Tips Pulang Ke Kampung Menaiki Bas Selesa Tanpa Angkut Barang Selori

tips pulang ke kampung
mak aihhh!!!

Seronok sangat saya sampai nak kongsi cara saya selesa berjalan jauh walaupun hanya berdua dengan anak kecil kami, Auni Batrisyia. Ada sedikit tips pulang ke kampung yang mungkin berguna & bermanfaat yang nak saya kongsikan untuk anda.

tips pulang ke kampung

Saya berasal dari Kedah.

Tapi telah bermastautin hampir 10 tahun di bumi Johor ni sejak graduate di UTM Skudai.

Dipendekkan cerita, saya terpanggil untuk pulang ke kampung halaman di Yan, Kedah untuk menjenguk mak & ayah yang kurang sihat.

Plan asal dengan suami, kami akan pulang ke Kedah & Terengganu (hometown suami) sepanjang cuti perayaan Tahun Baru Cina Februari nanti.

Oleh sebab terasa wajib untuk balik selepas mendapat izin suami, saya ambil keputusan untuk menaiki bas berdua saja dengan Auni Batrisyia, 1 tahun 9 bulan.

Cara saya mengurangkan luggage walau bercuti hampir seminggu

beruntung ada banyak seat kosong.. hehe.. naik bas bukan pada peak days memang untung banyak

Oleh kerana Auni Batrisyia masih memakai lampin pakai buang & telah wean off menyusu badan, saya memang kena bajet betul-betul apa yang perlu dibawa sepanjang berada di kampung.

Saya hanya bawak 2 beg (tak termasuk handbag).

Beg 1 : Beg sandang belakang (ni untuk letak sama-sama atas bas)

Beg 2: Beg beroda (ni untuk letak kat bawah tempat simpanan barang dalam bas)

Perkara penting yang saya pastikan ada dalam beg sandang belakang & handbag (selain wallet & handphone):

  • Bantal tidur Auni (ni ala-ala bantal busuk dia la)
  • 2 Botol susu Auni yang bersih (Auni dah tak nak direct menyusu dengan saya sejak umurnya 9 bulan)
  • Termos air panas
  • Air kosong/ air mineral
  • Susu tepung (sukat untuk minum 1 malam)
  • Bantal leher saya
  • Stoking solat & stoking Auni
  • Sweater saya & sweater Auni
  • Suplemen (saya pastikan vitamin C, Oste & alfalfa wajib ada untuk kesihatan sepanjang mengembara)
  • Minyak angin
  • Power bank
  • Pen & buku nota kecil (saya ni menerima kunjungan customer vitamin 24 hrs)
  • Plastik (untuk stanby buang lampin kotor Auni)
  • Baby wet wipes
  • Sepasang pakaian Auni
saya punya termos saiz kecil gini je

Kelihatan macam banyak je kan item dalam beg sandang belakang saya? Hehe.. :mrgreen:

saya guna backpack ni jer.. (vitamin tu sekadar hiasan..heheh)

Apabila kecemasan di saat Auni perlu tukar lampin (dalam bas memang sejuk), saya pastikan lampin ditukar guna baby wet wipes & lampin terpakai dibungkus rapi dalam plastik.

Auni biasa merengek minta susu di tengah malam.

Untuk pastikan dapat sediakan susu dalam bas, saya guna cahaya dari smartphone saja untuk mudahkan saya nampak apa yang nak dibancuh tu.

Senarai penting dalam beg beroda yang saya pastikan wajib ada (selain innerwear) :

  • Lampin pakai buang Auni untuk seminggu
  • Pakaian Auni untuk 4 hari (saya basuh pakaian di kampung untuk jimatkan luggage)
  • Susu tepung Auni (sukat untuk 4-5 hari). Saya plan untuk beli tambah di kampung jika tak cukup/ habis.

Saya tak bawa pakaian extra sebab dah bajet pakai je pakaian yang ada di kampung. 😉

Alhamdulillah saya ada soft structured carrier (SSC) jenis Boba ni untuk memudahkan saya mengendong Auni sambil  membawa beg beroda tersebut.

Tak risau ke berdua je dengan anak kecil?

Saya & Auni adalah penumpang terakhir.

Alhamdulillah saya memang jika buat sesuatu pasti menyerahkan segala-galanya pada Allah.

Tapi saya tidak tawakkal & berdoa sebelum saya usaha.

Saya usaha pastikan saya belajar cara nak jaga diri melalui seni beladiri yang berkualiti lagi asli. Boleh rujuk cara nak belajar seni beladiri yang berkualti lagi asli di mana-mana cawangan seluruh Malaysia di sini.

Saya mula belajar sewaktu berada di tahun 1 di UTM (2002) & tamat silibus matapelajaran pada 2003.

Walaupun pembelajaran Silat Cekak Pusaka Hanafi ni hanya mengambil masa selama minimum 6 bulan je (atau 3 semester jika belajar di IPT) untuk tamat silibus, tapi sehingga kini saya masih lagi setia belajar dan terus belajar untuk memahirkan diri dengannya.

Inshaa Allah saya sangat yakin dapat hadapi sebarang ancaman / serangan dari depan atau belakang walau saya mengendong anak kecil.

Nak tahu bagaimana? Boleh lihat sedikit sedutan demonstrasi bagaimana Silat Cekak Pusaka Hanafi boleh dipertanggungjawabkan untuk menjaga diri melalui video ini.

Perjalanan 11 jam. Bagaimana nak ke tandas sambil bawak anak kecil?

Seperti saya bagitau tadi, saya guna Boba ni je.

Tak seperti pengendong bayi yang biasa, SSC adalah lebih baik untuk menyokong rangka pelvis anak yang dikendong. Harga SSC mungkin kelihatan agak mahal (sekitar RM200 +), tapi material yang digunakan adalah yang berkualiti & dijahit kemas.

tips pulang ke kampung

Dulu saya pernah beli pengendong bayi yang biasa. Murah di lelong.com. Tak sampai seratus pun.

ni cth pengendong yang tidak menyokong pelvis bayi & buatkan kita sukar bergerak selesa

Tapi tak pernah selesa nak guna & asyikla mengganggu pergerakan sebab kaki anak terjuntai di hadapan kaki saya.

Dan sebenarnya tak elok untuk kerangka pelvis bayi.

Semoga semua perkongsian & tips pulang ke kampung dengan selesa tanpa perlu angkut barang selori ini memberi manfaat kepada sesiapa saja.

Dialu-alukan untuk sebarang komen / silakan share kepada sesiapa saja yang mungkin memerlukan tips ini.

P/S:

Mak saya kalau tak bekalkan macam-macam memang tak sahla.. huhuu..  Pergi 2 luggage, balik 5 luggage.. :mrgreen:

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge