarik di situ.
Cenderamata serendah RM3 (button badge) boleh dibeli untuk dibuat hadiah/ simpan sebagai kenangan.
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi