Pernah terfikir tak, dalam keadaan tertentu, kita geng mak mak ni, tak ada pilihan, kecuali kena travel sendiri bersama anak-anak tanpa suami bersama?
Itulah yang saya cuba praktikkan.
Saya nak, saya bersedia bila-bila masa saja jika terpaksa berdikari untuk travel jauh.
Latihan Pertama Untuk Mudah Travel Sendiri Bersama Anak-Anak
So, antara latihan pertama adalah bermula dengan aktiviti shopping bersama anak-anak.
Anak-anak ni, diorang memang akan agak huru hara di luar sekiranya mereka tak dibiasakan.
Mula-mula je diorang macam nak ke sana ke sini, jika selalu dibawak, lama kelamaan diorang akan biasa & mendengar kata.
Cara Saya Mudah Travel Sendiri Dengan Anak-Anak
(1) Backpack
Nak mudah gerak, saya latih anak-anak yg dah start sekolah/tadika, kendong bawak pakaian masing-masing.
Even saya sendiri pun backpack untuk pakaian saya & anak yg paling kecil.
Lampin pakai buang saya tak bawak banyak. Just nice untuk stay few days. Kalau perlu extra, memang akan beli di tempat yang dituju.
Saya memang latih diri, untuk cekap tukar lampin anak kecil dalam bas/ flight serta make sure baby wet wipes & plastik untuk buang lampin dibawa bersama.
(2) Babywearing
Saya pilih untuk kendong anak yang paling kecil guna SSC (soft structured carrier).
Ada banyak brand
Pilih yang berkualiti & tahan lasak.
Macam yang saya guna ni, brand Boba dr US, bertahan guna sejak si kakak umur 2 tahun. So dah 4 tahun jugak usia SSC ni.
Bila kendong anak serentak ber backpack, saya ikhtiar kuatkan tulang bahu & tak mudah letih lesu dengan mengambil Ostematrix
(3) Sling bag
Instead of bawak luxurious handbag, sy pilih untuk bawak sling bag biasa, sebagai langkah keselamatan untuk menyimpan barang-barang berharga.
Elak berpenampilan mewah terutama bila bersendirian dengan anak-anak, sebagai usaha mengurangkan risiko jadi tarikan kepada penjenayah.
(4) Kasut Selesa
Saya pilih pakai kasut yang bantu postur tubuh jadi lebih baik & pergerakan kaki lebih laju.
Antara kasut best yang saya selesa pakai adalah brand Skechers.
Selesa jika kena berlari-lari anak, sambil mengendong si kecik.
(5) Bekalan Makanan
Bila travel dengan anak-anak, diorang cepat lapar.
Wajib prepare 1 beg kecik khas untuk isi roti/ biskut & minuman mereka.
(6) Toilet Rule
Anak-anak yg dah tak pakai lampin, saya pastikan diorang x minum air sepanjang berada dalam bas.
Nak elakkan dari terlebih kerap terkucil.
& make sure kejutkan diorang untuk ke tandas tiap kali bas berhenti rehat.
Tu je tips mudah travel sendiri bersama anak-anak, yang saya praktikkan sejak beberapa tahun yang lalu.
Semoga tips ini bermanfaat 🙂
Rujukan:
- What Is Choline? https://www.healthline.com/nutrition/what-is-choline#functions
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi