Apabila ada yang bertanya,
“Awak jual vitamin Shaklee? Awak guna tak? Yang mana satu awak paling suka?
Sebenarnya semua vitamin Shaklee saya suka.
Tapi, to be fair…. & be honest to you all kan, saya paling suka yang 4 sekawan ada dalam vitamin ibu hamil tuuuu 🙂
Kalau tak ambik sehari @ terlupa.. huhu.. rasa mcm tak complete je.
Kenapa Saya Paling Suka Vitamin Ibu Hamil Shaklee
Actually 4 vitamin yang ada dalam vitamin ibu hamil ni, ada je dalam set-set lain. Antaranya:
- Set Kesihatan Optimum Lelaki & Wanita
- Set Ibu Bersalin & Berpantang
- Set Penyusuan
Antara sebab utama saya paling gemar vitamin ibu hamil Shaklee adalah:
- Semua 4 item tu antara vitamin Shaklee yang saya paling lama konsisten ambil setiap hari! Saya start ambil suplemen ni 3 tahun yang lalu sepanjang berpantang melahirkan Auni.
- Harga yang berbaloi. Memang berbaloi jika dibandingkan dengan kualitinya. Multivitamin vitalea tu adalah vitamin semulajadi tertua di dunia tau (sejak 1915). Sebotol utk ibu hamil seperti saya boleh guna up to 2 bulan dengan harga yang mampu milik. 1 biji Vitalea berharga kurang dari 80 sen saja 😉
- Kesan sampingan yang positif untuk kesihatan saya.
6 Kesan Akibat Konsisten Pengambilan Vitamin Ibu Hamil Ke Atas Diri Saya
Mengandung anak ketiga pada kali ini saya dah tak ambil suplemen lain di farmasi mahupun yang di Klinik Kesihatan.
Memang sengaja nak stick pada 1 brand & pantau sendiri perkembangannya. So ini antara kesan yang saya terima akibat konsisten dengan pengambilan vitamin ibu hamil.
(1) Paras hemoglobin (Hb) yang optimum
- Hb saya mencanak naik dari 10.0 kepada 12.3 setelah saya betulkan cara pengambilan vitamin ibu hamil Shaklee yang saya ambil tu
- Sebenarnya ada tips khusus bagaimana nak pastikan paras Hb dalam darah dalam keadaan yang baik. Saya pastikan pengambilan 2 biji Vitalea + 2 biji B Complex +2 biji SR Vita C diambil kira-kira setengah jam selepas makan.
(2) Kenaikan berat badan yang seimbang & terkawal
- Berat saya pernah pada 2 bulan berturut-turut sekitar trimester ke 2 & ke 3 pada tahap yang sama. Kenaikan jika ada pun hanya 0.5kg – 1 kg sahaja dalam sebulan.
- Alhamdulillah pada umur 32 tahun ni, saya masih bebas untuk dipaksa minum air gula tu.
(3) Kurang gemar makan makanan/ minuman manis
- Kadang-kadang macam teringin. Tapi bila dah masuk sampai tekak, saya tak boleh nak makan lagi. Hanya sekadar merasa.
- Pada kehamilan kali ini, saya dah tak minum susu ibu hamil seperti kandungan sebelumnya. Manis! Sebaliknya saya memilih mengambil susu dari susu segar & susu UHT rendah lemak & tinggi kalsium disamping konsisten pengambilan Ostematrix untuk keperluan kalsium harian.
- Dari pembacaan, kandungan kromium yang terdapat di dalam Vitalea sangat membantu mengurangkan rasa keinginan terhadap makanan/ minuman manis.
(4) Badan lebih sihat & bertenaga
- Sekitar seawal kandungan 5 bulan lagi, saya perasan saya masih bertenaga untuk menguruskan aktiviti cod vitamin & memandu lebih 50km sehari
- Selain menguruskan bisnes online di rumah, saya mengasuh anak kecil di rumah & bertugas mengambil & menghantar anak sulong ke sekolah. Alhamdulillah walau terkejar-kejar dengan masa, semua tugas dapat diuruskan dengan baik. Sebab tulah, saya takde masa nak rasa lemau @ melepek @ nak tidur siang.
- Seriously memang buat badan lebih sihat walaupun pernah 1 masa tu, 1 rumah tengah sibuk berjangkit demam selesema, tapi disebabkan masa tu saya je yg konsisten ambik SR vitamin C ni daily, Alhamdulillah badan cam kebal gitu. Syukurlah, bila si ibu sihat, dapatlah jadi penjaga seisi rumah yang terbaik
(5) Tidur malam yang lebih berkualiti
- Tidur siang dah kurang @ mcm dah tak berapa sempat nak tidur siang sebab seharian sibuk jadi driver utk anak sekolah, urus hal rumahtangga & bisnes juga
- Tapi Alhamdulillah, tidur malam yg hanya beberapa jam tu sangat berkualiti untuk cergas bertenaga keesokkan harinya
- Saya pernah test tidak ambil Ostematrix, hanya bergantung pada minum susu. Malam tu memang jadi simpul biawak pada betis. Lepas kembali konsisten 4 biji Ostematrix lebih 3 hari berturutan, dah takde rasa kejang pada betis lagi.
(6) Kulit Lebih Bersih
Hihih! Honestly said, kulit saya semakin tidak bermasalah sejak konsisten 4 sekawan tadi. Adalah sesekali di hujung-hujung trimester ke 3 ni baru start konsisten ESP pula.
Walau nak ke majlis rasmi pun, saya tak perlu pakai makeup untuk kelihatan cantik di depan suami 😉
Sebenarnya vitamin ibu hamil ni sangat membantu menambah nutrisi harian.
Selain memang ikhtiar makan makanan yg sihat, pengambilan vitamin semulajadi ni membantu sangat menambahnilai nutrisi pada makanan harian yang mungkin dah terjejas disebabkan cara memasak mahupun disebabkan asal usul bahan mentah yg dah tidak begitu fresh sgt.
Alhamdulillah bila badan sihat, kerja & amal ibadat pun lebih berkualiti, in shaa Allah.
Testimoni Lain Pengguna Vitamin Ibu Hamil Shaklee
Mungkin rasa tak cukup tengok saya je yang feel syok dengan vitamin ibu hamil Shaklee ni kan, apa kata layan video ni pula.
Puan Ainul ni, siap boleh panjat candi Borobudur lagi ketika hamil 7 bulan. Alhamdulillah nampak cergas sangat.
Jika anda mencari vitamin ibu hamil yang berkualiti, pilihlah vitamin Shaklee ni.
Hubungi saja nombor ini untuk vitamin & konsultasi:
019-7646021 (Zaleha)
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit
Memang best Set Hamil Shaklee ni. Saya pun suka
Pingback: Vitamin Untuk Ibu Mengandung Trimester Pertama Ikhtiar Ibu & Bayi Sihat - ProVide Network
Pingback: Pengedar Shaklee Skudai JB Senai & Kulaijaya Yang Berilmu & Pantas COD - ProVide Network
Pingback: Review Vitamin Ibu Mengandung Shaklee Untuk Masalah Hb Rendah - ProVide Network
Pingback: Pengedar Shaklee AEON Taman Universiti Yang Aktif & Dipercayai - ProVide Network
Pingback: Pengedar Vivix Shaklee Skudai | Pengedar Shaklee Taman Universiti Johor |