Tips Hidup Bahagia & Sentiasa Gembira Dengan Apa Yang Ada

tips hidup bahagia

Sejak dari dulu lagi, saya adalah antara anak mak & ayah yang paling sempoi di kalangan adik beradik kami.

Tiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, saya antara anak remaja yang tidak kisah sangat jika tiada baju raya baru yang dibeli. Sebabnya saya ok je jika pakai baju raya dari baju kakak saya yang saya baru nak padan pakai. :mrgreen:

Bagi saya itu juga baju baru untuk saya. Bersyukur saja dengan apa yang ada. 😀

Itu adalah salah satu tips hidup bahagia yang saya amalkan sejak dari kecil.

Tips Hidup Bahagia & Gembira Walau Sedang Dalam Masalah

tips hidup bahagia

Mungkin ramai antara kita yang ada kalanya kurang gembira, bersedih hati atas kehilangan atau sedang dirundung kekecewaan.

Sila senyum sikit :mrgreen:

Payah kan nak senyum..? Ok, xpe.. Saya ada cara lain yang boleh membantu anda senyum sekejap lagi.

Apakah 3 cara mudah untuk buat kita sentiasa rasa bersyukur & happy sangat2?

Jom layan video ini :mrgreen:

Anda pasti boleh tersenyum selepas menonton video ini! 😀

Cara Syukur Nikmat Agar Happy & Tenang Sokmo from iReach HD on Vimeo.

Dah boleh senyum?

Alhamdulillah..

Saya ulas kembali 3 tips hidup bahagia tadi..

  1. Menikmati Apa Yang Ada
  2. Mencari Makna Dalam Pekerjaan Yang Kita Sedang Lakukan
  3. Memperbanyakkan Kesyukuran

(1) Menikmati Apa Yang Ada

  • Jika kita hanya ada RM1 dalam dompet, bersyukurlah.. Mungkin ada ramai lagi yang langsung tiada sesesn pun di dalam kocek mereka
  • Jika kita belum ditakdirkan untuk ada anak, bersyukurlah.. Sekurang-kurangnya kita masih ada suami, adik beradik yang sering menyayangi kita. & yang paling penting, kita ada Allah SWT Yang Maha Kuasa sebagai tempat kita mengadu

(2) Mencari Makna Dalam Pekerjaan Yang kita Sedang Lakukan

  • Saya pernah hanya bekerja sebagai pembantu penyelidik di sebuah makmal walaupun saya ada Ijazah Sarjana Muda. Sepanjang 2 tahun bekerja dulu, saya sering ingatkan diri saya, pekerjaan yang saya lakukan itu adalah juga antara Pelaburan Akhirat yang saya mampu usahakan.
  • Jika kita mungkin hanya mampu berada di rumah sebagai suri rumah yang memasak & menjaga anak-anak, bersyukurlah kerana kita terpilih untuk pikul tugas itu. Sekurang-kurangnya kita dapat menyediakan makanan yang sihat untuk keluarga kita di saat ramai lagi insan di luar sana yang sibuk & terpaksa membeli saja makanan segera.

(3) Memperbanyakkan Kesyukuran

  • Catatlah apa saja yang kita telah ada & nikmati.
  • Sebagai contoh, kita bersyukur kita masih diberi peluang untuk hidup pada hari ini
  • Kita bersyukur hari ini kita ada tugas yang perlu dilaksanakan
  • Kita bersyukur kita masih hidup pada hari ini & masih sempat untuk memperbaiki diri supaya lebih baik dari semalam

Jika kita sering amalkan tips hidup bahagia ini , inshaa Allah hidup kita lebih gembira & ceria selalu 😀

tips hidup bahagia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge