tips menyimpan puri bayi

Tips Menyimpan Puri Bayi: Kongsi Untuk Panduan Ibu-Ibu

Kali terakhir saya membuat makanan bayi untuk anak-anak saya adalah sekitar tahun 2013 hingga awal tahun 2014 untuk kak Auni.

Maka banyak juga yang kena mula balik untuk refresh semua panduan mengendalikan puri & bubur untuk Lutfi kali ni.

Susah juga nak jumpa buku tentang tips menyimpan puri bayi ni sebenarnya. Mungkin juga sebab saya baru geledah 2 kedai buku besar di JB ni.

Akhirnya terjumpa juga di laman sembang di overseas.

Tips Menyimpan Puri Bayi : Panduan Pengendalian Supaya Makanan Bayi Sentiasa Selamat Untuk Dimakan

Selain faktor jenis makanan yang boleh mengundang mudarat atau alahan pada bayi, kita juga kena peka terhadap cara menyimpan puri dengan baik.

Seperti susu ibu perahan, puri bayi juga ada had limit untuk disimpan.

Selepas Puri Di Masak

  • puri ini boleh diberi kepada bayi setelah sejuk pada suhu bilik.
  • lebihan puri boleh terus kita simpan sebagai stok sejuk (chiller) atau dibekukan (deep freezer)

Puri Untuk Disimpan Sejuk

  • had untuk disimpan adalah sekitar 2 hari saja
  • katanya boleh antara 1 atau 3 hari, maka kita ambil 2 hari untuk average.
  • tapi bergantung juga pada jenis makanan bayi.

Puri Untuk Disimpan Beku

  • had untuk disimpan adalah sekitar 1-2 bulan atau 3-6 bulan bergantung pada jenis makanan.
  • sekiranya kita dah keluarkan dari beku, ia tidak boleh dibekukan semula.

Rujuk carta ini untuk jenis makanan pejal bayi & tempoh hayatnya.

tips menyimpan puri bayi

Carta ini saya sesuaikan & translate balik dari carta yang dikongsi dalam web forum dari Australia ini http://www.essentialbaby.com.au/forums/index.php?/topic/719444-how-long-do-you-keep-baby-food-in-the-fridge-for/

Semoga membantu & jelas buat ibu-ibu  🙂

Penggunaan Bekas Untuk Menyimpan Puri

Sebaiknya, kita peka juga dengan penggunaan bekas yang sesuai untuk menyimpan stok puri bayi ni.

Yang terbaik adalah gunakan bekas yang BPA free & bersaiz kecil, cukup untuk sekali pemanasan.

ni antara contoh yang ada dalam pasaran

Since saya aritu nak cepat, saya guna bekas-bekas kecil yang macam ni je

dan ingat ya untuk label (tarikh & jenis puri) jika banyak sangat buat untuk beberapa hari/ minggu.

Cara Memanaskan Stok Puri

Yang ni pun penting.

Since saya tak ada microwave di rumah, maka wajiblah jadi lebih kreatif & inovatif.

Hehe.. cara saya mudah je. Saya guna kuali non stick yang sedia ada & hanya beli bekas stanless steel kecik yang berharga sekitar RM10 ni untuk guna masa memanaskan stok puri Lutfi.

  1. puri beku keluarkan untuk defrost dulu/ letak dalam chiller sekejap/ rendam dalam bekas berair
  2. dah defrost masukkan dalam stanless steel ni
  3. tambah sedikit air untuk mencairkan sedikit puri yang pekat (ni jika guna ubi-ubian)
tips menyimpan puri bayi
ni puri dari keledek jepun

Selepas dah disejukkan atau nak bagi cepat sejuk, saya transfer yang nak disuap tu terus ke mangkuk lain. Ready to serve  🙂

Alhamdulillah Lutfi sangat suka puri keledek jepun ni.

Jika rasa tips menyimpan puri bayi ini bermanfaat, jemputlah share kepada yang lain juga 🙂



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge