Musim-musim hujung tahun ni pasti banyak jualan murah kat mana-mana kan? Ada tak yang rajin shopping kain pasang? Dan mencari tukang jahit baju melayu atau tukang jahit baju kurung?
Kalau ada yang mencari tailor, anda boleh tempah baju kurung dan baju melayu melalui tukang jahit ini!
Tempah Baju Kurung Dari Serendah RM30 Sahaja Untuk Sepasang!
Wah.. murah sangat tu tau! Saya nak perkenalkan ada seorang tukang jahit yang memang sangat fokus minat menjahit.
Sekejap je dah siap bajunya. Almaklumlah, bila fokus dan minat tu terhala ke satu perkara, hasilnya adalah lebih baik.
Tempah Baju Kurung Dengan Puan Ida 011-26000721
Puan Ida merupakan seorang ibu tunggal yang minatnya sangat mendalam terhadap jahitan. Beliau sekarang bergantung sepenuhnya dengan pendapatan menjahit.
Jadi, sekiranya anda memang tercari-cari tukang jahit baju kurung mahupun baju melayu, silalah berhubung dengan Puan Ida.
Puan Ida sekarang berada di Ketereh, Kelantan. Namun, tempahan menjahit juga dialu-alukan dari luar daerah/negeri.
Cara Tempah Baju Kurung Dengan Puan Ida
Bagi yang sekitar Ketereh Kelantan, boleh terus call/ whatsapp Puan Ida untuk urusan walk in penghantaran kain.
Bagi yang di luar daerah, anda boleh juga whatsapp dulu dan berbincang untuk poskan kain beserta baju contoh/ ukuran yang diminta.
Selepas baju disiapkan, baju akan diposkan kembali kepada anda 🙂
Harga Upah Tempahan Menjahit
Puan Ida ada menjahit pelbagai jenis baju. Antaranya:
- Baju kurung biasa – RM30
- Baju kurung moden biasa – RM40
- Baju peplum – RM50
- Dress – RM40 ~ RM60 (bergantung pada design)
- Baju melayu cekak musang – RM100
Contoh Baju Hasil Jahitan Puan Ida
Ni antara beberapa contoh jahitan Puan Ida.
Semoga carian anda membantu 😎
Jemput kongsikan kepada mereka yang mungkin memerlukan 🙂
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi