Tips Kesihatan Diri: 5 Gaya Hidup Yang Menentukan Tahap Kesihatan

Semua orang inginkan kehidupan yang sihat. Betul kan? Sihat di sini merujuk pada sihat secara fizikal & mental.

Antara tips kesihatan diri yang sering saya amalkan adalah tidur malam lebih awal (sekitar jam 9 @ 10 mlm) & bangun pagi lebih awal (sekitar jam 3 @ 4 pagi).

Baru-baru ni ramai juga kenalan di sekitar saya yang kelihatan mudah jatuh sakit (demam/ selesema/ batuk & lain-lain).

Sihat Membantu Kita Lebih Aktif & Kekal Produktif

Apabila seseorang tidak sihat, sudah pasti banyak aktiviti penting tidak dapat diteruskan dengan baik. Jika ada pengganti yang boleh bantu kita selesaikan tugas tu, Alhamdulillah la kan, tidak ada urusan yang akan tergendala.

Tapi, bagaimana pula jika tugas seperti mencari nafkah untuk seisi keluarga menjadi terganggu atas sebab kesihatan yang sering merosot?

Jadi, walaupun mencari duit itu penting, kesihatan diri adalah yang lebih utama.

Malam tadi saya ada buat sedikit rujukan tentang bagaimana caranya untuk kita pastikan tahap kesihatan diri kita ni boleh kita ikhtiarkan untuk berada dalam tahap yang baik.

Tips Kesihatan Diri Dalam 5 Gaya Hidup Yang Sihat

Menurut buku The British Medical Association Complete Family Health Guide yang disusun oleh Dr Tony Smith edisi pertama (thn 2000) ini, ada 5 gaya hidup yang dapat mempengaruhi tahap kesihatan seseorang pada ketika ini mahupun pada masa akan datang.

tips kesihatan diri
Sebagai umat Islam, mematuhi solat 5 waktu, menjauhi arak & rokok adalah antara terapi penting untuk hidup yang lebih sihat

 

Gaya Hidup Sihat 1: Pengurusan Stress

Walaupun stress @ tekanan ini memang ada baik & buruknya, kita mesti bijak dalam menguruskan stress ni.

Antara aktiviti bermanfaat yang boleh semua orang amalkan untuk tangani stress adalah dengan melakukan senaman merehatkan seperti yoga exercise.

Sebagai umat Islam, kita ada amalan wajib iaitu solat 5 waktu yang memang jika dibuat dengan cara yang betul, in shaa Allah, minda & tubuh kita akan berada dalam tahap yang sangat merehatkan.

tips kesihatan diri

 

Secara tak langsung, rehat secara spiritual ini memang antara cara terbaik menguruskan stress.

Bagi wanita yang uzur, yang tidak boleh solat, kita boleh mengamalkan zikir-zikir Al Maul Husna & menghayati terjemahan ayat-ayat suci Al Quran yang sememangnya adalah antara terapi terbaik untuk kita menangani stress yang dihadapi setiap hari.

Antara ikhtiar yang lain, saya juga ada kongsikan kenapa pengambilan B Complex membantu seseorang lebih tenang dalam menguruskan stress.

Gaya Hidup Sihat 2: Tidak Mengambil Alkohol

Pengambilan alkohol secara oral memberi risiko terhadap kerosakan otak & hati.

Walaupun dalam buku ini ada menyatakan pengambilan alkohol yang sedikit sehari tidak memudaratkan, namun sebagai umat Islam yang patuh pada larangan Allah, tidak mengambil alkohol @ tidak minum arak sebenarnya membantu kita untuk sentiasa berada dalam keadaan yang lebih sedar & waras tidak hanya ketika sedang bersolat malah untuk sentiasa ingat kepada Pencipta kita yakni Allah SWT.

Gaya Hidup Sihat 3: Berhenti Merokok

Telah terbukti dalam banyak kajian, merokok adalah antara penyebab kepada risiko kerosakan jantung, barah paru-paru serta gangguan pada sistem peredaran dalam tubuh badan.

Walaupun kita mungkin tidak merokok, tetapi, sekiranya kita berada di sekitar mereka yang merokok, kita juga berisiko tinggi terhadap penyakit yang sama.

Sebagai umat Islam, bersyukurlah kerana merokok bukan saja membantu kita tidak batal puasa malah mengelakkan kita dari membantu membunuh insan yang tidak berdosa (risiko kecacatan pada janin yang dikandung isteri perokok).

Baca perkongsian saya tentang ikhtiar untuk berhenti merokok di sini.

Gaya Hidup Sihat 4: Bersenam

tips kesihatan diri

Senaman yang dilakukan secara rutin & konsisten seperti berlari membantu dalam mengekalkan tahap kesihatan jantung, paru-paru, otot & juga tulang.

Walau bagaimana sibuk pun kita, ikhtiarkanlah untuk berada dalam keadaan kita boleh sedikit berlari/ bersenam setiap hari.

Antara senaman harian yang boleh diamalkan:

  • Pilih untuk gunakan tangga berbanding lif/ eskalator
  • Letak kereta/ motosikal di kawasan yang sedikit jauh dari tempat anda bekerja
  • Lari setempat di mana-mana saja anda berada (khusus untuk suri rumah/ pekerja yang memang dah takde pilihan lain untuk senaman ni  :mrgreen: )

Gaya Hidup Sihat 5: Makan Makanan yang Sihat & Seimbang

Pilihlah makanan yang rendah lemak tapi tinggi serat kerana ia bermanfaat untuk kesihatan sistem peredaran darah & jantung, usus besar serta tulang kita.

Makanan yang rendah lemak & kaya serat ini membantu mengurangkan risiko kita terhadap penyakit jantung, barah usus (colorectal cancer) & tulang mudah retak/rapuh (osteoporosis).

Antara contoh hidangan sepinggan lengkap yang sihat & seimbang:

  • Pasta dengan daging (dibuang lemak) /ayam (dibuang kulit)
  • Nasi dari beras perang dengan hidangan ikan & salad segar

Antara tips tambahan yang lain:

  • Pastikan mendapat serat yang cukup dari sayur-sayuran & buah-buahan setiap hari.
  • Minum air kosong bersukat setiap hari (setiap 25kg berat badan memerlukan sekurang-kurangnya 1 liter air kosong setiap hari)
  • Mengambil suplemen sebagai ikhtiar menampung kekurangan nutrisi yang tidak dapat diambil secara terus dari hidangan harian (atas faktor racun serangga perosak/ teknik memasak

Semoga perkongsian ini amat membantu kita semua, seisi keluarga untuk lebih sihat, ceria & bertenaga. 😉

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge