Assalamu’alaikum & salam sejahtera
Terfikir nak tulis info ni apabila diri sendiri yang tiba-tiba macam blank sekejap memikirkan apa lagi antara persediaan yang perlu disiapkan oleh mak ayah tatkala menjelang hari persekolahan pertama anaknya.
Oleh kerana dah lama tak pergi sekolah & bukan guru sekolah, jadi entri ini adalah antara yang mungkin memberi manfaat untuk sesiapa saja yang membacanya khususnya untuk para ibu bapa.
Persediaan Anak Ke Sekolah Darjah 1 (1): Daftar Sekolah Anak
Pendaftaran untuk anak-anak yang ingin ditempatkan di sekolah kebangsaan adalah seawal 2 tahun sebelum anak-anak itu berumur 7 tahun.
Contohnya jika Rafiuddin berumur 7 tahun pada tahun 2016, maka, Rafiuddin perlu didaftarkan seawal pada tahun 2014 lagi.
Untuk persekolahan agama anak-anak pula, boleh didaftarkan 1 tahun sebelumnya.

Persediaan Anak Ke Sekolah Darjah 1 (2): Peperiksaan Memasuki Darjah 1
Peperiksaan ini diadakan bertujuan untuk cikgu-cikgu sekolah membuat saringan awal bagi menentukan kelayakan anak-anak kita untuk berada di kelas yang mana.
Fuh.. mak ayah nya yang terlebih nervous ni tau.

Siap cari buku-buku yang mungkin menjadi hint kepada soalan-soalan yang bakal dihadapi oleh anak-anak ketika exam tersebut.
Hihihi… makna kata, mak ayah lah kena jadi cikgu pertama buat anak-anak ni. Memang sebaiknya begitulah… 🙂
In shaa Allah, persediaan yang baik dilakukan untuk kebaikan anak-anak itu juga.
Saya teringat ketika saya di tahun 1 (tahun 1991) saya ditempatkan di kelas biasa. Sama rata dengan yang lain. Seingat saya zaman itu takdelah exam bagai, cuma, diletakkan dalam kelas mengikut senarai daftar kemasukan (siapa daftar dulu)
Namun apabila di tahun 2, barulah berlaku sedikit saringan & begitu juga seterusnya.
Memang berbeza, suasana yang lebih mencabar (apabila berada di kalangan rakan-rakan yang hampir sama level kelayakan) ada kalanya membuatkan berlaku persaingan secara sihat dalam pelajaran.
Kalau dapat kelas yang ramai pelajar suka main-main, potensi anak-anak nak main-main dalam kelas tu agak tinggi… Pengaruh rakan sebaya sangat penting pada usia-usia mereka ingin membesar.
Jadi sebagai parents, pastilah kita nak sangat anak-anak kita berada di lingkungan rakan sebaya yang terbaik.
Mudah-mudahan anak-anak ini faham kenapalah mak ayah dia nak sangat diorang blajar sungguh-sungguh. 🙄
Persediaan Anak Ke Sekolah Darjah 1 (3): Pakaian & Kelengkapan
Untuk mereka yang memang anaknya yang sulong macam kami ni, memang patut sangatlah survey dari sekarang. Apa item yang wajib & wajar dibeli baru.
Kelengkapan Anak Sekolah Darjah 1:
- Uniform sekolah – sekurang-kurang 2 pasang


- Beg sekolah – fikirkan yang beroda (ergonomik) untuk mengurangkan beban pada anak-anak yang menggalas. Selama kat tadika pun, macam kesian jelah tengok si Rafiuddin tu menggalas beg. Tadika jer pun berat juga begnya. 😆
- Kasut sekolah – haha ni sepasang pun xpe, boleh ajar anak-anak untuk pandai jaga kasut & bersihkan.

- Kapur kasut – ni applicable untuk yang wajib pakai kasut putih

- Stoking – belilah beberapa pasang untuk hygiene
- Alat tulis – 1 set pun dah cukup. Kalau beli banyak-banyak, jarang yang lekat.. mudah sangat hilangnye…hoho… kalau beli banyak (konon nak jimat) kena simpan diam-diam sebagai stok. 😉

- Botol air BPA free bertali – yang ni macam Rafiuddin dah ada sejak kat tadika lagi. Baru je beli yang bertali masa lawatan tadika dia ke KL beberapa bulan lepas, so, jimat. Boleh pangkah item ni.
- Lunch box – selain vitamin untuk kanak-kanak, persediaan untuk bekalkan anak makanan berkhasiat juga bagus… ewah… sekarang ni kan dah banyak idea bento yang menarik & tertarik tu kan….hihi
Just untuk share, bagi mereka yang memang gemar buat window shopping, bolehlah mula survey dari sekarang.
Teringat dulu-dulu mak ayah belikan kami adik-beradik pakaian sekolah kami kat Osman Store Sungai Petani, antara kedai pakaian sekolah yang agak popular di sana. Under 1 roof, semua ada… harga pun memang berbaloi lah.


Macam kalau yang suka membeli belah di AEON Mall, bolehlah dapatkan diskaun & penjimatan dengan membeli pakaian sekolah pada hari Ahad sebab tiap Ahad sehingga hujung tahun ni, ada Super Sunday (dapat baucer RM10 untuk setiap pembelian RM100 di bahagian GMS sahaja)
Oh ya.. di saat kita mempunyai dana untuk persiapan anak-anak, jangan pernah lupa, pasti ada anak-anak yang mungkin tak merasa nikmat persiapan yang sebegini.
Jom Bantu #ProjekBegSekolah Untuk Anak-anak Yang Memerlukan
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
Info yg bagus..Biapun anak baru nk masuk tadika tp maknya dah nervous semacm..Ehhh sma plak kedai pilihan baju sek zaman dlu wajib setiap tahun beli di Osman Store aje..Semua ada kt situ….
hihi.. kan… best Osman Store tu. Murah pun ya.