Kalau mengimbau 24 tahun yang lalu, ketika saya baru nak melangkah ke alam persekolahan darjah 1, memang cukup berbeza pengetahuan & kemahiran yang dimiliki anak-anak zaman sekarang.
Oleh sebab itu, antara tujuan utama ujian saringan darjah 1 diadakan adalah bagi mengkelaskan anak-anak ke kelas mengikut tahap kepandaian & kebolehan mereka dalam pembelajaran nanti.
Ketika darjah 1, saya masih ingat, saya baru diajar bagaimana bunyi huruf vokal (a,e,i,o,u).. sangat lucu bila ingat balik, cikgu saya cakap macam ni:
“a kentutnya bunyi aaaa
e kentutnya bunyi eeee”
& seterusnya.. hahaha… (xlupa sampai sekarang)
Sedangkan anak-anak sekarang, ketika diorang di kelas tadika lagi, bukan setakat tahu huruf & bunyi, malah dah pandai baca pun…
Teringat-ingat lagi Rafiuddin & kawan-kawannya membuat persembahan Choral Speaking dengan tajuk “We Love Our Teachers”.. hebat! Subhanallah..
Persiapan Untuk Ujian Saringan Darjah 1 Rafiuddin Afiq
Ish..ish .. ish.. ada persiapan ke?
Hahha.. bolehlah.,, buat la apa yang patut supaya di akhirat nanti, taklah kita dipersoalkan apa ikhtiar kita sebagai ibubapa kan? 😆
Persiapan Ujian Saringan Darjah 1: Beli Buku latihan
Antara ikhtiarnya adalah membelikan beberapa buah buku latihan KSSR Tahun 1 untuk dipraktis oleh si Rafiuddin tu.
Mana taknya, boleh dikatakan kalau kat rumah ni, kalau tak melukis gambar kereta / bina blok ikut imaginasi dia, dia mesti sibuk nak tengok Youtube jer.
Mungkin juga sebab TV di rumah kami pun dah lama rosak & kami suami isteri tidak bercadang nak beli baru sebab setakat ni bukanlah keperluan pun untuk ada TV, maka kadang-kadang kesian juga, beri jugak anak-anak tengok channel Youtube tu kat komputer.
Tapi mesti ada hadnya & dipantau.
Bila tengok silibus dalam buku KSSR tu, rasa kagum sangat, pergh! Pemikiran memang kena ke depan. Kalau tak, memang ketinggalan lah jawabnya! 😥
Kalau taknak beli, ada juga kawan yang suggest, download je soalan kat internet & print.
Sekitar Ujian Saringan Darjah 1 Rafiuddin Afiq
21 Nov lepas, saya & suami sama-sama bersemangat membawa anak sulong kami ni hadir ke sekolah sempena ujian saringan ni.
(1) Pendaftaran & Keperluan
Takyah pakai baju uniform sekolah pun. Just bagi anak kita pakai kemas.
Keperluan Untuk Ujian Saringan Darjah 1:
- Alat tulis
Tu je & haritu kitorang parents kena daftar dulu untuk tulis nama, nombor telefon, nama sekolah tadika anak & juga kena isi nama penuh anak yang nak ambik ujian tu kat atas kertas kosong.
Hahah.. rupa-rupanya sebagai stanby kot-kot anak-anak ni ada yang tak reti tulis nama dia.
Alhamdulillah bab ni Rafiuddin dah expert. Lengkap dah nama ibu & ayah dia pun dia dah terer tulis. Tapi takpe, ikut je prosedur.
Sementara anak-anak kita tengah bertempur jawab soalan tu, mak ayah kena dengar sesi taklimat yang disediakan.
(2) Taklimat Ibu Bapa – KSSR
Ada band tertentu tau untuk ukur tahap perkembangan anak-anak ni.
Ada 6 band.
Yang terbaik penguasaan adalah band 6.
Fu, teringat dulu band ni pakai masa ambik exam MUET je..
(3) Taklimat Ibu Bapa – Linus
Apa dia tu Linus?
Mula-mula ingat macam topik yang saya belajar dalam sistem pengkomputeran tu.. hahaha.. hapeda!
Rupa-rupanya tentang tahap penguasaan murid untuk literasi dalam 3 subjek utama:
- Bahasa Malaysia – cth: suku kata (terbuka & tertutup), huruf besar & huruf kecil
- Bahasa Inggeris – cth: phoenix sound & blending, tanda baca.
- Matematik – cth: topik masa/waktu, wang, pengiraan & nilai wang
Dikatakan ada 2 penilaian akan dibuat sepanjang tahun untuk ini.
Antara Mac – April & Sep – Oktober.
Ibu bapa digalakkan untuk memberi pendedahan awal kepada anak-anak untuk topik-topik penting sebegini.
Antara yang kita boleh ikhtiarkan:
- Pupuk tabiat membaca bermula dari rumah (mak, ayah pun jgn xrajin membaca ya…hihi
)
- Galakkan anak-anak tengok masa pada jam
- Biasakan anak-anak tahu penggunaan wang…hihi.. bolehlah ajar gi supermarket & mintk diorang belajar beli & bayar sendiri.. 😆

(4) Taklimat Ibu Bapa – Disiplin
Hm.. yang ni memang patut ditekankan. Kejayaan anak itu bukan diukur dari segi akademik saja, sahsiah juga penting.
Katanya lagi, kalau anak-anak ni bawak masalah disiplin, namanya akan direkodkan ke Kementerian Pendidikan Malaysia…fuh! Naudzubillah
Antara disiplin yang ditekankan adalah:
- masa – pintu pagar ditutup/ loceng dibunyikan. Seawal 7.20 am (loceng 1) & 7.30 am (loceng 2). Hadir lewat adalah suatu kesalahan tau!
- pakaian – letak nama pada kasut supaya tidak mudah hilang apabila murid-murid buat aktiviti dalam bilik yg perlu bukak kasut
- buku – tulis nama & mintak anak-anak tidak tinggalkan buku kat merata-rata tempat. Haaa, stanby la beg sekolah yang convenient & ergonomik (beroda la jika dapat) untuk anak-anak angkut bawak & pulang buku…hihi 😆
(5) Ceramah Motivasi
Alhamdulillah dapat mendengar perkongsian dari penceramah undangan. Seorang ibu yang berpengalaman menghantar anak-anaknya di sekolah yang sama 20 tahun yang lalu.
Ada gak sesi soal-jawab & sesi beri maklum balas..
Sempatlah ibu & ayah Din ni bagi feedback…kiikikik.. sporting kan?
Itu jelah yang kami nak share.
Semoga ia bermanfaat untuk kita sebagai parents di zaman moden ni.
Pastinya banyak cabaran untuk kita membesarkan & mendidik anak-anak ini hingga berjaya dunia & akhirat. In shaa Allah, semoga Dia sentiasa Permudahkan.
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
good info untuk new mommy macam saya ni 🙂
adoi.. bila baca entri ni.. atie lagi cuak.. dah la aiman nak masuk darjah 1 tahun depan.. ibu plak lebih debar berbanding anak.. huu~
hihi.. xpe aiman nmpk cam cerdik juga tu… anak-anak shaklee biasanya cerdik..weet..weet.. banyak makan omega lagi lah!
Thank’s for info yg sgt berguna…
sama-sama 🙂
tq sharing.
sama-sama yuni 🙂