Tips Hilangkan Selsema Anak Kecil

Sekitar 3 minggu lalu Auni mendapat demam panas yang berlarutan sampai 4 hari.

tips hilangkan selsema
hehehe.. ni bukan Auni.. gambar sekadar hiasan.. Auni dah sihat dah ni..

Kami perasan yang gusi Auni (1 tahun 5 bulan) banyak ditumbuhi gigi-gigi baru termasuk tunggul gigi geraham atas dan juga bawah. 😥 Kami dapat rasakan dia demam sebab nak tumbuh gigi sampai tak lalu nak makan. Susu pun minum kurang. Semua benda dia tolak. Padahal masa dia sihat semua yang kita makan mesti dia nak jugak.

Kami tak bagi ubat demam secara oral. Tapi terpaksa sumbat Voren diclofenac sodium 12.5mg ni dalam punggungnya untuk bantu turunkan suhu badan dia yang sangat tinggi dengan cepat selain bagi dia minum Performance Drink.

tips hilangkan selesema

Masa demam memang payah nak bagi masuk ke mulut. Masa bagi dia Performance Drink pun, siap kena guna syringe lagi. Padahal time sihat sibuk meminta nak minum lagi dari cawan ibunya.

Lepas 4 hari, alhamdulillah demam dia dah kebah. Selera masih belum pulih tapi dah ceria untuk bermain. Dalam beberapa hari selepas baik demam, Auni batuk-batuk & selesema pula. Lama jugak dia batuk & selesema sampai menganjak ke minggu ke 2.

Kebetulan saya ada menghadiri majlis sepetang bersama Master Norita & Master Naquib. Auni plak hidungnya masih tengah meleleh. Ketika sambil bersalaman, Master Norita pun ada bagi sedikit tips hilangkan selsema anak-anak kecil. Antara tips itu ada saya list di bawah ni.

Tips Hilangkan Selsema terutama untuk anak-anak kecil

  • Mandikan anak lebih kerap. Paling kurang 3 kali sehari. Mandikan seawal pagi sekitar jam 7~8 pagi, lepas tu tengahari pula & last sekali sekitar pada waktu petang dalam jam 5~6 petang. Menurut Master Norita, antara yang menyebabkan selsema tidak kering-kering adalah kepanasan dari dalam badan. Kerap memandikan anak sedikit sebanyak dapat membantu menyalurkan haba itu keluar. Ingat untuk mulakan mandian dari kaki naik ke atas.

  • Terapi bawang putih & garlic socks. Info bermanfaat ini banyak dikongsikan oleh rakan-rakan & di carian Google. Saya ada search satu ni di http://www.vitalitychiropractic.com, bagaimana bawang putih dapat dimanfaatkan bagi merawat selsema. Kenapakah bawang putih ni begitu hebat sampai ia adalah lebih baik daripada ubat-ubat antibiotik di farmasi? Antara sebabnya adalah komponen allicin yang terkandung di dalam bawang putih. Hasil daripada kajian yang dijalankan juga menunjukkan, pengambilan bawang putih sebelum & semasa  dalam keadaan selsema dapat meningkatkan prestasi kesembuhan serta dapat mengelakkan masalah selsema yang berulang.

  • Omega Guard Shaklee. Suplemen yang terdiri dari minyak ikan yang tulen ni sangat membantu mengeringkan selsema anak-anak. Kebetulan sangat Auni memang sangat teruja kalau jumpa suplemen terutama yang dalam kapsul. Bila dia diberi Omega Guard ni, laju je dia masuk ke dalam mulut sambil kunyah-kunyah. 😥 Alhamdulillah selepas 3 hari bagi dia Omega Guard, selsema dia telah kering dengan mudah.

Ibu-ibu di luar sana, jangan panik tau bila anak-anak tak berapa sihat. Kurangkan aktiviti di luar. Selain banyak-banyakkan berdoa, berikan lebih air kepada anak-anak yang tak sihat ni. Banyak natural remedies yang boleh kita amalkan untuk anak-anak terutama untuk menghilangkan selsema serta batuk yang berlarutan.

Ok, sampai di sini saja. Semoga artikel ni memberi manfaat yang berguna.

Jika ada komen, dijemput untuk meninggalkan jejak & sebarang soalan juga akan dilayan.

 

1 thought on “Tips Hilangkan Selsema Anak Kecil”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge