Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar..
Takbir kembali bergema lagi.. terasa sungguh syahdu & sayu tiap kali mendengarnya.
Alhamdulillah masih berpeluang bernafas & melengkapkan perjuangan di bulan Ramadhan tahun ini.
Selamat Hari Raya Aidilditri saya ucapkan utk semua pembaca providenetwork.com serta ampun & maaf juga ya sekiranya selama saya bertinta di sini, ada kekurangan info mahupun terkasar bahasa d mana-mana.
Aktiviti Syawal Di Bumi Yan, Kedah
Alhamdulillah tahun ni adalah giliran kami sekeluarga untuk beraya di sebelah keluarga besar saya di Yan, Kedah.
Bersalaman & Duit Raya
Macam biasa, selepas saja pulang dari masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri, kami seisi keluarga akan berkumpul bersama untuk bersalaman & untuk serahan duit raya.
Dah jadi tradisi, sesama kami yg dh bekerja akan memperuntukkan sedikit rezeki sebagai duit raya buat mak ayah & anak-anak buah. Adik-adik pun dh besar & bekerja belaka, maka dah kurang peruntukkan ke situ 😀

Berkumpul & Bergambar Sesama Adik-BeradikÂ
Tahun ni Syawal pertama, abang & kakak yg ke 2 beraya di rumah mertua dulu,jadi gambar eksklusif di rumah mak ayah xdela gambar diorang.

Oleh kerana nak juga lengkapkan seluruh keluarga SalZa, maka kami pun plan berkumpul pula di rumah abang yang di Alor Setar.



Berkumpul Bersama Keluarga Besar Sebelah Mak
Sebelah mak dah xde Tok Wan & Tok. Kiranya keluarga besar Chiklah ni sekarang dipelopori oleh Pak Ngah, anak yg paling senior.

Seronok sangat apabila dapat kunjung mengunjung di kalangan adik beradik & juga sepupu sepapat.
Bukan senang juga tau bila nak berkumpul ramai-ramai macam ni.

Pada Syawal tahun ni, adik beradik mak dah tinggal 4 orang dari 6 beradik yg dilahirkan hidup.
Sedikit sebanyak mengundang rasa sedih buat kami semua.
Arwah Pak Teh telah diJemput Allah terlebih dahulu berbanding abang (Pak Ngah) & kakaknya (mak), manakala arwah Pak Anjang telah beberapa tahun pergi meninggalkan kami.
Al Fatihah untuk semua yg telah pergi terlebih dahulu dari kita.
Seloka Di Hari Raya
Hahah! Ada masa suka join posing ngan 2 adik yg sakan bergambar ni.
Masa kitorang kecik2, memang kitorang bertiga rapat main sama2. Suka main drama2 nyorok belakang penyidai baju mak ayah sambil main pejabat2 😀
Dah besar pun still nk drama2..hihihi..
Hah.. ni drama paling best. Adikku si camerawoman suh posing romantik, inilah aksi romantik kitorang suami isteri.

Bergema takbir di pagi raya,
Aidilfitri kita berkumpul bersama,
Warna warni ceria semuanya,
Semoga bertemu lagi di lain masa
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID:962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
hee~ dah nak raya haji haa.. baru la dapat komen kat kak leha punya blog.. maaf zahir batin kak.. ampun kalau ade tersalah silap kasar bahaga menyinggung perasaan dengan kata..