Sedekah Itu Wajib
Betul ke memberi sedekah tu wajib?
Bukan sunat?
Ikuti tips murah rezekiĀ & kupasannya mengapa kita wajib memberi sedekah jika ingin selalu dimurahkan rezeki.
Kenapa Sedekah, Infaq & Zakat itu Wajib? from iReach HD on Vimeo.
Rezeki Bukan Sekadar Wang
Rezeki bukan hanya bermaksud wang. Tapi banyak lagi yang dimaksudkan dengan rezeki.
Antara yang dimaksudkan dengan rezeki:
- Kesihatan
- Anak-anak
- Kebahagiaan
- Jodoh yang baik
- Masa yang lapang
- Pekerjaan yang baik
- Pencapaian yang baik dalam apa jua usaha yang dilakukan
5 Tips Murah Rezeki Supaya Mudah Mendapat Apa Saja Yang Dihajatkan
Selain bersedekah, banyak lagi amalan menjemput rezeki yang sangat digalakkan untuk kita sentiasa & terus amalkan setiap hari.
Antaranya adalah:
- Mengerjakan solat sunnat tahajjud 8 rakaat setiap hari.
- Mengerjakan solat sunnat dhuha 8 rakaat setiap hari. Jika tidak mampu kerana kekangan masa cukup sekadar 2 rakaat yang konsisten setiap hari.
- Mengamalkan doa dhuha setiap hari (terutama setiap kali sepanjang waktu dhuha/ dalam sujud terakhir solat dhuha/ selepas solat sunat dhuha)
- Membaca surah Al Waqiah setiap kali selepas solat sunat dhuha
- Menyebut zikir ya-Wahab sekurang-kurang 1000 kali sehari
Banyak lagi amalan & tips murah rezeki yang sering dikongsikan oleh mentor-mentor hebat saya di alam perniagaan ini. Kunci utama untuk sentiasa dimurahkan rezeki adalah meminta dengan bersungguh-sungguh kepada Pencipta kita, yakni Allah SWT.
Ia umpama kita inginkan sesuatu perlulah diminta dengan jelas & ada usaha yang kuat untuk ke arahnya.
Apa yang penting adalah kita konsisten dengan amalan menjemput rezeki & buat dengan yakin serta bersungguh-sungguh.
Inshaa Allah segalanya dipermudah & dimakbulkan kerana Allah itu Maha Besar. Maha Menciptakan dari tiada kepada ada.
Seperti firman Allah SWT: