Tips Bawa Anak Kecil Naik Bas Selesa Walau Perjalanan Sejauh 10 jam

tips bawa anak kecil naik bas

Assalamu’alaikum & salam sejahtera

Pernah naik bas selama 10 jam sehala tak? Saya & suami saya pun pernah 🙂

Perjalanan jauh sebegini yang kami lalui biasanya dari Selatan ke Utara Semenanjung Malaysia atau pun sebaliknya.

Saya nak kongsi beberapa tips bawa anak kecil naik bas dalam perjalanan jauh sebegini terutama atas tujuan bercuti supaya anda sekeluarga juga berasa selesa walaupun mungkin anak-anak kecil seakan-akan mahu meragam sepanjang perjalanan.

Sebelum tu,

tips bawa anak kecil naik bas

Kenapa Kami Pilih Naik Bas?

  • Perlu berada dalam jangka masa yang singkat di antara 2 arah (Selatan-Utara)
  • Cuti yang terhad (setakat ni cuti suami saya yang sambil makan gaji memang terhad setiap kali hampir hujung tahun 😀 )
  • Destinasi yang dituju jauh dari lapangan terbang, jauh sekali landasan keretapi pantas (bullet train)

Tips 1: Rancang Perjalanan

sejuk je mata memandang…

Tips  yang kami kongsikan di sini lebih kepada untuk anda yang memang kesuntukan cuti tapi masih berhajat nak merasa bercuti di kampung sedara-mara atau pun sebagai nak meraikan jemputan kenduri kendara sahabat handai.

Perjalanan Pergi – Balik Sahaja = 1 hari (~ 24 jam)

Adalah lebih berbaloi sebenarnya kalau kita naik kereta jika perjalanan yang memakan masa 10 jam itu membolehkan kita berehat lama sedikit sepanjang percutian. Mungkin di antara 3-5 hari kita berada di destinasi percutian.

Ini kerana kos perjalanan menggunakan kereta termasuk tol & petrol (jika muatan 4~5 orang) hampir sama dengan kos tiket pergi balik Selatan-Utara-Selatan Semenanjung Malaysia [RM75 ~ RM80/ seat ; JB – Alor Setar]

tips bawa anak kecil naik bas
Gambar sekadar hiasan…

Anak-anak yang dipangku memang tiada caj :mrgreen:

Tapi jika nak selesa, anak-anak yang dah boleh duduk diam elok sendiri tu (3~4 tahun ke atas pun dah OK) sebaiknya, kita belikan dia seat individu  😀

Nak jenguk-jenguk harga tiket bas online?

Baca tips cara beli tiket bas online di sini

Tips 2: Bawa plastik & baby wet wipes untuk kecemasan

Perjalanan dengan anak-anak kecil kan?

Sudah tentu jika anak-anak ingin membuang air besar (yang masih pakai lampin pakai buang), gunakan saja plastik ini untuk membungkus dengan sebaiknya lampin terpakai tersebut.

Apabila tiba masa untuk *bas berhenti rehat sebentar,  bawalah anak untuk dicuci sempurna di tandas & sampah tadi dibuang dengan sebaiknya di tong sampah.

*Biasanya bas paling kurang akan berhenti sekali selama 20-30 minit bagi tujuan mengisi petrol.

Tips 3: Elak Makanan Berat @ Pedas & Minuman Manis / Berkaffein

Tips bawa anak kecil naik bas ini adalah yang paling bermanfaat untuk anda sekeluarga berasa lebih selesa sepanjang perjalanan.

Ia juga sangat praktikal untuk anda yang dah ada anak-anak kecil yang pandai membuang air sendiri (dah x pakai lampin).

Minuman manis & minuman yang berkaffein hanya membuatkan anda mudah untuk ke tandas dengan lebih kerap.

Makanan pedas.. 😳

Lagi mudah untuk anda terpaksa ke tandas :mrgreen:

Makanan tidak berat yang sangat digalakkan untuk diambil/ dibawa bekal adalah seperti roti & biskut serat. Sudah tentu gandingannya adalah terbaik dengan air kosong/ mineral saja :mrgreen:

Dah sampai destinasi nanti, ambillah sepinggan makanan lengkap yang berkhasiat

Tips 4: Guna SSC (Soft Structured Carrier) untuk mendukung anak-anak kecil

Penggunaan carrier yang salah boleh mengakibatkan hip dysplasia pada bayi/ anak-anak kecil.

Antara contoh posisi yang terbaik bagi bayi baru lahir di dalam kendongan (carrier):

Gambar sekadar hiasan..

Boleh baca dengan lebih lanjut tentang carrier yang terbaik untuk anak-anak kecil di sini

Saya banyak tahu tentang penggunaan baby carrier yang betul adalah melalui FB Group Selat Tebrau Babywearers ni.

Saya rasa cukup dulu perkongsian tips bawa anak kecil naik bas sehingga setakat ini.

Inshaa Allah lebih banyak tips kembara akan saya kongsikan :mrgreen:

Semoga memberi manfaat 😀

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge