elak melecet

Tips Elak Melecet Khususnya Untuk Pelari Jarak Jauh Wanita | Virtual Runner

Recently saya dah kembali back on track untuk meneruskan misi berlari jarak jauh towards half marathon (21 km) sebelum berakhirnya tahun 2021 ni. Alhamdulillah setakat ni in shaa Allah target ini akan tercapai. Cuma belum lagi start buat larian LSD untuk try buat larian 2 jam ke atas untuk at least 15 km one shot.

Dari pengalaman menyertai Team Run Streak terdahulu (tahun 2020) memang azab jugak merasa kesan melecet tu. Sebab kami kena berlari setiap hari non-stop & kilometer juga bertambah setelah 31 hari cabaran berlangsung. So kat sini saya nak share beberapa tips yang membantu pelari jarak jauh wanita khususnya untuk elak melecet ketika berlari.

3 Tips Elak Melecet Untuk Pelari Jarak Jauh Wanita

elak melecet
Playtex tu tampon. Vaseline, krim herbal blend & medal (eh!)

Saya berharap awak yang membawa entri perkongsian ni mendapat sesuatu yang bermanfaat. Jika bukan untuk diri sendiri, mungkin untuk adik beradik atau pun kenalan korang.

(1) Pakaian Dalam Yang Sesuai

Wanita secara lazimnya memakai pelbagai jenis pakaian ketika berlari. Macam saya sendiri. saya pakai beberapa lapis pakaian untuk berlari dengan selesa & rasa selamat menjaga aurat.

Pakaian dalam memang penting untuk pilih yang berkualiti.

  • sport bra – melindungi payudara dari sebarang gegaran ketika berlari
  • square pants – seluar dalam yang berbentuk segi empat membantu sangat untuk elak risiko melecet
  • tight – pakai seluar & baju yang lebih ketat/ fit untuk mengurangkan kesan geseran di antara dua permukaan kulit. Saya pakai selapis lagi pakaian untuk menutup aurat lebih sempurna.

(2) Tuala Wanita Ketika Berlari Dalam Haid

Ada kalanya saya berlari juga ketika dalam keadaan haid yang sedang heavy. Untuk saya, bila aktif berlari ni membantu sangat untuk elak dari senggugut yang teruk. Berbanding tuala wanita biasa, saya beralih menggunakan tampon untuk elak kepingan tuala wanita dari bergesel pada permukaan kulit.

Ada yang nak tau cara pakai tampon?

Tunggu saya buat tutorial di channel Youtube Zaleha Awaluddin. Bolehlah subscribe & tekan loceng notifikasi dulu.

(3) Pelincir & Krim

Saya pernah melecet teruk pada lengan & juga sekitar celah kelangkang. Pedih betul masa tu. So, dari pengkajian melalui Youtube mereka yang arif & selalu terlibat dalam larian jarak jauh ni, saya jumpa tentang pelincir ni.

  • Vaseline

Jeli petroleum ni guna untuk disapu pada permukaan kulit kita yang mungkin akan bergeser sepanjang kita berlari. Sapu sedikit di sekitar lengan dan juga di peha serta celah kelangkang.

Krim serbaguna herbal blend ni saya guna untuk sapu pada permukaan yang telah melecet dengan tujuan untuk mengurangkan kerengsaan & kesakitan. Krim ni rasa sangat nyaman dan sangat membantu permukaan kulit yang dah melecet tu cepat baik dan rasa lega sangat.

Setakat ni itu saja tips yang sangat membantu saya sendiri terus aktif berlari hampir setiap hari. Badan pun dah makin langsing ni sejak saya konsisten jaga makan dan aktif bersenam kira-kira 3 bulan yang lepas. Alhamdulillah. Start small but consistent katanya.

Bersenam danĀ  bersukan biarlah buat sampai seronok, tak mau lah ada melecet sana sini kan? Bila seronok, kita enjoy dan happy untuk selalu konsisten. Bila konsisten, hasilnya pun sangat memberangsangkan.

Terima kasih sudi singgah baca!



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
Youtube Channel: Zaleha Awaluddin
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge